unnamed

My AirAsia Free SeatsJika saya mempunyai 10 tempat duduk percuma AirAsia, saya akan ke Bandung Indonesia Dan saya akan bawa bersama beberapa orang yang pernah berbakti kepada saya sepanjang perjalanan hidup saya di muka bumi ini.

Orang yang pertama saya akan tawarkan tak lain tak bukan adalah ibu saya sendiri. Dah lama teringin nak bawak dia melancong tapi apakan daya belum berkemampuan lagi memandangkan saya baru sahaja mulakan kerjaya saya selebai tamat degree. Mana tau inilah peluangnya kan?

Saya pasti my mon akan gembira. At least saya saya turut bahagia bila my mom happy. Percutian saya tak akan lengkap jika ahli keluarga saya yang lain tidak ikut bersama. Sudah tentu saya akan turut bawa mereka bagi merapatkan lagi hubungan kami sekeluarga. Orang kata “family come first right“.

Okay. selain family tiket masih lagi ada kosong jadi saya akan cuba gunakan blog saya untuk memberi beberapa tiket secara contest atau pun giveaway kepada pembaca yang bertuah. Sekurang-kurang boleh jugak tarik visitor lain untuk masuk ke blog ini.

Sesuai dengan tema blog saya iaitu travel like a boss jadi hadiah seperti ini memang turut dinantikan daripada semua pembaca blog ini yang majoritinya kaki travel.

Lagipun saya mungkin juga boleh mempromosi Air Asia kepada pembaca saya sekali memandangkan ada juga pembaca saya dari luar malaysia. Mungkin diorang dapat merasa travel bersama Air Asia lagi best dari travel bersama mana-mana flight yang lain.

*saya pernah travel ke Taiwan bersama Air Asia memang puas hati bak hang….

Berkenaan dengan destinasi pula, saya memilih Bandung kerana negara di Bandung merupakan salah satu tempat yang saya belum pernah jejak lagi dibumi Indonesia. Orang kata shopping kat sana best. Nak juga bawak my mon shopping kat sana. Jakarta, Bali dan Medan dah pernah sampai. Juga terbang bersama Air Asia.

Selalu juga lah duk intai-intai promosi dari Air Asia kot-kot lah ada kan. Sebab biasanya Air Asia ni selalu jugak buat promosi. Cuma bukan rezeki saya lagi untuk dapat tiket promosi dari AA ni.

Sekarang ni pun AA ada buat free seat. Sempat jugak saya booking tiket ke Korea untuk musim sejuk nanti. This November. Harga sangat murah okay. Hanya RM409 return….Sapa tak ambil sangat-sangat rugi. Bukan selalu kot dapat best price macam nih.

Itulah kalau lah berpeluang menang contest #MyAirAsiaFreeSeats…..

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

10 COMMENTS

  1. bandung??????????????????????????????????Ya Allah,tempat destinasi yang wajibbbbbbb repeat lagi sekali,masa tu pegi bandung pun naik Air Asia… Kira first time la tu naik flight selama ni,hehe..Sangat puas hati… oh, cerita pasal bandung, sorga shopping di sana! huwarrr…best gila kot
    Mek Onie recently posted..Keselamatan Produk Legacy SecretMy Profile

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge