431476_3845423938035_298082342_n

Hidup Mula Dilanda Tornado | Wohaa, cabaran hidup yang datang silih berganti. Badai yang datang sering kali meninggalkan kesan. Hidup kita sebagai manusia tidak akan sempurna tanpa cabaran dan dugaan. Apa yang membezakan adalah cara kita menghadapi sesuatu ujian dan cabaran yang mendatang.

Hampir dua bulan aku hidup di Kuala Lumpur dan hampir 2 bulan juga aku menjadi engineer di mana jawatan yang aku cuba elakkan masa zaman belajar dahulu.

Hidup semakin tak menentu. kadang-kadang makan, kadang-kadang tidak. Bukan tiada duit tapi bila hidup sendiri ni malas pulak nak keluar makan sensorang. InshaAllah gaji nanti nak penuh kan peti ais…Senang nak masak nanti.

Berkenan dengan aktiviti blogging pula makin lama makin susah untuk menceburkan diri. Seperti sedia maklum aku sangat-sangat suka travel tapi bila dah masuk alam pekerjaan ni aktiviti travel perlu di tangguhkan buat sementara waktu. Nak buat macam mana boss mahu aku bagi Rindu awak 200% tumpuan.

Tapi tak kisahlah. Sesibuk mana pun aku tetap memilih kerjaya sebagai seorang engineer dari blogger full time. Mungkin belum tiba masanya aku jadi blogger full time macam kawan-kawan lain.

Rugi rasanya bila aku berhenti kerja untuk jadi blogger full time buat masa sekarang. Susah payah aku dapatkan degree tapi tak digunakan rasa membazir jer kan.

Anyway masa 24 jam sekarang tidak akan sama dengan 24 jam tahun sebelum ini. Harus di jadualkan dengan lebih teliti.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

9 COMMENTS

  1. FF elok la ada keje tetap kan. Irra ada degree jugak, tapi keje irra house manager…uruskan rumah tangga..haha tapi tu pon famly bising..nak buat mcm mana..suami suh dok umah…mcm rilex..tapi xrilex pon..keje xpenah habis…keje apa pon ada cabarannya..selamat maju jaya FF

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge