Percutian ke Switzerland (Zurich) | Kembara Eropah 15 Hari 6 Negara

#TIPTRAVEL: SEWA POCKET WIFI SEBELUM FLY!!! BOLEH SEWA POCKET WIFI DI SINI

Zurich_03

Zurich

Percutian ke Switzerland (Zurich) | Kembara Eropah 15 Hari 6 Negara. Travelog aku bersambung utnuk episode Zurich Switzerland pulak. Lepas episode ni hanya tinggal Episode Mt. Titlis Switzerland dan Paris. Lepas tu aku akan terus sambung untuk Percutian di Tokyo Jepun dan Yilan Taiwan.

Switzerland memang dari dulu lagi memnjadi salah satu negara yang paling aku nak pergi. Kira kalau dalam list tu menjadi top 3 lah selain New Zealand dengan Sepanyol. Alhamdulillah tercapai jugak akhirnya.

Switzerland  menggunakan matawang sendiri ye iaitu Swiss Franc bersamaan 1CHF = RM4.08. Duit swiss ni uniq tau cantik giler duit dia. Then kalau korang jelajah EU korang tak payah tukar duir Euro ke Swiss Fr ni sebab kat swiss diorng accept duit Euro cuma maybe baki diorng akan bagi dalam swiss fr. Then setiap harga kat swiss pun diorang dah sediakan harga dalam euro. lagipun nilai mata wang euro dgn swiss fr ni lebih kurang jer.

swiss_franc_notes

Note duit Swiss Franc (CHF)

Seperti dalam jangkaan tentang swiss ni harga barang-barang dan makanan kat sana memang mahal jika dibandingkan dengan negera-negara eropah yang lain. Gila air kosong pom dah dekat RM4 kot kat sana. Tu satu gelas tu bukan sebotol ok. hahah Aku makan Banana Split pom dah dekat RM70. Hahah gila bai. Memang tak leh hidup kat sana.

IMG_3295 (1)

Rupa banana split RM70

Barang-barang shopping tu tak yah citer lah, harga main ribu ribu jer. Nak beli jam tangan pun ketaq lutut oii…So kat sana memang aku tak beli apa-apa.

Dari Heidelberg kami ikut jalan Black Forest. Memang serius cantik gila. Aku nak tidur dalam bas pun rasa sayang jer. Tapi last2 tertidur jugak. Maybe sebab penat kot.

Dalam jam 7 malam jugak kami sampai di ibis hotel swiss. Hotel ibis memang selesa sesuai untuk pakej bajet ke europe. Harga pun stnadard tak mahal sangat.

Sampai hotel tu kami mandi2 dan dinner seksiap. Malam tu kami keluar jalan-jalan tengok bandar swiss. Memang awesome dan cantik weh. dari ibis kami naik bas dan train ke bandar. Nak naik teksi tak yah cakap lah mahal gila. Teksi pun pakai BMW kot.

Train kat sini sistem di lebih kurang je dengan negara-negara eropah yang lain senang je nak naik then train kat swiss ni 3 tingkat okey.

IMG_3072 (1)

train 3 tingkat

Dalam 3 hari 2 malam kami stay kat swiss ni memang rasa tak puas. Rasa nak gi lagi je pasni. Untuk hari pertama kami just bersiar2 shopping2 dan tengok2 je. Dan hari kedua kami ke Mt Titlis. Saja nak rasa salji. Nanti part Titlis aku update lain kali yer.

Ni aku belanja gambar2 kat sana.

Bahnhofplatz_-_Hauptbahnhof_-_Bahnhofstrasse_Zürich_2010-09-21_14-34-44_ShiftN

Bahnhofstrasse Zürich

IMG_3092 (1)

Zurich waktu malam

IMG_3075 (1)

bandar Zurich waktu malam

IMG_3081 (1)

jalan2 kat town zurich. Kosong sebab malam minggu org swiss lepak rumah dengan family

IMG_3286

Geng Sempoi. Sorang tak der

IMG_3306 (1)

belakang tu Mt Titlis.

IMG_3317 (1)

Sambut besday Faiz Dicke kat Swiss

ankunft-zurich

Ankunfit Zurich

 

cygne_lucerne_der_modifi_okok

Lucern

Headers_Globus

Lucern

lucerne_along_river_reuss_v

Lucern

Restaurant-Lucerne-9f

Lucern

Eh tak banyak pulak gambar dalam album ni. Terdelete kot. Rasanya aku amik banyak…

Top Attractions of Switzerland

  • Matterhorn Symbol of Switzerland
  • The Rhine Falls
  • Creux du van
  • Jungfraujoch
  • Chillion Castle
  • Ruinalta
  • Bernina Express
  • San Gottardo
  •  Switzerland Museum
  • Emmental AOP Show Dairy
  • Open Air Museum Ballenberg
  • Lucern

 

THIS WEBSITE SPONSORED BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting)Samurai Wifi
SUPPORT BY:
#kelabbloggerbenashaari
POWER BY:  
Malaysia Tourism, Korea Tourism Organization, Skyscanner, Wonderful Indonesia

READ  Tips Lengkap Untuk Sewa Kereta & Memandu Di New Zealand
Winner of Favourite Travel Blog 2013 and Runner up Best Travel Blog 2014 in Malaysia Social Media Week (MSMW). A Telco Engineer by Profession. A Blogger and Traveler by Passion.

6 Comments

  1. Pingback: Percutian ke Switzerland (Mt. Titlis) | Kembara Eropah 15 Hari 6 Negara - Faizal Fredley

  2. huda

    September 13, 2015 at 11:17 AM

    mak aii mahalnya barang kat sana…tapi camne pun mesti simpan impian nak kesana jugak insya Allah…
    huda recently posted..Cara Beli Produk Shaklee Dengan Paypal, Kredit atau Debit KadMy Profile

  3. titan

    June 23, 2015 at 5:30 PM

    ok la tu.

    aku kalau gi sana, aku nak gi bank dia je.
    titan recently posted..Semak Status Penghantaran Pos Laju dan Skynet dengan ExpressTrack.netMy Profile

  4. hafiz hafizol

    June 22, 2015 at 9:04 AM

    Bestnyaaaa… T_T
    hafiz hafizol recently posted..RESTORAN MAKANAN THAI & VIETNAM BEST DI CYBERJAYAMy Profile

  5. Azra

    June 22, 2015 at 8:03 AM

    Suka gambar swans kat Chapel Bridge tu … nampak sangat best!
    Azra recently posted..Japanese Alps Trip 2015 : Day 6 – Kami-SannomachiMy Profile

  6. Kaio

    June 22, 2015 at 6:46 AM

    ini kalau aku dapat pergi ni.. mesti dapat banyak gambar cantik2! huhu!
    Kaio recently posted..Gempak Ke Jakel Mall Kuala Lumpur? #GempakRayaJakel2015My Profile

Leave a Reply

Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge