Hotel di Kuala Lumpur | Express Pacific Hotel Review - Faizal Fredley

Hotel di Kuala Lumpur | Express Pacific Hotel Review

615566_14070412450020152454

Hotel di Kuala Lumpur | Express Pacific Hotel Review  | Alhamdulillah baru berkesempatan untuk aku tulis sedikit review tentang Express Pacific Hotel di Kuala Lumpur. Aku dari Penang saja nak singgah di KL untuk hadir sesi interview aku di KL.

Sebelum aku drive ke KL aku cuba juga survey which hotel yang murah-murah dan selesa untuk aku stay kat Kuala Lumpur. Google punya google aku jumpa lah satu tempat yang aku rasa agak sesuai untuk aku over night kat hotel ni. Lokasi yang strategik dan memudahkan untuk aku bergerak di bandar KL nanti. Maklumlah kalau kat KL ni nak bergerak sana sini better amik train jer senang.

Actually aku bukanlah asing sangat dengan bandar KL aku pernah stay di Bukit Bintang semasa aku menjawat jawatan system engineer dulu jadi aku dah tahu which place yang sesuai.

Jadi aku teruskan dengan google Hotel Murah di Kuala Lumpur. Al-maklumlah bajet tak berapa nak banyak sebab baru mulakan kerja, jadi aku perlukan hotel yang selesa dan masih di dalam bajet aku.

Screen Shot 2014-12-11 at 10.52.46 PM

Review dari traveller yang pernah stay di Pacific Express Hotel. Memang ramai yang puas hati

Dan hasilnya aku cuba survey beberapa hotel yang agak menarik untuk bermalam. Dalam banyak-banyak hotel aku agak tertarik dengan satu hotel ni iaitu Express Pacific Hotel. Hotel ni terletak betul-betul di tengah kota tersangat dekat dengan stesen LRT Masjid Jamek.

Mula-mula aku agak ragu ragu jugak nak pergi memandangkan Express Pacific Hotel ni merupaka hotel baru tapi disebabkan perasaan ingin mencuba hotel baru ni aku teruskan dengan booking Express Pacific Hotel.

Express Pacific Hotel ni merupakan hotel 4 bintang anak sulung kepada Pacific Regency Hotel yang gah dah mewah tu.

Walaupun Express Pacific Hotel ni merupakan hotel 4 bintang namun rate satu malam memang membuat aku terkejut. Boleh capai bawah RM200 untuk satu malm. Memang murah giler dan bilik yang cukup2 selema. Sesuai untuk kelas bisnes.

Antara sebab lain yang aku rasa Express Pacific Hotel ni amat sesuai untuk korang menginap di KL ni ialah:

Pengangkutan berdekatan:

  • Stesen LRT – Masjid Jamek (0.3Km / 4 min berjalan kaki)

Area disyorkan bagi:

  • berjalan-jalan
  • membeli-belah
  • restoran-restoran

Jarak ke lapangan terbang:

  • Lapangan Terbang Subang (15.7Km)
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (27.9 Km)

Tarikan utama kawasan ini:

  • Central Market (0.1 Km / 2 min berjalan kaki)
  • Bangunan Sultan Abdul Samad(0.2 Km / 3 min berjalan kaki)
  • Muzium Sejarah Negara (0.2 Km / 3 min berjalan kaki)
  • Masjid Jamek (0.2 Km / 3 min berjalan kaki)

Lagi satu bagi sesiapa yang datang dengan kereta boleh parking di ruangan bawah hotel yang disediakan. Faham2lah kalau bab parking kereta dalam KL ni agak susah tapi jangan risau Express Pacific Hotel menyediakan ruangan parking untuk pelanggan mereka.

Masa aku chek in tu pulak semua staff Express Pacific Hotel ramas mesra giler. Serius layanan diorang memang terbaik. Kalau korang lapar malam2 buta pun banyak tempat makan 24 jam sekitar hotel ni.

Untuk breakfast pula pihak Express Pacific Hotel menyediakan cafe hotel. Aku try nasi lemak memang sedap. Harga pun bawah RM10 jer untuk breakfast di KL.

Gambar-gambar Pacific Express Hotel

615566_14070412300020152314

Lobby Express Pacific Hotel

615566_14070412280020152303

Bilik Air Express Pacific Hotel

615566_14061009210019763436

Katil Queen Saiz Express Pacific Hotel

615566_14081217390021049118_800x600

Swimming Pool Express Pacific Hote. Boleh tengok pemandangan cantik sekitar bandar KL

615566_14070413300020153128

Uncle Lim Cafe Express Pacific Hotel. Nasi Lemak dia sedap

615566_14061009080019763207

Ni katil Single untuk sorang. Not bad lah

615566_14070412470020152522

Express Pacific Hotel. Dulu merupakan bangunan bank kalau tak silap aku

Sedikit info tentang Pacific Express Hotel

Dengan lokasi mudah di Kuala Lumpur, Pacific Express Hotel Central Market adalah tempat yang hebat untuk menjelajahi bandar yang menarik ini. Hanya 4.6 km dari pusat bandar, lokasi strategik hotel memastikan tetamu boleh ke mana-mana sahaja dengan cepat dan mudah ke tempat-tempat tarikan. Dengan lokasi yang mudah, hotel ini memberikan akses mudah ke tempat yang anda perlu lawati di bandar.

Ambil kesempatan daripada pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang tiada tandingan di hotel Kuala Lumpur ini. Pilihan kemudahan kelas atasan seperti kemudahan mesyuarat, perkhidmatan dobi, kedai kopi, Wi-Fi percuma dalam semua bilik, Wi-Fi di tempat awam boleh dinikmati di hotel.

Tetamu boleh memilih dari 207 bilik, semuanya yang akan memberikan suasana ketenangan dan keharmonian. Hotel ini menawarkan banyak peluang rekreasi yang unik seperti kolam renang luar, pusat kecergasan. Apabila anda mencari penginapan yang selesa dan mudah di Kuala Lumpur, ijadikan Pacific Express Hotel Central Market sebagai rumah anda seperti berada di rumah sebenar.

Ciri-ciri Pacific Express Hotel Central Market
Kemudahan

meja penyambut tetamu 24-jam

kedai kopi

penjaga pintu

tukaran matawang

lif

perkhidmatan dobi

simpanan bagasi

kemudahan mesyuarat

peti deposit keselamatan

kedai

kawasan merokok

lawatan

Sukan dan Rekreasi

kolam renang luar

pusat kecergasan

Internet

Wi-Fi di tempat awam

Wi-Fi percuma dalam semua bilik

Overal bagi aku memang puas hati sepanjang aku stay kat hotel ni. Memang Highly recommended.

.
#TravelTip: Untuk Jimatkan belanja boleh sewa pocket wifi siap-siap dari Malaysia. Jimat & boleh kongsi ramai-ramai. Boleh sewa pocket wifi di Samurai Wifi. Untuk jimat apabila stay di Hotel boleh dapatkan Voucher Hotel dan diskaun di DiscountCodeHK.com. Apabila travel di musim sejuk boleh juga beli kelengkapan baju2 sejuk murah di PakaianMusimSejuk.com.
.
THIS WEBSITE SPONSORED & SUPPORT BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting) & #kelabbloggerbenashaari
.
“Every travel is a journey and every journey is a travel. No matter where you go, what you’re up to is a journey. Enjoy life, live with it and make peace of it. Our journey in life will end but not with our soul. Go beyond the journey and discover what life has to offer.”~Eacel Janubas~

4 Comments

  1. Aretikz

    December 13, 2014 at 8:44 PM

    Wuah.. cantik2.. aritu pegi KL pun stay kat bukit bintang juga.. kalo tahu.. mgkin leh try sini.. hehe..
    Aretikz recently posted..Apa itu SEO? Teknik-teknik Asas SEO Bagi Blogger BaruMy Profile

  2. Mohd Norzali

    December 12, 2014 at 4:10 PM

    Nampak dari luar macam biasa. Bila tengok gambar suasana dekat dalam nampak mewah dan menyelesakan.
    Mohd Norzali recently posted..Jana Pendapatan dengan Bubble CafeMy Profile

  3. titan

    December 12, 2014 at 7:57 AM

    Ohh..

    Leh ls try nanti bila g honeymoon lagi kang.
    titan recently posted..Cari masa untuk buat kerja. Takde masa, curilah masa.My Profile

  4. fazrol

    December 11, 2014 at 11:34 PM

    Pergh!!!
    Menarik…
    Boleh tahan juga view dia…
    fazrol recently posted..Shopping Terapi untuk orang mengandung!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge