Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode Manchester

IMG_2298

Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode Manchester | Pertama kali aku nak ucapkan syukur Alhamdulillah kepada yang memberi rezeki kerana sebahagian keinginan aku untuk melancong ke eropah akhirnya menjadi kenyataan. Terima Kasih juga kepada penaja rasmi untuk percutian aku kali ini European Destinations dan juga Travelocity Travel terima kasih banyak-banyak. Tanpa tajaan ini tak mungkin aku mampu untuk jejakkan kaki ke bumi eropah.

IMG_2220 IMG_2217
IMG_2237 IMG_2222

Untuk Destinasi pertama aku sebagai backpacker ke europe aku memilih manchester kerana manchester merupakan bandar kedua terbesar di UK selepas London. Dan di manchester juga mempunyai suasana yang tenang dan hijau selain bangunan yang agak menarik bagi aku.

IMG_2523 IMG_2230
IMG_2526 IMG_2524

Gambar Bed & Breakfast 

Seriously memang aku kagum melihat seni bina dan rekaan sepanjang aku berada di Manchester.

Selama 3 hari 2 malam aku stay di Manchester aku sempat merasa untuk stay di hostel. Dimana aku boleh merasa pengalaman berkongsi bilik dan bilik air dengan stranger. Sesuai dengan nama hostel atau bed and breakfast hostel ni hanya berharga 28 Pound sahaja untuk 2 malam termasuk breakfast. Murah giler beb. Memang sesuai untuk backpacker.

Di Manchester aku hanya sempat jalan2 sekitar bandar manchester dan juga ke stadium Manchester United. Walaupun aku tak berapa minat MU tapi dah alang-alang aku dah kat sana aku gagahkan kaki je lah melangkah ke sana. Teringin jugak nak tengok stadium old traford.

IMG_2304

Dari Picadilly korng boleh naik train terus ke old traford. Harga tiket tak mahal sangat pun dalam 2.80 Pound.

Then aku lepak kat Picadilly Garden. Dekat sana boleh lah releks2 tengok orang putih berjemur sebab kat sana cuaca agak sejuk. Jadi diorang akan berkumpul kat padang untk amik cahaya matahari.

Overall not bad lah Manchester. Kalau di beri peluang aku nak sambung study dekat sana.

Untuk ke Manchester dari London korang boleh naik train dari London terus ke Eustern them amik virgin train ke Picadilly Manchester harga agak malah dalam 88 Pound.

IMG_2299 IMG_2301

Ni nasi goreng malaysia. Ada kedai kat bandar manchester jual. Aku lupa dah kedai apa. tapi dekat dengan picadilly garden tu.

IMG_2389

Lepak di Picadilly Garden Sensorang

IMG_2428 IMG_2506 IMG_2513 IMG_2518

Breakfast hari2 aku di Manchester.

*******************************************

TIP TRAVEL KE OVERSEAS: Travel tanpa internet baik korang duk terperap kat dapur rumah korang jer. Unless korang ni jenis penyiasat sendirian atau pembunuh upahan. So untuk penjimatan semasa travel baik korang pi sewa SAIMURAI POCKET WIFI dulu sebelum fly...Coverage mantap jangan risau. InshaAllah boleh cover satu dunia.....

Share this post

7 thoughts on “Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode Manchester

  1. Salam bkenalan drp kami makan angin London

    Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK Tour) dengan kadar berpatutan.

    HUBUNGI @
    Whatsapp di +447478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    https://www.facebook.com/makananginlondon
    Instagram: makananginlondon
    Website : http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk

    Description
    Apartment have 3 room at second Level, huge reception and huge kitchen at 1 level, all guest stay at level 2 meanwhile, the owner staying at reception. Therefore, Alhamdulilah we don’t have any issue on sharing kitchen & toilet. Other than that, other tenant also occupied other room as well.

    10 minute.. Bus stand depan umah, excess Oxford Circus, Westfield London, Bayswater.. Semua. Hanya 1 bus

    Reply

Leave a Reply to Lan Careno Cancel reply

CommentLuv badge