Status Layang Dari Peminat Blog - Faizal Fredley

Status Layang Dari Peminat Blog

Status Layang Dari Peminat Blog | Haa pernah dengar status layang? kalau surat layang ni dah biasa dengar dah kan. Tu zaman bukan IT. Orang pakai surat layan kalau ada rasa tak puas hati bagai.

Di zaman IT sekarang orang tak main surat dah, orang buat status jer. Sebab tu dipanggil status layang. Bahasa betulnya aku pun tak pasti.

Mengenai status layang ni aku malas nak perbesarkan cerita nanti ada pula yang cakap semua aktiviti aku nak update dalam blog. Aku rasa kalau semua aktiviti aku, aku update dalam blog sehari mahu pat ploh kali aku update.

*sebenarnya jawpaan jujur aku adalah “Ni blog aku suka hati aku lah nak tulis apa pun. Tak suka jangan baca. Boleh unfriend aku kat FB”

Ko hingat aku rajin sangat ke nak menaip ni?

Alkisahnya semalam adalah insan yang tak puas hati dengan hidup aku ni. Dengan laju terus confess di Unimap Confession direct kepada aku. Apa yang tak puas hati semua di luahkan. bagi aku its ok…aku ambil secara positif. At least ada juga yang baca blog aku rupanya.

11301_10202912611200227_4552909202540326879_n

Ni adalah perkara yang di confessnya. Dan jawapan aku adalah:

#1 Promoting setiap aktiviti

  • Sebenarnya tak semua aku tulis dalam blog apa aktiviti aku. Bila aku rajin dan idea menulis tu datang aku gagahkan lah jari aku menaip cerita dalam ni.

#2 Review Gadget

  • Pasal review gadget atau tarvel ni aku bukan suka-suka nak review. Ko hingat aku rajin sangat ke nak study bagai tentang semua gadget2 ni? Banyak lagi aku boleh buat kot. Aku review ni di bayar. Bukan aku beli. This is part of my job as a blogger.

#3 Dapat Kerja awal

  • Yang ni menunjukkan ko ni ketinggalan. Ni rezeki beb. Lagi pun aku dah mula apply kerja sejak dari bulan 2 lagi. Bulan 3 aku dah mula interview. So kalau aku dapat kerja awal tu usaha aku masa aku jadi student lagi.
  • Lain kali rajin-rajinkan lah cari kerja kosong kat internet. jangan tunggu orang du suap jer. Pi cari banyak jer kerja kosong.

#4 Social di Facebook bukan dlm realiti

  • Ok yang ni aku setuju. Aku mengaku memang aku tak sosial kat luar tapi ianya tak menghalang untuk aku berjaya dengan menjadi seorang blogger. Aku memang aktif di facebook sebab ianya adalah salah satu cara marketing utk buat bisness. So celik lah mata tu. Jangan duk biar perasaan dengki menghasut diri. Nanti nampak pulak kebodohan ko.

Apapun aku ambil secara positif. Buat yang lain kalau diri tu bodoh tolong jangan duk tunjuk kat orang. Buat malu jer….

Nak tengok pendapat orang lain tentang confess kurang cerdik ni boleh klik sini.

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

Student Engineering dari dari azali lagi. Semua ayat dan perkataan main hentam je.

13 Comments

  1. Amir

    September 13, 2014 at 4:12 AM

    nice..singgah blog org semata-mata cari poin nak kutuk 😛

    pepehal pun, tulis jer apa nak tulis bos..janji positif 🙂
    Amir recently posted..Sape tau maksud logo kastam?My Profile

  2. muhammad zarin

    September 12, 2014 at 10:47 PM

    banyakan bersabar bro…biasalah bila dah famous pasti ada yang dengki…..

  3. Scha Nazri

    September 12, 2014 at 2:50 PM

    Sentap jugak sebenarnya sebab scha sendiri tak dapat kerja lagi. Yer, scha kurang senang kalau org lain update pasal kerja sebab scha rasa org tu tak fikir ttg org lain yg xdpt kerja. Bukannya takde usaha. Rezeki tak dtg lagi. Maybe boleh kurangkan kot lepas ni. Ada yg kurang senang dan boleh jatuh riak kalau tak berhati2.

    Sorry kalau comment ni harsh sangat. Sorryyy.
    Scha Nazri recently posted..Kena tipu dengan blogger.com?My Profile

  4. Raihanah Ahmad

    September 12, 2014 at 10:49 AM

    biasalah tu bukan semua org suka kita. sabar lah na
    Raihanah Ahmad recently posted..5 Fakta Tentang Shaklee Anda Perlu TahuMy Profile

  5. Muhammad khairuddin lim

    September 12, 2014 at 5:20 AM

    Kasihann kat penulis surat layang tu.. Sakit jiwa kot… Hihihihi

  6. Nadot

    September 12, 2014 at 5:17 AM

    sangat insecure peminat tu.. kesian dia…. semoga sembuh hatinya yang sakit…
    Nadot recently posted..Rezeki Affiliate, Income dari BlogMy Profile

  7. titan

    September 12, 2014 at 1:27 AM

    ada jugak orang macam itu ye..
    titan recently posted..Kertas Soalan Sains UPSR bocor dan di tunda ke 30 September 2014?My Profile

  8. Farid Laham

    September 11, 2014 at 11:38 PM

    Maaflah sy dh ketinggalan huhu 🙁
    Farid Laham recently posted..Sejarah Saya Dalam Penggunaan SmartphoneMy Profile

  9. Fadhil Husin

    September 11, 2014 at 11:26 PM

    biasa la bro. bila kita berjaya ada je orang tak puas hati. anggap je la suara diorang tu macam nyamuk. hehe. Teruskan blogging!
    Fadhil Husin recently posted..5 Tips Hias Ruang TamuMy Profile

  10. Dak Eina

    September 11, 2014 at 11:15 PM

    Salam. hai faizal. alaa wat lek wat peace. bace la jugak di uc pg td. dah agak mst up entry.. hihi. die jeles kot. haha. oh hai. iols pon dak unimap. penah je jmpa faizal kt unimap tp xnk tego. haha. mmg kt realiti biase je.. ape2 pon jmpe nnt konvo. sama sidang kte haha
    Dak Eina recently posted..Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !My Profile

  11. hafiz hafizol

    September 11, 2014 at 11:03 PM

    gila punya confess nie siap mention nama bagai. haha.. Blog nie mesti popular dalam kalangan student unimap. Makin popular ah pasnie lepas kena confess
    hafiz hafizol recently posted..Taman Rekreasi Best di PutrajayaMy Profile

  12. Arman

    September 11, 2014 at 10:29 PM

    Sabar jelah Faizal, pembaca blog setia kau ni. Kalau umur kau dah 24, mmg patutpun dah dapat kerja, tu mmg umur masuk pasaran kerja lepas je keluar universiti…
    Arman recently posted..Soalan UPSR Bahasa Inggeris BocorMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge