Blogger Live di TV Al Hijrah



Blogger Live di TV Al Hijrah | Alhamdulillah peluang yang aku tak pernah impikan dan terbayang di benak fikiran aku untuk seumur hidup untuk muncul dalam tv secara live sebagai tetamu jemputan.

Sampai ke hari ni aku masih tak percaya untuk muncul di kaca tv. Walaupun hanya 15 minit tetapi pengalaman ini sangat bermakna bagi aku. Nervous tu tak payah cakap lah. Sebelum masuk ke set satu badan aku menggeletar. Di tambah pulak dengan keadaan di studio yang sejuk lagi buat aku menggigil.

Dari bilik make up lagi aku dah mula shaking sebenarnya. Hehe maklum lah ni first time muka aku di salut make up. Walupun make up ringan tapi pengalaman kena make up tu rasa macam seronok jer.

Interview secara live ni sebenarnya aku dapat last minit. Sehari sebelum aku live. bangun tidur check inbox dekat facebook ada satu mesej dari member fb yang pm untuk aku muncul dlm program “Assalamualaikum” di Tv alhijrah. Terus excited.

10703773_10202954793054747_3939755114552498092_n

Walaupun tak sempat buat preparation lansung tapi alhamdulillah pengalaman lepas banyak mengajar aku untuk berdepan dengan kamera. Tapi masih lagi nampak gugup.

Habis jer interview di tv alhijrah aku terus bergerak ke Bukit Jalil untuk meeting mengenai kerja. Sebab tu lah aku berpakaian agak smart semasa di tv alhijrah. So sapa yang ckp kenapa aku pakai macam tu ni lah jawapan dia.

Anyway thanks kpd member aku untuk peluang ni. InshAllah ada rezeki boleh masuk lagi.

10620609_10202954009355155_1484066793979657148_n

1535481_10202954010795191_2572784049725573733_n

10408970_10202954009515159_1677199734583229741_n

Kadang-kadang bila aku fikir balik kalaulah aku tak jadi blogger dapat kah aku peluang untuk merasai apa yang aku rasa sekrang?

#TIPTRAVEL: SEWA POCKET WIFI SEBELUM FLY!!! BOLEH SEWA POCKET WIFI DI SINI
#BERTUKAR KEPADA WORDPRESS? BOLEH BELI HOSTING DAN DOMAIN DI DIGITALPREFIX

 

 

10 Comments on “Blogger Live di TV Al Hijrah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge