Officially Graduated - Faizal Fredley

Officially Graduated

unimapportal

Officially Graduated | Alhamdullilah setalah 3 tahun mengharungi pelbagai cabaran hidup di Bumi Perlis. Akhirnya status daripada student telah pun bertukar kepada Graduated. Salah satu lagi peristiwa yang bersejarah dalam hidup aku.

Hampir sahaja dahulu aku tarik diri daripada menghabiskan degree aku disebabkan beberapa masalah terutama masalah keewangan namun rezeki aku untuk mempunyai degree telah ditetapkan. Ada jer rezeki yang masuk.

Tak sangka juga sebenarnya aku dari antara pelajar tercorot semasa di sekolah rendah dulu kini setanding dengan top student ketika itu. Dapat degree di dalam bidak kejuruteraan.

Daripada situlah aku bangkit untuk berusaha lebih keras lagi di sekolah menengah. Dari kelas ke 7 aku berusaha hingga akhirnya aku berjaya berada di kelas pertama seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringakat Diploma UniMAP dan habis jer diploma terus dapat tawaran sambung degree juga di UniMAP.

Habis degree terus dapat tawaran sambung Master tapi aku rasa cukuplah dulu. Kerja lagi penting. InshaAllah Master aku akan sambung kemudian. Seminggu habis degree terus dapat tawaran kerja.

Belum sempat nak rehatkan minda terus nak kena fokus kerja pulak. tapi Allahdulillah lah zaman sekarang ni bukan senang untuk dapat kerja.

Apapun 27 September 2014 akan jadi tarikh keramat untuk aku memakai jubah dan topi 4 segi. Kecik-kecik dulu tak pernah terfikir pun aku akan berpeluang memakai topi 4 segi tu. heheh…

Kepada sapa nak dtg boleh lah ke UniMAP nanti. jangan lupa bawa bunga untuk aku sekali okay!!

“Every travel is a journey and every journey is a travel. No matter where you go, what you’re up to is a journey. Enjoy life, live with it and make peace of it. Our journey in life will end but not with our soul. Go beyond the journey and discover what life has to offer.”~Eacel Janubas~

10 Comments

  1. Dr Riezwan

    August 28, 2014 at 9:08 PM

    nnt dtg sana kasi bunga….

  2. ohcikgu

    August 27, 2014 at 10:42 PM

    tahniah.

    dah tak payah study dahh..

    leh kerja dah puas -puas.
    ohcikgu recently posted..Cikgu, negera apa mula dengan huruf X?My Profile

  3. zool

    August 27, 2014 at 9:52 PM

    tahniah dan bersedialah menghadapi cabaran sebagai bukan pelajar nanti..
    zool recently posted..Dapat Komisen Kedua Ashadee.comMy Profile

  4. Nick

    August 27, 2014 at 1:40 PM

    aku nak sambung master kat ukm, tapi tengok dengan tugas skg ni, hold dulu la..tggu 2 3 tahun lg..haha
    Nick recently posted..8 Sebab Kenapa Lelaki CurangMy Profile

  5. mai has

    August 27, 2014 at 10:46 AM

    tahniah tuan…semoga cemerlang dlm bidang yg diceburi seterusnya…:-)
    mai has recently posted..Bagaimana Kebaikan Zinc Menyembuhkan Luka Jahitan Bersalin dengan CepatMy Profile

  6. Mommy irra

    August 26, 2014 at 11:45 PM

    Tahniah FF. Rezeki FF. Kerja cari FF. Alhamdulillah.
    Mommy irra recently posted..Cenderamata dari Paris | Ben AshaariMy Profile

  7. MK Kimi

    August 26, 2014 at 9:51 PM

    Tahniah… lepas ni kena hadapi real challenge. Challenge yg tak diajar masa belajar dulu…

    Neway, tahniah dah dpt kerja and good luck for your incoming convocation 🙂
    MK Kimi recently posted..One Light PhotographyMy Profile

  8. Bahrain

    August 26, 2014 at 8:21 PM

    Tahniah!. semoga terus maju ke hadapan.
    Bahrain recently posted..Aplikasi Telegram Messenger TerbaikMy Profile

  9. zarul farhana

    August 26, 2014 at 5:24 PM

    tahniah… saya tggal 1 sem lagi nak capai degree nie
    zarul farhana recently posted..Part 2 Langkawi 2013 : Island HoppingMy Profile

  10. Ainaa Roseberry

    August 26, 2014 at 1:20 PM

    Kata kata semangat untuk ena terus berjuang sampai habis.. terima kasih abang FF.. semua dah pakat pakat habis study, ena je belum.. T_T Penat juga sebenarnya
    Ainaa Roseberry recently posted..MALASNYA NAK STUDY BALIK | DEGREE CANDIDATEMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge