Bermulalah Sebuah Kembara Kehidupan | Alhamdulillah Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambanya. Adakalanya kita rasakan inilah yang terbaik untuk diri kita tapi Allah tidak memberi apa yang kita mahukan disebabkan rancanagn Allah untuk kita lagi terbaik.

Masa mula-mula aku kerja sebagai system engineer di company X dulu aku rasakan inilah yang aku mahukan. Kerja dalam bidang yang aku belajar dan di tempat yang aku dah lama nak stay iaitu bukit bintang tapi jodoh aku dengan company x ni tak panjang. Aku bertanya kenapa aku tak bleh stay disini. Macam-macam dugaan yang aku hadapi disana. Seolah olah semuanya serba tak kena dengan apa yang aku buat.

Akhirnya aku resign dan jadilah pengangur. Masa aku jadi pengangur aku banyak berfikir kenapa hidup aku jadi mcam tu. Macam-macam job aku apply di KL tapi semua tak dapat. Last sekali aku dapat call untuk bekerja di Penang.

kembara hidup

Dalam hati kenapa Penang? Dalam bidang yang aku tak minat iaitu communication. Namun inilah rancangan Allah. Aku dapat kerja di dalam suasana yang aku boleh ikut. Jadi aku tidak mempunyai sebarang masalah unutk terus bekerja di sini.

Lagipun aku rasa aku lebih tenang di sini. Alhamdulillah….Allah tempatkan aku di Penang. Sapa tahu kalau aku stay di KL mungkin aku akan terlebih sosial.

Hari ni hari kedua aku bekerja di sini. Alhamdulillah semuanya ok. Dan disini bermulalah satu lagi episod kembara di dalam hidup aku. Semoga semuanya di permudahkan.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge