Perbezaan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus

iphone6_01

Perbezaan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus | Dah lama sebenarnya aku nak tulis sedikit review tentang pengalaman aku sepanjang mengunakan iphone 6 dan juga iphone 6 plus. Kali ini aku agak bertuah sikit sebab diberi peluang untuk mencuba sendiri untuk merasai menggunakan kedua-dua model iphone keluaran terbaru ni.

Melalui pengalaman aku sendiri setelah 2 minggu menggunakan iphone 6 dan sekarang pula aku menggunakan iphone 6 plus. Memang aku rasa perbezaan yang agak ketaran sebenarnya.

Terbapat banyak perbezaan antara kedua-dua model iphone ni. Secara kasarnya perbezaaan iphone 6  dan iphone 6 plus ni ialah.

  • iPhone 6 Plus skrin lagi besar
  • Kamera dan Resolusi
  • Hanyat bateri
  • Ketebalan dan berat
  • Harga

Untuk lihat senarai Harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus boleh klik sini ]

Bagi aku tak perlu aku ulas lagi 5 ciri-ciri perbezaan iphone 6 dan iphone 6 plus yang boleh dikatakan basic ni. Cuma aku nak fokus secara lebih mendalam tentang ciri-ciri dalaman yang membezakan kedua-dua iphone ni.

iphone6_10

240 Frame Per Second untuk video gerak perlahan

Kedua dua iphone mempunyai sokongan slow video. Aku tak tahu nak expalin macam mana cuma aku suka bila ambil gambar video secara slow. Lagi satu yang aku suka tentang video dan kamera ni kedua-dua iphone ini hadir dengan resolusi video setinggi 1080p, korang boleh merakam video gerak perlahan pada pilihan 120 frame per second atau 240 frame per second yang akan menampakkan lebih perincian terhadap video tersebut.

Kamera iPhone 6 Plus lagi power

Part ni memang aku sangat rasa puas hati bila bertukar dari iphone 6 kepada iphone 6 plus. secara teknikalnya untuk memudahkan korang faham, meh baca sedikit penjelasan dari Aman.my

Satu lagi fungsi yang bakal memberikan faedah baik kepada pengguna yang menyukai fungsi rakaman video mahupun pengguna biasa adalah penstabil optikal pada iPhone 6 Plus. Berbanding iPhone 5S dan iPhone 6 yang menggunakan penstabil berdasarkan perisian, kamera yang dibawakan iPhone 6 Plus mempunyai penstabil yang membantu menstabilkan rakaman oleh pengguna.

Kedua-dua model mempunyai kamera utama 8 megapiksel dan kamera hadapan 2.1 megapiksel yang telah dinaiktaraf. IPhone 6 Plus mempunyai kelebihan tambahan penstabilan imej optik, yang tiada pada iPhone 6.

ios8_00

Cip Apple A8 dan M8 Motion Co-processor

Lagi satu part ni aku nak explain pun tak reti kalau bab teknikal ni. cuma the basic thing yang iphone 6 guna ada prosesor Apple A8. Kalau sebelum ni iphone 5s menggunakan A7 sebagai processor. Apa perbezaan dia ofcoz lah kelajuaan.

Berdasarkan pemahaman aku dengan menggunakan processor A8 ni boleh menjimatkan penggunaan bateri.

Dan terbukti bila iphone 6 plus lebih tahan bateri walaupun menggunakan data plan. Serius yang ni pun buat aku rasa puas hati bila bertukar kepada iphone 6 plus. Untuk iphone 6 pula jangka hayat bateri tu agak kritikal sebenarnya. Memerlukan hari-hari untuk charge. iPhone 6 plus aku hanya charge 2 hari sekali itupun jika aku guna terlalu kerap iphone 6 plus.

iphone6_06

Kuasa bateri yang lebih baik

iPhone generasi ke-enam turut membawakan kapasiti bateri yang lebih besar dan membawakan peningkatan hayat bateri yang lebih lama berbanding sebelumnya. Menurut Apple, iPhone 6 mampu bertahan sehingga 11 jam untuk pelayaran web melalui WiFi dan juga tontotan video melalui peranti ini. Pada penggunaan muzik pula, iPhone 6 memberikan ekstra 10 jam tambahan berbanding iPhone 5s, menjadikan ia mampu bertahan selama 50 jam untuk kebolehan dalam memainkan audio.

Peningkatan pada jangka hayat bateri iPhone turut dipertingkatkan pada iPhone 6 Plus yang mana mampu bertahan sehingga 12 jam untuk pelayaran web melalui WiFi. Dari segi kebolehan multimedia, iPhone 6 Plus dilihat bertahan lebih lama yang ia mana mampu memainkan muzik selama 80 jam dan video selama 14 jam.

Ps: part ni dari amanz.my dan aku setuju dengan mereka. bateri iphone 6 plus memang superb!

Paparan lebih besar dan Paparan Retina HD untuk iPhone 6 Plus

Untuk iphone 6 plus korang akan rasa puas hati dengan skrin HD dan juga besar serius memang puas hati berbanding iphone 6.

Secara keseluruhannya aku recommend kan iphone 6 plus daripada iphone 6. Aku menyesal bila beli iphone 6 pada mulanya tapi nasib baik ada peluang untuk bertukar kepada iphone 6 plus. Walaupun orang cakap aku tukar iphone macam tukar baju tapi bila bab kepuasan ni susah nak jelaskan sebeanrnya.

.
#TIPTRAVEL: SEWA POCKET WIFI SEBELUM FLY!!! BOLEH SEWA POCKET WIFI DI SINI
#TIPTRAVEL : GET YOUR VOUCHER CODE FOR HOTEL AT DISCOUNTCODEHK.COM 
THIS WEBSITE SPONSORED BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting)Samurai Wifi
SUPPORT BY:
#kelabbloggerbenashaari
.

 


Former Engineer. A dreamer. Kacak & Awesome. Traveler.

8 Comments

  1. Drini

    February 26, 2015 at 4:48 PM

    aku nak beli iphone 6 saje lah kalo cam tu

  2. burn

    February 5, 2015 at 4:12 PM

    bengkok pon senang….

  3. siti hazreen

    December 20, 2014 at 9:52 AM

    Harga mampu tengok jer

  4. Muhammad Khairuddin Lim

    November 27, 2014 at 8:52 PM

    nice……
    Muhammad Khairuddin Lim recently posted..Tarikh Gaji kakitangan Awam 2015 untuk merancang budget travel kitaMy Profile

  5. razis

    November 27, 2014 at 4:48 PM

    Harganya memang setimpal dengan kualitinya. Tapi ntah bila aku nak pakai.
    razis recently posted..Harga Moto Ini Akan Buat Anda Pengsan Seminit.My Profile

  6. adarain

    November 27, 2014 at 12:31 PM

    Tak dinafikan kehebatannya iPhone ni.
    adarain recently posted..Aplikasi Telegram Berwajah BaruMy Profile

  7. Kakiblog

    November 27, 2014 at 6:04 AM

    dari segi harga memang kaw-kaw iPhone 6 dan ianya amat berbaloi juga dengan fungsinya yang hebat tu..
    Kakiblog recently posted..Pening Susun LayoutMy Profile

  8. fazrol

    November 27, 2014 at 1:01 AM

    Bila laa aku boleh pakai iphone 6 plus nie..
    fazrol recently posted..Tak kecewa sangat tak dapat pergi Karnival Upin IpinMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge