100_0580

Tempat Makan Menarik dan Sedap di Kelantan | Seperti diketahui ramai Kelantan merupakan salah satu destinasi yang popular dengan makanan yang unik dan tradisional atau boleh dikatakan syurga makanan. Pelbagai makanan yang menarik dan sedap boleh dirasai di negeri cik siti wan kembang ini.

Selain Pulau Pinang, Kelantan juga terdapat banyak makanan yang sedap dan menarik untuk dirasai. Jadi tak rugi bagi sesiapa yang berkunjung di kelantan untuk mencuba pelbagai jenis masakan dari negeri pantai timur ini.

Aku sendiri merupakan anak jati kelantan jadi bila pergi ke mana-mana makanan kelantan tetap menjadi pilihan hati aku. Walaupun ramai yang kata masakan kelantan ni biasanya manis. Aku tak setuju dengan pendapat mereka kerana bagi aku masakan kelantan yang manis tu hanyalah untuk kuih muih. Bagi masakan seperti gulai ke apa ke masakan kelantan lebih kepada pedas2 sedikit. pedas ala-ala masakan thai gitu…

Ok jadi disini aku kongsikan beberapa lokasi dan tempat-tempat makan yang menarik, sedap dan popular di sekitar Kota Bharu Kelantan.

meggi-ketam-alemy

Meggi Ketam Cherang Ruku Kelantan

Antara yang paling hangat diperkatakan ialah Alemy Meggi Ketam. Restoran yang diusahakan oleh Alemy ini menjadi fenomena dengan kehadiran selebriti tempatan serta tokoh-tokoh tanahair selain pernah disiarkan di beberapa rancangan tv serta di akhbar tempatan. Menunya ringkas sahaja, hanyalah meggi berkuah yang diletakkan 2 ekor ketam nipah.

Hidangan semangkuk dengan air RM23. Harga satu hidangan berdasarkan harga pasaran serta berat ketam. Ketam paling kecil RM20, manakala ketam besar boleh mencecah RM50. Harga ini sudah dikira 2 ekor ketam.

WAKTU OPERASI

Setiap Hari: 5.00 petang – 2.00 pagi

HUBUNGI

Bangunan MDPP,
Jalan Pasir Puteh
Cherang Ruku,
Pasir Puteh Kelantan.

Tel: 012-9524657 / 019-9584657

Blog: http://alemymeggiketam.blogspot.com/

kedai-roti-tempayan

Roti Tempayan Terbaik di Kuala Krai

Lokasinya berhampiran simpang tiga lampu isyarat utama di Guchil Kuala Krai yang menghubungkan Kuala Krai, Gua Musang serta Kota Bharu. Iaitu bersebelahan stesen minyak Caltex.

Roti tempayan di sini berharga RM1.50 sekeping manakala kuahnya bergantung kepada jenis lauk. Set yang biasa dipesan adalah roti tempayan beserta kuah kari daging serta ayam yang berharga RM3.50, manakala kuah kari kambing pula berharga RM5.00. Selain makan di sini, anda boleh juga bungkus atau buat tempahan.

Bagi anda yg ingin berehat sekejap memandu dari menuju ke Kota Bharu atau ke Kuala Lumpur melalui Gua Musang, bolehlah singgah mencuba roti tempayan di sini. Sememangnya terbaik.

WAKTU PERNIAGAAN

Setiap hari kecuali Jumaat (7.00 am – 7.00 pm)

TEMPAHAN

Tempahan: Deen Razali (013-959 6393)

ALAMAT

Sebelah Stesen Minyak Caltex, Guchil 2, 18020 Kuala Krai

selera-tepi-sungai

Restoran Selera Tepi Sungai Tanah Merah

Restoran ini terkenal dengan pelbagai jenis masakan, lauk pauk, aneka kuih muih Kelantan dan pemanis mulut. Merupakan tempat makan paling popular di Tanah Merah. Boleh dikatakan semua jenis makanan pelbagai aneka boleh didapati di restoran ini.  Restoran Selera Tepi Sungai sangat sesuai untuk menjamu selera di waktu petang mahupun malam. Ia Terletak di Tanah Merah, berdekatan dengan Sekolah Teknik Tanah Merah.

Steamboat-Food-Village

Medan Ikan Bakar Kedai Buloh

Medan Ikan Bakar Kedai Buloh ini adalah antara premis yang dibuka pada hujung 2011 oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang menjadi tempat tumpuan utama pengunjung pada masa kini.

Terdapat dua buah restoran yang menyediakan menu istimewa iaitu Restoran Food Village dan juga Restoran Juara Ikan Bakar.

Dicadangkan datang menjamu selera pada waktu senja bagi melihat pemadangan indah matahari terbenam di samping boleh mengelakkan waktu sibuk ‘peak hour’ antara 8-10 malam terutamanya  pada hujung minggu ataupun cuti sekolah.

Untuk sebarang pertanyaan, tempahan atau jamuan, hubungi:

Food Village: 016-9380431, http://www.facebook.com/FoodVillageRestaurant

Juara Ikan Bakar : 012-9685361, http://www.facebook.com/JuaraIkanBakar

20131013_104032

Kopitiam Kita

 Di sini anda boleh menikmati pelbagai jenis nasi dan menu seperti Nasi Air DinginNasi Kak WokNasi Tumpang Kubang Pasu, nasi lemak dan banyak lagi. Menu lain yang disediakan ialah Roti Titabdengan telur masak separuh iaitu menu asal kedai ini. Orang-orang ternama dari kalangan VIP, tokoh politik, artis, pemain bola sepak dan ramai lagi telah berkunjung di sini dan anda boleh saksikan sendiri senarai gambar golongan ternama yang pernah singgah bersarapan di sini.

Menu popular: Roti Titab, Nasi Air Dingin, Nasi kak Wok, Nasi Tumpang dan lain-lain

Alamat: 4357-A, Taman Desa Jaya,  Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Baharu, Malaysia.

Tel: 019-9810888

Nasi Kak Wok

Kedai Nasi Kak Wok antara kedai turun temurun yang popular di Kota Bharu. Menunya simple sahaja, iaitu nasi berlauk ayam goreng atau ayam gulai. Tetapi, yang membezakannya adalah pada rasa ayam goreng berempah yang dipotong kecil-kecil dan juga rasa gulainya yang pasti membangkitkan selera serta ditambah sambalnya yang sedap. