Backpacker Pra Honeymoon di Maldives

IMG_9916

Backpacker Pra Honeymoon di Maldives | Alhamdulillah segalanya bejalan dengan baik sepanjang percutian secara backpacker pra honeymoon di Maldives. Walaupun hampir-hampir tak dapat fly pada awalnya dan hampir termiss flight semasa nak balik malaysia namun aku bersyukur kerana di beri peluang untuk merasai pengalaman bercuti di kepulauan Maldives.

Aku percaya tak semua orang berpeluang untuk ke sana lebih lebih lagi dengan tajaan. Dan aku bersyukur kerana diberi peluang untuk membuat sedikit review tentang negara Maldives ini.

IMG_9973

Selama 5 hari 4 malam aku di maldives memang cukup menenangkan fikiran setelah penat lelah bekerja. Inilah reward baut aku. kadang-kadang kena juga manja kan diri sendiri ni. pekena Thai Massage sepukul barulah betul semua urat yg tersumbat tuh…ehhe

Ok mula2 aku nak sentuh mengenai bajet untuk berbulan madu atau honeymoon di pulau maldives ni.

IMG_9192

Bajet Honeymoon di Maldives

  • Flight

Untuk Airlines ni ada beberapa pilihan dari Malaysia yang korang boleh tempah dari awal. Antaranya Malaysia Airlines, Sri Lankan Airline dan juga Singapore Airlines. Selain tu korang boleh amik Air Asia ke Colombo then fly terus dari Colombo melalui Sri Lankan Airline. Tapi kalau transit di Colombo maybe makan masa sikit. Aku hari tu 4 jam 50 minit dari KL ke Colombo melalui Sri Lankan Airlines then 1 jam 50 minit ke Hulhumale Maldives. Balik hari tu aku amik flight direct Malaysia Airlines makan masa 4 jam 30 minit.

  • Hotel dan Resort

Hotel di maldives ada banyak pilihan sebenarnya. Terpulangkan kat korang. Tapi aku sarankan untuk honeymoon atau bulanmadu better amik private island. So korang boleh enjoy menikmati saat manis di pulau tersebut. untuk pilihan boleh cuba pakej di Centara Ras Fushi. Resort ni juga diiktiraf dalam Tripadvisor. Harga kurang lebih USD300++ untuk satu malam termasuk breakfast, lunch dan dinner. Di centara ras fushi juga terdapat 2 jenis chalet water chalet dan juga main land. Harga beza2.

Untuk yang bajet rendah korang boleh stay di hotel sekitar Hulhumale. Majority hotel sini tak mahal sangat. Boleh dapat harga USD45 untuk semalam.

  • Pakej Aktiviti

Aktiviti yang boleh korang buat disini banyak jugak antaranya night fishing (USD99), Dolphine View, Seaplane tour, Market tour dan banyak lagi. Aku pun tak ingat semua. Pakej ni korang boleh amik di hotel yang korang stay.

  • Belanja dan Survernior

Kalau amik hotel biasa-biasa makanan disini x mahal sangat. Boleh lah kalau nak makan sedap tu. Dan kebanyakkan makanan kat sini halal. Jadi tak yah risau nak cari makanan halal. Survenior ni bagi aku tak banyak choice sangat. Hari tu aku stay di hulhumale island kedai survenior kat sini agak limited.

Ps: Keseluruhan aku belanja kat sini kurang lebih 7000 +/-

IMG_9928

Ok ni sedikit info yang aku nak kongsi tentang Maldives yang wajib korang tahu jika nak ke maldives.

  1. Maldives adalah sebuah negara Islam. Terdiri dripada 1190 buah pulau namun hanya 200 pulau yg mempunyai penduduk.
  2. Mata wang Ruffiya. RM1 = 4.24 Ruffiya
  3. Barang kat sana bapak mahal. Kpd yg pesan baju2 tu aku ckp awal2 aku X BELI sebab majoriti baju mcm bangla. Nanti korang marah aku pulak beli baju bangla. Padahal kat Malaysia pun berlambak.
  4. Range harga hotel berbeza giler. Paling murah boleh dapat RM200 dan paling mahal RM10K.
  5. Penerbangan dari Malaysia akan tiba di Lapangan Terbang Ibrahim Nasir yang terletak di Hulhule (Pulau Airport). Daripada Hulhule, anda akan menggunakan pengangkutan (airport transfer) yang disediakan oleh hotel (wajib gunakan).
  6. Agama rasmi ialah Islam dan rakyat Maldivian perlu menganut agama Islam. Agama lain tidak boleh disebarkan di negara ini. Perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Maldives 1997.
  7. Beza waktu dgn Malaysia 3 jam lebih awal di Maldives.
  8. Airlines boleh amik Malaysia Airlines, Sri Lankan Airline dan Singapore Airlines. Masa perjalanan 4 jam.
  9. Wajib bawak losen UV. Cuaca agak panas tapi x terasa sangat sebab angin kuat.
  10. Plug di guna sama macam malaysia plug 3 pin.
  11. Tax dan GST boleh tahan banyak tp aku x pasti brapa %. Maybe 10% kot.

Ok seterusnya aku kongsi sedikit gambar2 sepanjang aku berada di pulau maldives ini.

IMG_9458 IMG_0012 IMG_0008 IMG_9589 IMG_0055 IMG_0016 IMG_0017 IMG_0031 IMG_0034 IMG_0036 IMG_0046 IMG_9959 IMG_9957 IMG_9956 IMG_9910 IMG_9966 IMG_9968 IMG_9969 IMG_9668 IMG_9719

.
#TIPTRAVEL: SEWA POCKET WIFI SEBELUM FLY!!! BOLEH SEWA POCKET WIFI DI SINI
#TIPTRAVEL : GET YOUR VOUCHER CODE FOR HOTEL AT DISCOUNTCODEHK.COM 
THIS WEBSITE SPONSORED BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting)Samurai Wifi
SUPPORT BY:
#kelabbloggerbenashaari
.

 


Former Engineer. A dreamer. Kacak & Awesome. Traveler.

16 Comments

  1. mal berkat

    December 5, 2015 at 1:16 PM

    Aku nya kos cuma rm350 campur flight tiket. HYPER bajet. Lol. N kini AK ada flight direct dari KL ke Male’. Cuma ko nya rm7 riban ok jika ditaja lah. Hehe. Area pulau Male’ banyak gila cenderahati. Bijak bodek / tawar boleh dapat murah. 100 mvr = 10 fridge magnet 😀
    mal berkat recently posted..Bajet gila kat Maldives 3 hari 2 malamMy Profile

  2. muja

    September 3, 2015 at 11:20 AM

    wahhh.. negara islam upanya maldives ni.. cool giler bila tahu semua penduduk wajib Islam. bila nak apply kat negara kita lak,, kekekeke.. one day, i wanna be here. insya Allah 😀

  3. Marsha

    August 7, 2015 at 5:30 PM

    Cantiknya maldives…..one day i will be there…tq sharing..=)

    http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com/
    Marsha recently posted..Bangkit #4 4-4-15My Profile

  4. Noriza Rahman

    March 24, 2015 at 8:16 AM

    Memang cantik ciptaan Ilahi di bumi Maldives ni..bumi Islam yang penuh dengan kecantikan..bestnya boleh jejakkan kaki ke sana
    Noriza Rahman recently posted..Protein ESP shaklee Memang Terkenal dan TERBUKTI berkesan!My Profile

  5. Azura MZaki

    March 13, 2015 at 12:47 PM

    Terima kasih sebab share pengalaman…boleh masukkan dalam list tempat-tempat percutian idaman ni

  6. blogger lelaki

    February 28, 2015 at 10:10 AM

    cantik dan memukau betul tempat ini
    blogger lelaki recently posted..Jom Aktifkan MykadMy Profile

  7. azimah mohd zainuddin

    February 26, 2015 at 2:44 PM

    Baru sahaja tahu Maldives ni negara isam. Kiranya nak cari makanan halal senanglah.
    azimah mohd zainuddin recently posted..Cara Mencegah Heat StrokeMy Profile

  8. Amir

    February 26, 2015 at 12:07 AM

    power tak roh Islam di maldives? dari segi solat jemaah di masjid, rakyatnya yang menutup aurat..
    Amir recently posted..Nak order bisnes kad murah, tapi tak nak kualiti cap ayam?My Profile

  9. Nuha

    February 25, 2015 at 4:27 PM

    Cantiknya… biruuuuuuuu. tenang dan mendamaikan.
    Nuha recently posted..2 Sebab Mudah Punca Susu Badan Berkurang dan Cara MengatasinyaMy Profile

  10. adarain

    February 25, 2015 at 12:25 PM

    mau 7k habis duit buat bercuti.. memang kena pk panjang nak pergi sana.
    adarain recently posted..Jom Makan Burger : The Burger FactoryMy Profile

  11. eira

    February 25, 2015 at 12:13 PM

    seronok nye awak jejalan je… wat saya terasa teringin nak jelajah 1 dunia lak, tapi apa kan daya, saya takot nak jalan jauh… ahhahaahahha

  12. azneyshamsuddin

    February 25, 2015 at 10:46 AM

    perghhhh 7k ? baru sorang kalau berdua?
    azneyshamsuddin recently posted..Perempuan PemalasMy Profile

  13. hafiz hafizol

    February 25, 2015 at 10:42 AM

    lawanya gambar… T_T
    hafiz hafizol recently posted..Tempahan PhotoBooth & Pelamin Murah di Kuala Terengganu dengan The 90sMy Profile

  14. nur zayyani liman

    February 25, 2015 at 9:00 AM

    Cantiknye pulaunye..wish someday dpt dtg sane.. 🙂
    nur zayyani liman recently posted..Seharian Penat Bekerja??..Tapi Taknak Letih & Stress??..Ini Caranya!!!My Profile

  15. Siti

    February 25, 2015 at 12:22 AM

    Tapi tak pasti lah kalau spend RM7k dalam 4 hari tu boleh dipanggil backpacker ke tak heheh
    Siti recently posted..20 cara buat duit dengan dan semasa melancongMy Profile

    • Faizal Fredley

      February 25, 2015 at 12:28 AM

      yup tapi duit hbis byk utk survenior jer…makan2 dan aktiviti kat sana x byk pun guna..

Leave a Reply

Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge