7 Tips Persediaan Bercuti Ke Maldives

6bb76060604dd5fffe7bd996c40f87af_large

7 Tips Persediaan Bercuti Ke Maldives | InshaAllah jika diizinkan Nya cuti raya cina 2015 aku akan habiskan cuti aku di pulau yang awesome iaitu pulau maldives. Percutiaan yang mengambil masa 4 hari 3 malam ini telah di rancang dipenghujung tahun 2014. Semoga ianya dipermudahkan.

Ini merupakan kali pertama aku akan fly dengan lebih jauh, lebih tinggi dan lebih mencabar seumur hidup aku.

Untuk ke Maldives memang merupakan impian aku yang bakal jadi kenyataan. Dari dulu lagi teringin jer nak ke Maldives tapi memandangkan ekonomi negara dan diri sendiri tak begitu stabil terpaksa lupakan sahaja.

Namun kini setelah bergelar travel blogger barulah aku dapat peluang untuk merealisasi kan impian aku.

Maldives, nama rasminya Republik Maldives, adalah sebuah negara pulau mengandungi gugusan kepulauan terumbu karang yang terletak diLautan Hindi, di selatan pulau Lakshadweep, India. Ia terletak kira-kira 700 kilometer atau (435 batu) ke barat daya Sri Lanka. Terdapat 26 terumbu diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi sebanyak 1,192 kepulauan kecil.

Screen Shot 2015-01-19 at 1.48.26 PM

 PERSEDIAAN BERCUTI KE MALDIVES

Ok ni antara sedikit persediaan yang aku google bagi persedian bercuti ke Maldives nanti.

#1. Tempahan Hotel. Tempahan hotel boleh di buat melalui Booking.com. Bagi yang bajet rendah korang boleh stay di hulhumale. Kalau yang jenis anak2 dato tu boleh stay kat private island. Cuma perbezaan dia dari segi suasana dan juga permandangan. Kalau hotel dekat private island ni biasanya harga RM500++. Kalau di hulhumale dengan harga RM200++ dah boleh dpt dah.

#2. Perbezaan masa di Maldives dan Malaysia adalah di Maldives lewat 3 jam dari Malaysia.

#3. Mata wang yang digunakan di Maldives (MVR). RM1 lebih jika ditukarkan kepada MVR lebih kurang MVR4.80. tapi mostly kat sini pakai USD. Jadi aku sarankan tukar ke RM kepada USD. Lagipun kat Malaysia ni susah nak cari money changer utk tukat Matawang MVR.

READ  Persediaan Melancong Ke Taiwan 2014

#4. Wajib cuba Snorkeling dan Island Hoping. Yang ni dah ada dlm planning aku nanti.

#5. Bawa bekal dari Malaysia kalau nak jimat. Maybe boleh bawak maggi atau pun roti banyak-banyak. tak pun bawak jer rice cooker. Heheh.

#6. Cuaca lebih kurang kat Malaysia jer. Dari segi pakaian tak payah risau cuma mungkin boleh bawak sunblock. Sebab pulau ni biasnya boleh membuat kulit jadi sunburn.

#7. Boleh contact hotel yang kita dah booking awal-awal untuk pihak hotel arrange kan teksi utk pick up kita dari airport. (At least 3 hari sebelum fly)

Erm setakat ni itu je yang sempat aku buat persediaan. rasanya dah cukup kot. Maybe kalau rakan-rakan yg pernah ke sana boleh tambah jika ada yang aku terlepas pandang ker….

.
#TIPTRAVEL: SEWA POCKET WIFI SEBELUM FLY!!! BOLEH SEWA POCKET WIFI DI SINI
THIS WEBSITE SPONSORED BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting) & Samurai Wifi
SUPPORT BY:
#kelabbloggerbenashaari
POWER BY:  
Malaysia Tourism, Korea Tourism Organization, Skyscanner, Wonderful Indonesia
.

Winner of Favourite Travel Blog 2013 and Runner up Best Travel Blog 2014 in Malaysia Social Media Week (MSMW). A Telco Engineer by Profession. A Blogger and Traveler by Passion.

5 Comments

  1. mal berkat

    October 12, 2015 at 11:55 PM

    Bai. Wa p sana 1/12/15 ngan airasia AK rm150 return 😀

    • mal berkat

      December 5, 2015 at 12:56 PM

      Tips for SUPER bajet in Maldives:

      Plan A –

      1. Siang jalan2.

      2. Malam tidur airport

      Plan B –

      1. Pagi tidur kat pantai & after zohor di Islamic center.

      2. Malam merayau kat bandar male’
      mal berkat recently posted..Bajet gila kat Maldives 3 hari 2 malamMy Profile

  2. nadia johari

    January 23, 2015 at 12:46 AM

    nak jugak jalannn
    nadia johari recently posted..REVIEW HOTEL LEGOLAND : HOTEL YANG SANGAT BEST DI NUSAYAJA JOHORMy Profile

  3. titan

    January 22, 2015 at 1:55 AM

    fuhh..

    memang jauh pergi kali nih..
    titan recently posted..8 Rahsia Buat Duit dengan Klikjer.My Profile

  4. Eida

    January 19, 2015 at 3:06 PM

    amagaddddd impiann kitaa jugakk. ff nk ikut masuk dlm beg boleh? kehkehkeh.. pergi pinjam rice cooker kak sue hihihi
    Eida recently posted..Harga Gopro Hero 4 SilverMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge