Home LIFESTYLE Officially Graduated

Officially Graduated

1470
10

unimapportal

Officially Graduated | Alhamdullilah setalah 3 tahun mengharungi pelbagai cabaran hidup di Bumi Perlis. Akhirnya status daripada student telah pun bertukar kepada Graduated. Salah satu lagi peristiwa yang bersejarah dalam hidup aku.

Hampir sahaja dahulu aku tarik diri daripada menghabiskan degree aku disebabkan beberapa masalah terutama masalah keewangan namun rezeki aku untuk mempunyai degree telah ditetapkan. Ada jer rezeki yang masuk.

Tak sangka juga sebenarnya aku dari antara pelajar tercorot semasa di sekolah rendah dulu kini setanding dengan top student ketika itu. Dapat degree di dalam bidak kejuruteraan.

Daripada situlah aku bangkit untuk berusaha lebih keras lagi di sekolah menengah. Dari kelas ke 7 aku berusaha hingga akhirnya aku berjaya berada di kelas pertama seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringakat Diploma UniMAP dan habis jer diploma terus dapat tawaran sambung degree juga di UniMAP.

Habis degree terus dapat tawaran sambung Master tapi aku rasa cukuplah dulu. Kerja lagi penting. InshaAllah Master aku akan sambung kemudian. Seminggu habis degree terus dapat tawaran kerja.

Belum sempat nak rehatkan minda terus nak kena fokus kerja pulak. tapi Allahdulillah lah zaman sekarang ni bukan senang untuk dapat kerja.

Apapun 27 September 2014 akan jadi tarikh keramat untuk aku memakai jubah dan topi 4 segi. Kecik-kecik dulu tak pernah terfikir pun aku akan berpeluang memakai topi 4 segi tu. heheh…

Kepada sapa nak dtg boleh lah ke UniMAP nanti. jangan lupa bawa bunga untuk aku sekali okay!!

10 COMMENTS

  1. Tahniah… lepas ni kena hadapi real challenge. Challenge yg tak diajar masa belajar dulu…

    Neway, tahniah dah dpt kerja and good luck for your incoming convocation 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here