10 Tempat Percutian Menarik Sekeluarga di Malaysia - Faizal Fredley

10 Tempat Percutian Menarik Sekeluarga di Malaysia

10301444_10202896815805352_415069010791318398_n

# 10 Tempat Percutian Menarik Sekeluarga di Malaysia

Di Malaysia ni terdapat banyak Tempat Menarik untuk percutian terutama percutian keluarga. Tak perlu nak pergi jauh-jauh sehingga ke luar negara bagai. Tapi bagi yang berkemampuan tak mengapakan.

Berdasarkan pengalaman aku sebagai Travel Blogger aku senaraikan 10 Tempat Percutian Menarik Sekeluarga di Malaysia pilihan aku sendiri.

#1 Pulau Langkawi

Pulau Langkawi sentiasa mendapat tempat. Tumpuan pelancong termasuk Cable Car Langkawi, Langkawi Oriental Village, Kota Mahsuri, Galeria Perdana, Underwater World Langkawi, Langkawi Wildlife Park, Taman Buaya, Kilim Geoforest Park dan Laman Padi. Bila ke Langkawi, ambil peluang membeli belah pada harga yang rendah kerana tiada cukai dikenakan jika anda menetap sekurang-kurangnya 4 hari.

#2 Pulau Perhentian

Jika lebih suka bersantai di pantai dan laut, Pulau Perhentian tempat terbaik. Ia terkenal dengan pantainya yang bersih berpasir putih dan air yang sangat jernih. Perhentian Besar menempatkan penginapan yang lebih mahal berbanding Perhentian Kecil, namun keduanya sama cantik dan menarik. Pengunjung juga boleh bertukar-tukar tempat bersantai antara kedua pulau dengan teksi air. Aktiviti popular di sini termasuk meredah hutan, melawat program pemeliharaan penyu, berkemah, berkayak dan menyelam.

#3 Pulau Pinang

Ia merupakan bandar pelancongan yang pesat membangun tetapi masih mengekalkan bangunan lama. Tarikan disini termasuk Muzium Perang, Masjid Kapitan Keling, Tokong Ular, Fort Cornwallis, Pasar Chowrasta, Street Art, Pantai Batu Ferenggi, Padang Kota Lama dan Rumah P. Ramlee. Namun, aktiviti paling menarik adalah bersantai di tengah Bandar Georgetown sambil menikmati makanan yang pelbagai dan suasana persekitaran yang berbeza, seolah-olah berada dalam ruang masa yang lain. Singgahlah di Restoran Line Clear yang sangat popular apabila berada di sana.

#4 Sabah

Terlalu banyak tempat menarik di Sabah, namun Kota Kinabalu sendiri sudah cukup tarikan dan aktiviti yang boleh dilakukan. Antaranya Taman Marin Tunku Abdul Rahman untuk aktiviti pantai serta menyelam dan Taman Kinabalu yang menempatkan kolam air panas dan canopy walk, pelbagai spesis flora dan fauna yang pelik lagi menarik dan sayur-sayuran serta buah-buahan sergar dari ladang. Singgahlah di Pasar Filipina untuk pelbagai hasil laut, sama ada yang kering atau yang dimasak.

#5 Cameron Highland

Bagi mereka yang gemarkan kehijauan dan hasil ladang segar, pilihlah percutian tanah tinggi Cameron Highlands. Tenangkan fikiran dengan keindahan ladang teh sambil menikmati teh pelbagai perisa. Tarikan lain termasuk ladang sayur-sayuran dan strawberi, ladang bunga, ladang lebah, muzium serta pasar sayur-sayuran dan buah-buahan segar di Kea Farm atau sepanjang jalan utama dari Ringlet ke Kampung Raja. Kunjungi juga pasar malam Sabtu di Brinchang yang menjadi pusat jualan semua hasil ladang sambil menikmati makanan tempatan. Untuk aktiviti lasak, anda boleh meredah hutan, mendaki gunung dan juga berkemah.

#6 Kuala Lumpur dan Putrajaya

Banyak tempat yang boleh dilawati di Bandaraya Kuala Lumpur dan Putrajaya. Antara lain Petrosains, Aquaria, Taman Tema Cosmo, KL Tower, Pusat Sains Nasional, Taman Burung, Taman Tasik, Planetarium dan Muzium TUDM di Kuala Lumpur. Lanskap bandaraya Putrajaya pula cukup mengagumkan ditambah dengan tarikan seperti Taman Wetland, Tasik Putrajaya berserta pelayaran, Taman Warisan Pertanian, Taman Equestrian, Challenge Park dan pusat membeli belah Alamanda

#7 Melaka

Bandaraya Melaka bandaraya bersejarah tak begitu besar. Korang boleh mengambil masa selama 3 hari sahaja untuk pusing-pusing seluruh melaka. Untuk Senarai penuh Tempat Menarik di Melaka ke LINK ini.

