Samsung Tab 4 Gadget Untuk Travel - Faizal Fredley

Samsung Tab 4 Gadget Untuk Travel

Kehidupan aku sebagai traveller memang memerlukan beberapa gadget yang banyak membantu aku di dalam lifestyle sebagai traveller. kali ini aku perkenalkan korang dengan Samsung Galaxy Tab 4 dimana  ianya banyak membantu aku untuk Travel Like a Boss.

Bermula dari situ mula lah aku terokai ciri-ciri yang ada pada Samsung Galaxy Tab 4 untuk kegunaan  masa depan aku nanti. Ini untuk memudahkan perjalanan hidup aku sebagai Traveller dan di dalam  lifestyle juga.

gambar 6

Dan guest what? Selepas mendapat cadangan dari beberapa orang rakan aku mengambil keputusan untuk  membeli Gadget terbaru aku iaitu Samsung Galaxy tab 4.

20 Ogos 2014 aku berpeluang untuk menjadi salah seorang pengguna Samsung Galaxy Tab 4. dari situ  dah terbayang dah apa yang akan aku buat dengan Samsung Galaxy Tab 4 baru aku nih.

Mula-mula tengok kotak pun dah jatuh hati dah. Terus tayang kat Instagram dan Facebook aku. Saja nak  bagi kawan-kawan cemburu. —> Teruk benor perangai kan. (Sila jangan ikut abam punya  perangai okey)

10645265_639587066140325_512003238927983687_n

Leather-back cover design. Yang ni membuatkan korang selesa untuk pegang

Ok berbalik kepada Samsung Galaxy Tab 4 sebagai Gadget sesuai untuk Travel sebab saiznya yang hanya  7″. Memang Just Right lah dengan traveller macam aku. Memang sangat sesuai Masuk jer dalam poket.

Portable ni memang antara ciri-ciri utama yang aku cari bila inginkan sesebuah gadget terutama untuk  dibawa semasa travel. Bukan apa bila gadget yang portable senang sikit untuk aku travel. memang aku  memerlukan sebuah gadget yang senang untuk di handle semasa travel.

23
4Untitled

Unboxing my new gadget. Excited!!! Bukan selalu dapat beli gadget baru ni.

44b

Tab 4 memang sesuailah untuk traveller macam aku. Saiznya yg compact tu buat aku selesa  sangat menggunakan Tab 4 walau kat manapun aku berada. Tengah jalan pun sempat lagi kot  update status facebook. Orang kata memang Just Right buat Kaki travel macam aku. Baru lah  orang panggil Travel Like a Boss!

Kat Airport pun Tab ni sangat berguna okey. Sementara nak check in begasi semua tu korang  boleh jer check apa yang patut kat tab korang tu. Biasa aku check email jer. Mana tau flight  delay ke pa ker. Pengalaman yang lepas sewaktu aku travel di Taiwan. Flight delay dekat 3 jam akibat ribut. Nasib baik aku selalu check email. Kini bila dah ada Tab 4 ni lagi senang lah aku nak  check email walau aku berada dlm train sekali pun.

Benda wajib yang aku check sebelum travel terutama bila dekat air port ni adalah boarding time  flight. Korang boleh guna apps flight check in. kat dalam apps ni korang boleh tengok jam brapa boarding flight korang. Selain tu korang boleh jugak self check in.

Aku biasa self check in dekat laman web air asia jer. Senang sikit. Sampai jer at air port tak  payah nak kalut ribut bagai. Apps yang korang boleh cuba untuk self check in:

  • Air Asia
  • Malaysia Airlines
8a8b

Tab 4 ni memang sangat pocketable. Tak payah masukkan dalam beg lepas digunakan.  Maklumlah bila dah travel perkara penting adalah ambil gambar. Aku tahu korang mesti tak nak  terlepas moment yang menarik kan.

Jadi dengan saiz Tab 4 yang compact ni korang boleh senang-senang simpan dalam poket lepas  digunakan. Bila nak guna balik ambil jer dari poket. Simple!

Lagi satu, bila tab 4 ada dalam poket ni korang boleh guna untuk check hotel ker, flight ke lepas  ambil gambar. Jadi dah jimat dah situ. Korang tak memerlukan gadget lain. Hanya dengan satu  gadget korang boleh buat macam-macam.

6

Buktinya. Senang sangat. Aku letak dalam poket jer. Nak ambil gambar, nak update social  media dan nak google pun senang.

Ayuh kaki travel semua. Apa tunggu lagi, tab 4 ni memang sesuai untuk korang bila gi travel.  Harga pun tak mahal, sangat berpatutan. Dengan harga RM799 korang boleh miliki gadget
serbga guna.

Untuk siapa yang berminat boleh check sendiri tab 4 yang sesuai untuk korang. Ada warna  hitam dan juga putih. Memori ada 16 GB dan juga 8 GB. Untuk info lanjut korang boleh ke LINK  ni

http://samsung.com/my/tab4_7 (Sponsored by Samsung)

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

9 Comments

  1. Bahrain

    September 23, 2014 at 7:03 PM

    Daripada generasi pertama sehinggalah keempat mesti ada perkara baru dan penambahbaikan.
    Bahrain recently posted..Soalan Bocor Tapi Tak Cemerlang JugaMy Profile

  2. Muhammad Khairuddin Lim

    September 23, 2014 at 7:27 AM

    murah dan berbaloi…
    Muhammad Khairuddin Lim recently posted..Konvokesyen Ke 16 UPSI 2014My Profile

  3. zarul farhana

    September 22, 2014 at 11:11 PM

    Harga OK jgk Tue…. Kalau la time nie saya Ada duit… Nk angkat dh tab Tue..
    zarul farhana recently posted..Rawatan Gigi di pkuMy Profile

  4. Farah Waheda Wahid

    September 22, 2014 at 5:19 PM

    wahhh, tab 4… eloklah tu sesuai untuk FF…
    Farah Waheda Wahid recently posted..Jus Mangga Pran | Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Minum & Menang, Sri Damansara ClubMy Profile

  5. Siti

    September 22, 2014 at 4:58 AM

    Jadi, apa yang buat ia special berbanding tablet lain? Macam Sony Xperia Z2 pun gambarnya cantik dari kamera digital biasa. Yang ni macam mana gambarnya cantik tak?
    Kalau ada tablet ni, tak bawa kamera DSLR/SLR pun ok ke untuk dapat gambar cantik? Ketahanan bateri pula macam mana? Kerap kena charge ke tak?
    Siti recently posted..Travel Gear | Nikkor 1 Lens 10-100 VRMy Profile

  6. Ain Ridzuan

    September 22, 2014 at 1:38 AM

    Murahnye! Nak kelip mata dengan en. hubby. Besday pon nak dekat ni.. hehe
    Ain Ridzuan recently posted..PENGEDAR SAH SHAKLEE KOTA DAMANSARAMy Profile

  7. eXplorasa

    September 22, 2014 at 1:30 AM

    sytgh mncari gadget mcm ni utk gantikan tab 7 sy yg hilang. blh la try gadget ni pulak
    eXplorasa recently posted..Buffet Durian Di SS2 Petaling JayaMy Profile

  8. zik

    September 21, 2014 at 7:47 PM

    boleh tahan murah juga ya… besar pun tak besar sangat pun.. tapi screen memang luas..
    zik recently posted..Keputusan terkini malaysia u23 vs saudi arab u23 21.09.2014 sukan asia incheonMy Profile

  9. amirulfaiz

    September 21, 2014 at 7:30 PM

    Pergh, memang nampak cun Galaxy Tab 4 ni, menggoda, harga pun berpatutan. Okay, boleh masuk wishlist. 😀
    amirulfaiz recently posted..Ulangtahun KelahirankuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge