Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode Zurich Switzerland

Zurich_03
Zurich

Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode Zurich Switzerland. Travelog aku bersambung utnuk episode Zurich Switzerland pulak. Lepas episode ni hanya tinggal Episode Mt. Titlis Switzerland dan Paris. Lepas tu aku akan terus sambung untuk Percutian di Tokyo Jepun dan Yilan Taiwan.

Switzerland memang dari dulu lagi memnjadi salah satu negara yang paling aku nak pergi. Kira kalau dalam list tu menjadi top 3 lah selain New Zealand dengan Sepanyol. Alhamdulillah tercapai jugak akhirnya.

Switzerland  menggunakan matawang sendiri ye iaitu Swiss Franc bersamaan 1CHF = RM4.08. Duit swiss ni uniq tau cantik giler duit dia. Then kalau korang jelajah EU korang tak payah tukar duir Euro ke Swiss Fr ni sebab kat swiss diorng accept duit Euro cuma maybe baki diorng akan bagi dalam swiss fr. Then setiap harga kat swiss pun diorang dah sediakan harga dalam euro. lagipun nilai mata wang euro dgn swiss fr ni lebih kurang jer.

swiss_franc_notes
Note duit Swiss Franc (CHF)

Seperti dalam jangkaan tentang swiss ni harga barang-barang dan makanan kat sana memang mahal jika dibandingkan dengan negera-negara eropah yang lain. Gila air kosong pom dah dekat RM4 kot kat sana. Tu satu gelas tu bukan sebotol ok. hahah Aku makan Banana Split pom dah dekat RM70. Hahah gila bai. Memang tak leh hidup kat sana.

IMG_3295 (1)
Rupa banana split RM70

Barang-barang shopping tu tak yah citer lah, harga main ribu ribu jer. Nak beli jam tangan pun ketaq lutut oii…So kat sana memang aku tak beli apa-apa.

Dari Heidelberg kami ikut jalan Black Forest. Memang serius cantik gila. Aku nak tidur dalam bas pun rasa sayang jer. Tapi last2 tertidur jugak. Maybe sebab penat kot.

Dalam jam 7 malam jugak kami sampai di ibis hotel swiss. Hotel ibis memang selesa sesuai untuk pakej bajet ke europe. Harga pun stnadard tak mahal sangat.

Sampai hotel tu kami mandi2 dan dinner seksiap. Malam tu kami keluar jalan-jalan tengok bandar swiss. Memang awesome dan cantik weh. dari ibis kami naik bas dan train ke bandar. Nak naik teksi tak yah cakap lah mahal gila. Teksi pun pakai BMW kot.

Train kat sini sistem di lebih kurang je dengan negara-negara eropah yang lain senang je nak naik then train kat swiss ni 3 tingkat okey.

IMG_3072 (1)
train 3 tingkat

Dalam 3 hari 2 malam kami stay kat swiss ni memang rasa tak puas. Rasa nak gi lagi je pasni. Untuk hari pertama kami just bersiar2 shopping2 dan tengok2 je. Dan hari kedua kami ke Mt Titlis. Saja nak rasa salji. Nanti part Titlis aku update lain kali yer.

Ni aku belanja gambar2 kat sana.

Bahnhofplatz_-_Hauptbahnhof_-_Bahnhofstrasse_Zürich_2010-09-21_14-34-44_ShiftN
Bahnhofstrasse Zürich
IMG_3092 (1)
Zurich waktu malam
IMG_3075 (1)
bandar Zurich waktu malam
IMG_3081 (1)
jalan2 kat town zurich. Kosong sebab malam minggu org swiss lepak rumah dengan family
IMG_3286
Geng Sempoi. Sorang tak der
IMG_3306 (1)
belakang tu Mt Titlis.
IMG_3317 (1)
Sambut besday Faiz Dicke kat Swiss
ankunft-zurich
Ankunfit Zurich

 

cygne_lucerne_der_modifi_okok
Lucern
Headers_Globus
Lucern
lucerne_along_river_reuss_v
Lucern
Restaurant-Lucerne-9f
Lucern

Eh tak banyak pulak gambar dalam album ni. Terdelete kot. Rasanya aku amik banyak…

Top Attractions of Switzerland

  • Matterhorn Symbol of Switzerland
  • The Rhine Falls
  • Creux du van
  • Jungfraujoch
  • Chillion Castle
  • Ruinalta
  • Bernina Express
  • San Gottardo
  •  Switzerland Museum
  • Emmental AOP Show Dairy
  • Open Air Museum Ballenberg
  • Lucern

 

*******************************************

TIP TRAVEL KE OVERSEAS: Travel tanpa internet baik korang duk terperap kat dapur rumah korang jer. Unless korang ni jenis penyiasat sendirian atau pembunuh upahan. So untuk penjimatan semasa travel baik korang pi sewa SAIMURAI POCKET WIFI dulu sebelum fly...Coverage mantap jangan risau. InshaAllah boleh cover satu dunia.....

Share this post

5 thoughts on “Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode Zurich Switzerland

Leave a Reply to hafiz hafizol Cancel reply

CommentLuv badge