Hotel di Kuala Lumpur | Pacific Regency Hotel Suites Review - Faizal Fredley

Hotel di Kuala Lumpur | Pacific Regency Hotel Suites Review

63306_14041110070019044558_800x600

Hotel di Kuala Lumpur | Pacific Regency Hotel Suites Review.  Mencari Hotel 5 bintang di sekitar bandar Kuala Lumpur yang selesa dan harga berpatutan? Aku sarankan Pacific Regency Hotel Suites. Diatas beberapa faktor yang boleh dikatakan memang puas hati Pacific Regency Hotel Suites memang amat amat sesuai untuk korang overnight di tengah-tengah bandar KL. Tak kiralah korang datang laki bini ke atau denagn family ke. Memang aku highly recommended.

63306_14031114560018641113

Antara faktor yang menjadi pilihan aku untuk stay di Pacific Regency Hotel Suites adalah:

  • Lokasi
  • View
  • Harga
  • Diiktiraf
  • kemudahan (SPA, Gym, Swimming Pool, Pusat Karaoke)
  • Staf yang friendly

Ini bukan sekadar sembang kosong. Aku sendiri telah pun stay di sana untuk 2 hari pada oktober 2014.

Tiap kali aku stay di hotel benda pertama aku pastikan aku puas hati adalah keselesaan bilik. Di Pacific Regency Hotel Suites keselesaan bilik memang tidak boleh dipertikaikan. Dengan viewing yang cantik menghadap KL Tower dan KLCC membuatkan aku rasa macam tak nak keluar. Nak lepak je dalam bilik sepanjang hari. Tapi tak boleh disebabkan aku ada sesi interview di Mid Velly.

IMG_1857

Dari segi lokasi. Terletak di tengah-tengah bandaraya kuala lumpur hanya mengambil masa 10 minit jalan kaki ke KLCC dan Pavilion. Sangat sesuai buat korang yang nak shopping.

Kalau korang datang datang KL dengan flight pula korang boleh ambil cab hanya makan masa selama 45 minit sahaja. Kalau nak naik ERL korang boleh turun di stesen KL Sentral pastu amik monorel ke KLCC ataupun stesen Bukit Nanas.

Kemudahan yang disediakan tersangatlah banyak seperti wifi percuma. Korang fahamlahkan zaman sekarang ni tak der internet ibarat macam tak der life kot. Jadi tak yah risau Pacific Regency Hotel Suites menyediakan internet disetiap bilik ok.

Selain tu di Pacific Regency Hotel Suites ni juga ada SPA ye. Buat korang yang penat jalan-jalan sekitar KL tu boleh lah try SPA kat sini. Aku hari tu tak berkesempatan nak rasa SPA sebab masa agak limited.

P6164958 P6165062

Untuk makan-makan pula Pacific Regency Hotel Suites menyediakan restoren di dalam ni yang dinamakan  Soi23. Dalam restoren ni ada macam-macam jenis masakan. Buat yang kaki makan boleh mencuba masakan di Soi23 ni. Ada masakan local, thai dan juga western. Aku malam tu sempat makan gulai lemak sotong dan ice cream kelapa. memang superb beb.

Untuk kaki gym atau abang-abang sado tu kat sini juga ada gym. Petang-petang tu boleh lah lepak kat gym bagi fit sikit body tu macam aku. hehhe..

DSC_6866

LUNA BAR

030113115916IMG_1970IMG_1969

Swimming pool pula terletak di roof top. Sapa yang stay sini WAJIB cuba. Dari segi view dia tak soh cakap lah. Giler beb sambil berenang leh layan KL Tower dan KLCC. Kolam dia pulak luas. Di tepi tu ada tempat lepak boleh borak-borak sambil menyaksikan view yang ohsem.

Dan kat swimming pool juga ada mini bar. Eh bukan mini kot sebab aku tengok hari tu macam besar jer. 2 tingkat kot kalau tak silap. Kalau tak silap aku nama LUNA Bar kot.

Satu lagi parking untuk customer disediakan ye.

Ok masuk bab bilik pula.

Hiasan dalaman yang teratur membuatkan aku rasa macam duk rumah sendiri. Dengan TV LED 40 inci, pastu set kabinet dapur, sofa meja makan. Wow memang fantastik. Dekorasi yang bercirikan klasik memang membuat pelanggan rasa tenang.

 Di Pacific Regency Hotel Suites terdapat 5 jenis bilik:

  • Premier Deluxe with breakfast
  • Premier Deluxe
  • Premier Deluxe Room Only
  • Premier Executive Suites Room Only
  • Premier Executive Suites

Ni antara gambar2 bilik yang aku stay…

prop-img-full-hoph215i-25swylphum0w 63306_121220154515426 63306_14121908490024060694IMG_1866
IMG_1856 IMG_1855 IMG_1854 IMG_1852 IMG_1851 IMG_1850 IMG_1849 IMG_1848 IMG_1846Dan ni pula review dari travellers yang pernah stay hotel ni. Most of them sangat berpuas hati.

Screen Shot 2015-01-06 at 1.34.29 AM Screen Shot 2015-01-06 at 2.07.39 AM

Apalagi buat korang yang nak booking boleh terus ke laman web Pacific Regency Hotel Suites ataupun agoda.com dan juga booking.com.

Bagi korang yang nak stay di hotel 4 bintang juga under regancy korang boleh cuba stay di Express Pacific yang terletak berhampiran dengan stesen LRT

Untuk Full review tentang Express Pacific boleh terus ke Express Pacific Hotel Review

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge