Tips Simpan Duit Untuk Bercuti | Assalamualaikum! Dah agak lama rasanya tak menulis tips bercuti atau travel ni. Demi mengekalkan niche blog ini di dalam blog travel aku gagahkan jugak untuk menulis beberapa tips yang simple mengenai percutian. Walaupun blog ini blog personal tetapi seboleh bolehnya aku mahukan 60% isi kandungan blog ini adalah mengenai travel, melancong dan percutian.
Untuk tips melancong minggu ini aku kongsikan “Tips Simpan Duit Untuk Bercuti”
Memang aku selalu ditegur terutama tahun lepas dimana tahun yang aku banyak melancong. Soalan yang biasa di tanya.
- Mana kau dapat duit pergi bercuti?
- Sapa taja kau?
- Orang kaya memang selalu bercuti.
- Banyak duit kau selalu melancong
- Ko tak kerja ke asyik bercuti jer
Itu diantara beberapa soalan yang aku selalu dapat terutama dari kawan-kawan dan juga reader blog aku.
Bagi aku sebenarnya nak bercuti tak perlu menjadi kaya. Cukuplah perancangan dari segi keewangan dan juga pelancongan. Korang dah boleh bercuti. Bagi aku ramai jer yang tak kaya pergi melancong. Asalkan ada minat yang mendalama semuanya boleh.
Tahun ni aku jarang melancong. Disebabkan aku dah mula bekerja jadi priority melancong dah jadi nombor 2. Kena lah juga keja cari duit nak kahwin orang kata. Jaga anak bini bagai. Lagipom kalau tak bekerja macam mana nak dapat duit untuk bercuti kan. Tajaan tu memang ada tapi tajaan ni kadang-kadang tak kena dengan masa dan jiwa kita. Yang mana boleh kita ambil, ambil jer yang mana x sesuai pass kat kawan-kawan blogger yang lain. InshaAllah bila kita kongsi rezeki Allah akan balik lebih lagi.
OK berbalik kepada tips minggu ini iaitu Tips Simpan Duit Untuk Bercuti:
#1- Target & Perancangan
Untuk mencapai destinasi tempat percutian yang ingin kita pergi kita tidak boleh membuat keputusan secara tiba-tiba. Menurut pengalaman yang dikongsikan traveler terkenal Matt Harding iaitu seorang American traveler terkenal. Untuk mencapai destinasi yang ingin kita tujui kita perlu mempunyai sasaran& perancangan sekurang-kurangnya setahun sebelum tarikh yang ingin kita pilih. Hal ini penting bagi sebuah percutian ini berjaya dilaksanakan dan tempat sasaran kita itu berjaya dijejaki. Lebih detil lagi peracangan yang dibuat maka lebih jelas bagaimana untuk kita sampai ke tempat yang kita kita tujui
#2- Tabung Percutian
Selepas mempunyai perancangan yang lengkap maka sampai masa untuk melaksana rancangan tersebut. Destinasi yang ingin ditujui mempunyai kos tersendiri yang perlu kita laburkan. Jadi untuk mengelakan kita menggunakan duit dari sumber yang tidak sepatutnya maka kita perlu asing atau tabungkan wang pelaburan tersebut ke satu tabung khusus. Namun apalah makna sebuah tabung sekiranya kita tidak mampu konsisten dalam menabung jadi komitmen dalam menabung teramatlah penting bagi mencapai objektif percutian kita tadi. Lebih tinggi kos tempat yang ingin kita tujui maka lebih tinggi wang yang patut kita tabungkan.
Untuk percutian ke luar negara secara minimum kami sarankan agar menabung sebanyak RM5/ sehari. Sekiranya ia dilakukan secara konsisten maka jumlah yang akan diperolehi dalam masa setahun adalah RM5 X365/hari bersamaan RM 1825 . Untuk mendapatkan lagi bonus penjimatan yang maksimum. Untuk 6 bulan pertama anda keluarkan dahulu wang tersebut bagi pembelian tiket penerbangan. Ini kerana sudah menjadi trend promosi banyak syarikat penerbangan melakukan promosi harga runtuh tiket penerbangan bermula enam ke tiga bulan dari tarikh yang kita pilih. Kita juga harus alert untuk sebarang promosi dari mana-mana syarikat pelancongan kerana promosi dari syarikat penerbangan juga akan membuka promosi khas untuk syarikat pelancongan yang berdaftar untuk di promosikan kepada anda.
#3- Wang Tambahan
Jangan merungut dan runsing sekiranya anda tidak mampu menabung oleh sebab kos sara hidup yang semakin meningkat. Cara lain untuk mencapai tips no.2 adalah anda boleh cuba melakukan aktiviti wang tambahan secara part time. Hari ini pelbagai tawaran buat duit secara sambilan yang boleh pilih pilih. Apa yang penting anda perlu bijak memilih lubuk duit yang tidak merumitkan dan tidak menjadi beban untuk anda melakukannya. Bukan semua perkara kita suka lakukan dan sudah pasti kita melakukan ini hanya sementara saja. Sekiranya wang sasaran menabung anda telah dicapai lebih awal dari dijangkakan maka anda boleh berhenti untuk mengerjakan aktiviti ini.
Right now it looks like WordPress is the preferred blogging platform available right now.
(from what I’ve read) Is that what you’re using on your blog?
Tips y menarik. Bagus untuk mereka y merancang nk melancong. Snorkelling di Lombok, Mendaki di Rinjani, main ski di Beijing & Menikmati pemandangan salji di Korea….semua sy dpt buat hasil perancangan awal. Jom kita travel!!
mmg perlu merancang pape yg kite nak buat..best tips ni..
kene menabung konsisten..harap dpt istiqamah kan
pengedar-sah-shaklee-di-shah-alam
Tips yang bagus. Nak konsisten menabung ni yg payah sikit. Lepas boleh tak kongsi kos yang di perlukan untuk melancong ke sesuatu tempat. Aku fail sangat pasa nak bajet gi melancong. Biasa aku over spand.
dah lama tak bercuti. wa rasa memang dah kena bercuti ni
Thanks for sharing. Tips yang sgt berguna. Mulai hari ni nk start menabung rm5 setiap hari. Plus buat part time bisnes.
Perkongsian yang menarik, harap adalah sedkit simpanan nanti untuk travel nanti.
Melancong ke destinasi idaman sambil melihat keindahan alam yg Allah ciptakan..alangkah indahnya 🙂 In Shaa Allah tip2 ni berguna utk kami sekeluarga utk merancang percutian tahun depan..
nad pun tengah kumpul duit nak melancong..kene simpan sikit2
Selama ini mengaharapkan bonus je,adalah buat tabung dari bekas biscuit tapi bukan untuk melancong.
Kalau ada bonus tahunan dari company, boleh juga digunakan untuk melancong. Gunakan bonus untuk reward diri sendiri yang bertungkus lumus bekerja selama setahun.
saya pon selalu anggap hidup sebagai musafir, tapi sekarang terpaksa stay sini lama sikit, plan nak kerja sendiri 1 day & hidup dengan bebasnya,
bagus2 tips.
pandai-pandai la menyimpan dan melabur ye. hehe
Nice… tq..
nice sharing
bercuti setahun sekali je aku bro. haha