Home LIFESTYLE Status Layang Dari Peminat Blog

Status Layang Dari Peminat Blog

1534
13

Status Layang Dari Peminat Blog | Haa pernah dengar status layang? kalau surat layang ni dah biasa dengar dah kan. Tu zaman bukan IT. Orang pakai surat layan kalau ada rasa tak puas hati bagai.

Di zaman IT sekarang orang tak main surat dah, orang buat status jer. Sebab tu dipanggil status layang. Bahasa betulnya aku pun tak pasti.

Mengenai status layang ni aku malas nak perbesarkan cerita nanti ada pula yang cakap semua aktiviti aku nak update dalam blog. Aku rasa kalau semua aktiviti aku, aku update dalam blog sehari mahu pat ploh kali aku update.

*sebenarnya jawpaan jujur aku adalah “Ni blog aku suka hati aku lah nak tulis apa pun. Tak suka jangan baca. Boleh unfriend aku kat FB”

Ko hingat aku rajin sangat ke nak menaip ni?

Alkisahnya semalam adalah insan yang tak puas hati dengan hidup aku ni. Dengan laju terus confess di Unimap Confession direct kepada aku. Apa yang tak puas hati semua di luahkan. bagi aku its ok…aku ambil secara positif. At least ada juga yang baca blog aku rupanya.

11301_10202912611200227_4552909202540326879_n

Ni adalah perkara yang di confessnya. Dan jawapan aku adalah:

#1 Promoting setiap aktiviti

  • Sebenarnya tak semua aku tulis dalam blog apa aktiviti aku. Bila aku rajin dan idea menulis tu datang aku gagahkan lah jari aku menaip cerita dalam ni.

#2 Review Gadget

  • Pasal review gadget atau tarvel ni aku bukan suka-suka nak review. Ko hingat aku rajin sangat ke nak study bagai tentang semua gadget2 ni? Banyak lagi aku boleh buat kot. Aku review ni di bayar. Bukan aku beli. This is part of my job as a blogger.

#3 Dapat Kerja awal

  • Yang ni menunjukkan ko ni ketinggalan. Ni rezeki beb. Lagi pun aku dah mula apply kerja sejak dari bulan 2 lagi. Bulan 3 aku dah mula interview. So kalau aku dapat kerja awal tu usaha aku masa aku jadi student lagi.
  • Lain kali rajin-rajinkan lah cari kerja kosong kat internet. jangan tunggu orang du suap jer. Pi cari banyak jer kerja kosong.

#4 Social di Facebook bukan dlm realiti

  • Ok yang ni aku setuju. Aku mengaku memang aku tak sosial kat luar tapi ianya tak menghalang untuk aku berjaya dengan menjadi seorang blogger. Aku memang aktif di facebook sebab ianya adalah salah satu cara marketing utk buat bisness. So celik lah mata tu. Jangan duk biar perasaan dengki menghasut diri. Nanti nampak pulak kebodohan ko.

Apapun aku ambil secara positif. Buat yang lain kalau diri tu bodoh tolong jangan duk tunjuk kat orang. Buat malu jer….

Nak tengok pendapat orang lain tentang confess kurang cerdik ni boleh klik sini.

13 COMMENTS

  1. Sentap jugak sebenarnya sebab scha sendiri tak dapat kerja lagi. Yer, scha kurang senang kalau org lain update pasal kerja sebab scha rasa org tu tak fikir ttg org lain yg xdpt kerja. Bukannya takde usaha. Rezeki tak dtg lagi. Maybe boleh kurangkan kot lepas ni. Ada yg kurang senang dan boleh jatuh riak kalau tak berhati2.

    Sorry kalau comment ni harsh sangat. Sorryyy.
    Scha Nazri recently posted..Kena tipu dengan blogger.com?My Profile

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge