anjung-room-interior-1_S2

gambar sekadar hiasan

#Senarai Tempat Berbulan Madu di Malaysia

Senarai Tempat Berbulan Madu di Malaysia | Bulan Madu atau Honeymoon di Malaysia ni nampak macam nak save bajet kan kata orang tak mampu nak bulan madu di oversea. Bagi aku tak salah pun kalau nak berbulan madu di Malaysia. Malaysia pun banyak apa tempat menarik. Tak perlu nak bazirkan duit nak ke luar negara. tapi kalau mampu tu tak kisahlah. Aku pun kalau mampu nak jugak berbulan madu di luar negara. Istanbul ker. Cantik jugak kan.

Heeehe. Tetiba cakap pasal berbulan madu ni nampak sangat yang aku gatal nak kahwin dah. tapi kena hold dulu kerja tak stabli lagi nih. lagi pun calon pun belum ada. kalau ada yang sudi boleh lah drop email ok. sertakan gambar sekali dan biodata. Mana tau jodoh. Heehhe

Ok berbalik kepada Senarai Tempat Berbulan Madu di Malaysia. Menurut kajian aku (Kajianlah snagat kan) Ada beberapa tempat berbulan madu yang menarik bagi pengantin baru yang nak berbulan madu.

#Cameron Highland

Cameron highland pun dah macam oversea dah. sejuk kot. Lagipun nampak macam romantik jer kat cameron hihgland ni. Teringat masa layan drama Nora Elena dulu. Best jer berbulan madu kat cameron highland nih.

#Pulau Langkawi, Kedah

Pulau Langkawi pun not bad jugak. Aku pernah menginap di Hotel Awana Porto Malai. Kata sana memang sesuai untuk pasangan berbulan madu. Lokasi hotel yang menarik.

#Pulau Redang, Terengganu

Pulau Redang pun aku pernah pergi. Serius cantik giler kot pulau tu. Kalau yang nak tenangkan fikiran pun boleh jer gi kat sana.

#Colmar Tropicale, Berjaya Hills Bukit Tinggi

Colmar Tropicale, Berjaya Hills Bukit Tinggi. Ok kat sini aku tak pernah jejak lagi tapi tengok dalam tv macam menarik jer. rasa macam duk kat oversea jugak. Macam kat London kan.

#Pulau Tioman

Pulau Tioman. Haa yang ni aku baru nak merancang trip ke tioman. Mungkin bila aku dah berjaya jejakkan kaki kenasa aku akan ulau lebih panjang lagi pasal pulau nih.

#Pulau-Pulau di Sabah

Pulau di sabah ni terlampau banyak. bagi aku semua pulau pulau di sabah menarik. lagi-lagi dekat semporna. Pegrhhh kalau dapat gi sana memang syok habis lah. Tapi sekarang ni macam bahaya jer nak gi sana.

#Port Dickson

Port Dickson pun dah plan banyak kali tapi tak pernah berjaya sampai ke PD. Ada jer hanlangan bila nak pergi. Aku tertarik dengan chalet yang terapung tu. nampak romantik sangat. Sesuai untu berbulan madu.

Tuh jer lah yang mampu aku senarai kan. ikutkan hati banyak lagi aku nak senaraikan. Sebab terlampau banyak Tempat Menarik di Malaysia ni. Mungkin lain kali jer lah aku sambung bila aku rajin menaip.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

8 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge