Kali Pertama Naik Fire Fly. 2 hari lepas habis lah cuti aku untuk raya haji. Ikutan kerja memang tak cuti sebenarnya tapi hati ni sunyi pulak nak balik kampung raya haji ni. Ikutkan sejarah aku belum pernah beraya di perantauan baik raya puasa mahupun raya haji.

Jadi raya haji tahun ni berkesempatanlah aku raya di perantauan kejap. Flight aku dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu tepat-tepat di pagi raya. Jadi aku terlepas solat hari raya tahun ni.Semoga berjumpa lagi untuk raya tahun depan. Ada peluang nak juga merasa menunaikan haji di Mekkah. InshaAllah.

firefly

Berbalik kepada cerita kali pertama naik fire fly. Flight aku FY2729 dari Kota Bharu ke Subang pada 8 Oktober 2014. Apa yang boleh aku komen tak banyak disebabkan firefly ni lebih kurang sama jer dengan Malaysia Airlines jer cuma tempat dia kecil sikit. Tapi selesa.

Masa aku naik pun pilot nampak berpengalaman dari segi menerbangkan dan mendaratkan pesawat. Tak macam sesetengah pesawat Malindo Air atau Air Asia biasa kalau mendarat hentakan tayar pada tar agak kuat. Yang ni smooth jer.

Overall bagi aku puas hati naik fire fly. Lagi best dari Air Asia sebab ada makanan dan pramugari firefly pun cantik!!

Dengan ni lengkaplah sudah pesawat malaysia yang aku dah naik bermula dengan Air Asia pastu Malaysia Airlines, Malindo Air dan juga Fire Fly. Lepas ni nak try Emirates Airlines lah pulak. Heheh…

Oh lupa ada Berjaya Air satu lagi….

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

8 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge