SHARE

flipboard

Melancong di Taiwan Dengan BlackBerry Z30 | Satu dunia tu. Siapa yang kaki travel tu sudah semestinya cita-cita nya adalah untuk round satu dunia sementara masih mampu. macam aku sudah semestinya belum mampu. Mungkin satu hari siapa tahu tetiba aku jadi jutawan ker. Boleh lah nak melancong satu dunia.

Sebelum korang baca yang selebihnya apakata korang baca dulu 3 Aplikasi Travel BlackBerry Z30 yanga ku guna semasa travel di Taiwan baru-baru ni.

Sekarang ni hanya mampu melancong 1 Malaysia sahaja. Tu pun jarang-jarang ada peluang. Selain tiada masa nak melancong masalah utama aku juga masalah keewangan. maklumlah baru habis study. Kerja pun tak sampai sebulan lagi.

Tapi tak mengapa sejak aku jadi Travel Blogger ni adalah juga peluang untuk bercuti ke oversea ni. Di sponsor lagi tapi kena ada masa yang sesuai memandangkan aku ni bukan blogger fulltime.

Baru-baru ni aku ada melancong ke Taiwan. Itu adalah backpacker aku yang pertama dalam hidup aku. backpacker alone. Snagat-sangat awesome dan mencabar setakat ni. Melancong pulak di bulan Puasa lagi mencabar nak tahan dari lapar dan dahaga.

Biasanya bila melancong backpacker ni semuanya perlu di belajar dahulu tentang tempat yang nak di tuju tu. Dan kalau boleh sediakan semuanya dari awal lagi. Jadi bila di sana tak perlulah nak kalut bagai.

Selain itu, apabila melancong ni perkara wajib adalah ambil gambar. Bagi aku pemggunaan DSLR memang penting namun aku juga memerlukan peranti mudah alih yang lebih kecil dan ringan bagi memudahkan untuk live update dan juga mengambil gambar ditempat-tempat yang agak sesak.

Jadi, semasa aku ke Taiwan baru-baru ni aku cuba menggunakan BlackBerry Z30 untuk mengambil gambar sepanjang percutian aku.

Sebab apa aku memilih BlackBerry Z30 adalah kualiti gambar adalah sangat-sangat memuaskan terutama untuk Selfie. Selain cantik kamera BlackBerry Z30 memiliki resolusi 8 Mpixel sudah tentu membuatkan gambar anda nyata jelita dan kacak.

Sebagai bukti jom kita layan sedikit gambar percutian aku di Taiwan bersama BlackBerry Z30 dan juga Travelmob.

DSC_1209

Bandar Taipei di waktu malam. Masa ni aku OTW ke Pasar Malam

DSC_1212

Laluan ke Guest House aku. Agak scary tapi kejiranan di sini sangat baik hati

DSC_1215

Masa untuk jalan-jalan

DSC_1220

Taipei 101

DSC_1231

Best tengok jalan kat taipei. Teratur dan tak der “Power of Hand” macam kat Malaysia

DSC_1232

Teksi diorng pun sejenis jer..

DSC_1234

Menara yang tertinggi di Taiwan. Kat dunia sekarang aku tak pasti. Rasanya masih dalam Top 10 kot (Taipei 101)

DSC_1238

Pintu masuk. Dalam tu lebih kurang KLCC jer…tapi harga barang dlm tu lagi mahal dari KLCC

DSC_1240

Cuaca x berapa nak elok. Macam nak hujan

DSC_1241

Masa ni kalau tak silap hujan renyai-renyai. Nak cari kedai makanan halal untuk berbuka puasa.

DSC_1242

Akhirnya jumpa jugak restoren halal di Taiwan. Makanan memang terbaik cuma mahal sikit lah. Aku makan hari tu mau kena NT$850 dalam Malaysia RM85

Tip Travel

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge