Harga Dan Spesifikasi | Perodua Axia 2014 Memang Menggoda | Semalam secara rasminya perodua telah melancarkan keluaran terbaru hasil 100% anak tempatan iaitu perodua Axia. Dalam hati memang dah tergoda dah bila tengok gambar perodua Axia ni.
Al-kisahnya semasa aku nak beli Perodua Myvi 3 minggu lepas aku ada juga bercadang nak ambil perodua axia ni. Tetapi bila aku utarakan pendapat aku di facebook ramai suruh aku beli Perodua Myvi jer disebabkan aku dah ada sebijik Perodua Viva. Jadi lebih elok jika aku upgrade sikit kepada myvi.
Bila aku tanya pihak perodua untuk booking perodua axia ni diorang cakap keluaran pertama untuk perodua axia telah habis. Kalau nak tempah juga mungkin dalam bulan 11 baru aku boleh pakai kereta. Hurmm macam lambat jer. jadi aku teruskan niat beli Myvi jer. Dah sekarang Mr. Bumbee (Myvi) telah selamat di rumah aku.
Ok semalam tak berapa sempat aku nak pergi usha perodua axia kat mana-mana kedai perodua. Hanya sempat tengok gambar dalam facebook jer yang kawan-kawan kongsikan.
Acaner? Menggoda tak? haruslah kan. Buat orang macam aku ni layak tergoda dengan perodua axia jer. Nak tergoda dengn BMW atau Merc tu terover sangat kot. Heheh
# Harga Dan Spesifikasi | Perodua Axia 2014 Memang Menggoda
- Perodua Axia Standard E (1.0 E manual) – RM 24,900 (solid), RM 25,300 (metallic)
- Perodua Axia Standard G (1.0 G manual) – RM 32,800 (solid), RM 33,200 (metallic)
- Perodua Axia Standard G (1.0 G automatic) – RM 34,800 (solid), RM 35,200 (metallic)
- Perodua Axia Special Edition (1.0 SE manual) – RM 37,900 (solid), RM 38,300 (metallic)
- Perodua Axia Special Edition (1.0 SE automatic) – RM 40,900 (solid), RM 41,300 (metallic)
- Perodua Axia Advance (1.0 AV automatic) – RM 44,900 (solid), RM 45,300 (metallic)
Dah tengok dah, tapi dalamannya nampak biasa sangat. Untuk org yg baru nak beli kereta ok dah 🙂
Siti recently posted..Kumpul Point AirAsia lebih cepat dengan Tune2Big Card
Warna merah kuning mmg menggoda
Sgt mngoda…
zarul farhana recently posted..Rawatan Gigi di pku
Suzuki Swift keluaran 2014 memang cantik sesangat.. Memukau habis… Tapi mampu tengok je lah… Tak lah nak beli pun…Hu..Hu..
Warna putih cantik,warna merah pun cantik…yang mana satu nak pileh ni….
Masa hari launching perodua dah turunkan harga semua model axia tu . Yg manual SE rm36800.00
nice…
Muhammad Khairuddin Lim recently posted..University College Cork (UCC), Cork, Ireland
memang terbaik daripada proton.
Raihanah Ahmad recently posted..Collagen Powder Untuk Ibu Hamil
Wah mmg menarik ni Faizal…Awesome …Kak Lya singgah sini tgk2 kereta comel ni…hehehe
Member serumah rasa geram je. Dia dah beli Viva ellite thn 2012. So dia rasa mcm rugi jew..dah lah wat loan 9thn. Sye just pakai kancil 660. So habis hutang thn depan boleh lah beli ya…
Sye dah pergi tengok tadi. Memang cantik. Rasa mcm lebih cantik dri myvi je.. Dia orang cakap, klu order model standard 3bulan baru boleh dapat Kereta sebab dah ramai booking yg tu. Klu order yg SE Pulak, sebulan dah boleh dapat Kereta. . Memang yg SE betul2 mengancam. Beza SE ngan ADVANCE . ADVANCE leather SEAT dan ada GPS. Sye dah update gambar kat blog sye tadi. Yang basic produa belum buat lagi that why belum tak ada kat showroom .
smart gila!!!! Aaarrrggghhhh rasa nak jual viva ena ni.. nak beli yang ini
Ainaa Roseberry recently posted..ROCK IT FRIES | BURGER KING ONE SURIA