#8 Pulau Redang

Pulau Redang satu legi destinasi yang menarik untuk percutian keluarga. Terletak di Terengganu dan memang sesuai untuk percutian. Deretan Resort yang berada di sebuah pulau menyebabkan pulau redang begitu heppening dan menyeronokkan.

#9 Pantai Morib, Banting Selangor

Pantai Morib menjadi tumpuan kerana anda berpeluang melihat pemandangan matahari terbenam di sini. Sebab itulah Goldcoast Sepang dibangunkan di Sepang, semata-mata untuk menikmati keindahan dan suasana matahari terbenam

#10 Port Dickson, Negeri Sembilan

Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Maksudnya Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan.

Ia ialah kawasan yang kedua terkecil di Negeri Sembilan. Port Dickson menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari bandaraya untuk penduduk tempatannya berehat.

Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

13 Comments

  1. faisxmail

    December 22, 2016 at 5:40 PM

    Penang best bagi saya

  2. Avani Sepang

    April 4, 2016 at 1:16 AM

    kalau nak murah sikit boleh try book
    Book Avani Sepang Gold Coast Resort at Discount Rates

  3. mija

    August 20, 2015 at 12:41 AM

    Selama ni dengar je org Cite pasal avani. Skali pegi pergh.! Berkali2 nak pegi. jemput baca review pasal avani AVANI SEPANG GOLDCOAST

  4. salina

    April 28, 2015 at 1:24 PM

  5. Aizah

    March 5, 2015 at 2:31 PM

    Menarik, sebelum ni pening pk bila cuti jew nak pergi mana 🙂 thakz for info.

    untuk bercuti bawa anak-anak kecil kadang berfikir jugak tapi tak salah jika kena dengan cara Jom ketahui Tips Bercuti Bersama Anak Kecil Supaya Tidak Meragam

    Di : http://butiksihatcomel.blogspot.com/2015/03/tips-bercuti-bersama-anak-kecil-supaya.html

  6. rose

    October 6, 2014 at 5:01 PM

    Ada lagi pulau yg best utk dikunjungi…PULAU MABUL..
    pakej bajet serendah RM220/pax

    boleh tgk dkt fanpage http://facebook.com/cutimabul

  7. Raihanah Ahmad

    September 11, 2014 at 11:21 AM

    insyaAllah kami nak pi PLangkawi hujung bulan ni. weehooo!
    Raihanah Ahmad recently posted..Collagen Powder Untuk Ibu HamilMy Profile

  8. Lan_careno

    September 11, 2014 at 10:54 AM

    Semua dah pernah pergi kecuali pulau redang dan pulau perhentian… pergilah melancong… segalanya ada di Malaysia…
    Lan_careno recently posted..Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger!My Profile

  9. Bahrain

    September 10, 2014 at 9:49 PM

    Rindu dengan pulau Redang,.
    Bahrain recently posted..Rindu Kucing Kesayangan Paling ManjaMy Profile

  10. Farah Waheda Wahid

    September 10, 2014 at 4:37 PM

    semua tempat2 tu menarik tapi nak gi Colmar Tropical…ha ha ha…
    Farah Waheda Wahid recently posted..Supaya Anak Berani Memberi Pendapat…My Profile

  11. Cik Nurul

    September 10, 2014 at 3:11 PM

    Ada few places yg CN dah pergi tapi tak betul2 spend time untuk jelajah seluruh tempat tersebut.

    In shaa Allah, Penang dalam perancangan 🙂
    Cik Nurul recently posted..Taman Botani, Putrajaya: #2My Profile

  12. shawn razaleigh

    September 10, 2014 at 2:36 PM

    banyak lagi yg aku tak pergi. grrr
    shawn razaleigh recently posted..Rasukan Kentut Gua 2013My Profile

  13. Muhammad Khairuddin Lim

    September 10, 2014 at 12:43 PM

    Semua tempat tu dah pergi….masing2 ada keistimewaannya yang tersendiri.
    Muhammad Khairuddin Lim recently posted..Beautiful Guilin 3 : Tunnel Hill caveMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge