Faizal Fredley on Kosmo | Alatan Sesuai dibawa Bercuti

10659385_10203079840180847_4315063196605151132_n

Faizal Fredley on Kosmo | Alatan Sesuai dibawa Bercuti

Cerita lama, baru teringat nak buat entry. hahhaha…dah berlumut dah!!! Jom baca sikit apa yang kosmo tulis pasal aku.

KEHIDUPAN penulis blog, Mohamad Faizal Kamarulzaman berubah dalam sekelip mata sebaik dia memiliki tablet, Samsung Galaxy Tab 4 pada bulan Ogos lalu.

Pemuda berusia 24 tahun itu tidak lagi menghadapi masalah untuk merancang percutian kerana aplikasi yang terdapat dalam tablet baharu itu memenuhi cita rasanya.

Faizal berkata, kehidupan sebagai pengembara memang memerlukan beberapa alatan yang sesuai dan ciri-ciri yang ada pada tablet ini sangat bersesuaian.

“Mula-mula tengok kotak pun saya sudah jatuh hati. Saya terus tayang di laman Instagram dan Facebook. Saja mahu kawan-kawan saya berasa cemburu.

“Tablet ini memang antara ciri-ciri utama yang saya cari bila inginkan sesebuah alat terutama untuk dibawa semasa bercuti,” kata Faizal.

Menurut Faizal, saiz yang kompak menyebabkannya selesa untuk menggunakan tablet itu walau di mana sekalipun dia berada.

Katanya, ketika sedang berjalan pun dia masih sempat untuk mengemaskini status di Facebook manakala penggunaan tablet ini lebih sesuai ketika berada di lapangan terbang.

Galaxy Tab 4 cukup ringan dan sudah pasti menjadi salah satu sebab tambahan ia harus dimiliki oleh mereka yang gemar menggunakan tablet berbanding telefon pintar. Selain itu, ia juga tahan lasak jika terjatuh secara tidak sengaja.

Galaxy Tab 4 boleh didapati pada harga antara RM925 hingga RM1,025 seunit di pusat jualan Samsung seluruh negara.

.
#TIPTRAVEL: SEWA POCKET WIFI SEBELUM FLY!!! BOLEH SEWA POCKET WIFI DI SINI
THIS WEBSITE SPONSORED BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting) & Samurai Wifi
SUPPORT BY:
#kelabbloggerbenashaari
POWER BY:  
Malaysia Tourism, Korea Tourism Organization, Skyscanner, Wonderful Indonesia
.

READ  Tip Percutian Di Musim Sejuk
Winner of Favourite Travel Blog 2013 and Runner up Best Travel Blog 2014 in Malaysia Social Media Week (MSMW). A Telco Engineer by Profession. A Blogger and Traveler by Passion.

5 Comments

  1. FR

    September 1, 2015 at 5:31 PM

    Lenovo Yoga pun terbaik bang

  2. rahimah

    July 22, 2015 at 10:06 AM

    Tengah fikir juga nak beli yang ni ke nak mini ipad je..part bateri tu penting sebab lebih tahan dari smartphone.
    rahimah recently posted..Zaanse Schans -Lokasi Percutian Paling Cantik Di Holland .My Profile

  3. attiey

    July 9, 2015 at 7:54 AM

    First tablet saya dapat 2 tahun lepas. tapi memang best bila dapat tablet sebab fungsi lebih dari sekadar update status n bgambar..

  4. Muhammad khairuddin lim

    June 30, 2015 at 10:59 PM

    Wah… Menarik. Mmg bawa tablet bila bercuti

  5. hafiz hafizol

    June 29, 2015 at 9:20 AM

    Terbaik la mung.. =D
    hafiz hafizol recently posted..Harga Promosi Azanis Scar Serum(Produk Hilangkan Parut)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge