SHARE
10
Gambar dari Google

Bercuti di Musim Sejuk di Korea | Alhamdulillah minggu depan sempena tahun baru aku dapat cuti selama 4 hari. Rasa seronok gila. Sepanjang aku bekerja di company ni, inilah kali pertama aku dapat cuti lama.

Jadi bila cuti lama ni apa lagi buat kaki travel macam aku ni melancong lah jawab nya. Kali ini aku teringin nak melancong di tempat sejuk dan bersalji. Teringin nak pakai baju tebal-tebal pastu main salji. Wohaaa syoknya.

Walaupun ramai kata kalau nak bercuti tak sesuai pilih musim sejuk. Tapi tak kisahlah aku nak cuba juga untuk bercuti di musim sejuk nih.

Hasil carian google tentang Musim – Musim di Korea aku dapatlah jawapan yang aku mahukan.

Destinasi pilihan aku untuk cuti kali ni tak banyak, memandangkan cuti 4 hari cukuplah melancong di asia. Jadi pilihan aku sama ada di jepun dan korea. Hanya 2 negara ini sahaja yang ada salji buat masa ni.

Memandangkan bulan april nanti aku dah nak fly ke jepun jadi pilihan aku kali ini hanyalah korea. Walaupun korea dah plan untuk pergi oktober nanti. Tapi tak kisahlah oktober musim autum, Januari musim salji.

Apapun kalau ada rezeki terbanglah aku ke korea seoul minggu depan. Kalau tak der rezeki fly balik kelantan jer lah. cuci rumah lepas banjir. Hehehe

Tapi sebelum bercuti kdi tempat sejuk tu apa kata kita layan dulu Tips Bercuti di Musim Sejuk.

#TIPTRAVEL Walau dimanapun anda berada, MyMed akan sentiasa memberi matlumat tentang infomasi medical travel yang anda perlukan ketika anda betul-betul memerlukannya.. #TIPTRAVEL: Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum travell! Boleh kongsi ramai-ramai. Boleh pickup di KLIA/KLIA2. Ada 3 pilihan pocket wifi yang korang boleh cuba antaranya Samurai Wifi, TravelRecommends dan RoamingMan. Perlukan Khidmat Translation untuk blog? Jom ke veqta.com semua bahasa boleh di translate. Bahasa Alien pun boleh!!.

6 COMMENTS

  1. Tak pernah lagi bawak anak-anak ke Korea… mesti best!

    Haritu pergi Korea dengan budak-budak opis

    Wife pergi Korea backpack dengan kawan-kawan dia

    Mungkin suatu hari nanti kot… hehe….

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge