Agrofarmstay @ Skill-Tech Bloggers Family Day Melaka | Salah satu resort dan Homestay yang bertemakan kampung di Melaka. Ciri ciri yang mengabungkan fun dan farm membuatkan agrofarmstay begitu unik untuk mereka yang sukakan suasana kampung yang tenang dan jauh dari kesibukan kota.
Selain keunikan agrofarmstay yang bercirikan suasana kampung agrofarmstay juga ada menyediakan pelbagai aktviti berteraskan kampung seperti memancing dan juga berkayak. Pelbagai jenis penginapan & kemudahan seperti kolam renang, kolam memancing, surau terapong, dewan makan, dewan riadah & bilik karaoke turut disediakan.
Alhamdulillah sempena cuti hujung minggu kali ini aku dan beberapa blogger lagi berpeluang untuk merasai sendiri peluang untuk merasai berehat di agrofarmstay sambil mengeratkan lagi hubungan sesama blogger terutama dari #KelabBloggerBenAshaari.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Agrofarmstay untuk kerjasama dalam menjayakan Blogger Family Day kali ini.
Hari Pertama di Agrofarmstay
Kami bertolak dari kuala lumpur dalam jam 4 petang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas disepanjang perjalanan. Perjalan yang mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke destinasi.
Kami tiba agrofarmstay dalam jam 6 petang. Selepas check in kami di bawa masuk ke bilik penginapan masing-masing. Perasaan excited dikala mula melangkah ke dalam Villa yang begitu indah sekali.
Villa yang mempunyai 7 buah bilik sangat selesa dan luas. Sesuai untuk family day atau private party.
untuk hari pertama tak banyak kami lakukan. Di waktu malam kami diberi sedikit taklimat dari Che Mat (Orang Kuat Agrofarmstay) tentang Agrofarmstay dan juga sedikit aktiviti untuk hari esok.
Habis taklimat kami disedikan makan malam yang fresh dari ladang disediakan oleh pihak argofarmstay. Serius masakan disini sangat sedap. Aku suka daging kurma. Daging sangat lembut.
Selesai makan malam kami diberi aktiviti bebas…Sempat juga kami bermeeting kejap bersama blogger sebelum masing-masing rebahkan badan di atas timlam yang begitu selesa.
Untuk hari kedua aku akan cuba sambung untuk next entri.
PS: Tetiba aku rasa macam skema pulak entri aku kali ni. Tak tau pulak kenapa. Hehe
memang kena gi gak nih.
diorang ada ajak aku hari tu.
Best2nya.. Nk taw apa program yg dibuat kt sana
best….tunggu entri anda selanjutnya.
sedap betul bercuti ye..
ladies tuh takde yang berkenan ke? hahah