1801143_572357116196654_3552665135041863744_o

Rezeki Seorang Blogger Terlampau | Alhamdulillah itu sahaja yang mampu aku lafazkan ketika ini. Satu ketika dulu aku tak pernah terfikir untuk berada di tahap sekarang. Popular bukan gelaran yang aku cari namun hanyalah secebis kepuasan kepada diri sendiri.

Mempunyai blog ibarat mempunyai ruang aku sendiri. Dimana disinilah tempat aku lepak, tempat aku mendapat kawan-kawan dan disni jualah tempat aku mencari rezeki.

Bermula dengan hanya luahan perasaan di blog kini blog inilah merupakan identiti aku. Tempat aku kongsi secebis pengalaman tentang kehiduapan aku yang sangat mencabar.

Ejakan teman-teman suatu ketika dahulu pernah mematahkan semangat aku untuk terus berblogging namun inilah minat. Kita buat apa yang kita suka dan apabila ianya membuahkan hasil nescaya hasil itu mampu mengukir senyuman setelah penat ranjau kita tempuhi.

Bukan tujuan aku untuk membangga diri dengan apa yang aku perolehi kerana aku percaya ramai lagi blogger yang lagi berjaya daripada aku. Tapi dengan usaha aku yang hanya 50% sahaja aku mampu tersenyum bangga dengan diri sendiri.

Melalui blog inilah aku berjaya tamatkan degree aku dan aku mampu untuk memiliki apa yang orang lain miliki walaupun hidup aku bukan lah dari keluarga orang yang senang.

Kadang-kadang aku terasa sudah cukuplah dengan apa yang aku ada sekarang. Sudah lengkap. Dah tak ada apa lagi aku mahukan. Semuanya telah aku dapat.

Antara perkara yang aku mahukan dalam hidup ini dan aku telah perolehi sepanjang 24 tahun aku hidup.

  1. iPhone 4
  2. Blackberry Z30
  3. Lenovo Vibe Z
  4. Samsung Galaxy S4
  5. Samsung Galaxy Tab 4
  6. Macbook Air
  7. Nikon D3200
  8. Kereta
  9. Motosikal
  10. Kerja tetap (Engineer)
  11. Gelaran (Favourite Travel Blog)
  12. Melancong
  13. Kerja Part Time
  14. Diploma & Degree
  15. Leftenan Muda

Ahhh sekarang aku pun tak tahu apa yang aku mahukan lagi…tapi apa yg pasti aku mahukan kebahagian dunia dan akhirat….Dalam aku mengejar duniawi aku kadang-kadang lupa yang Allah juga kurniakan Kesihatan dan Kebijaksaan untuk aku berfikir.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

13 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge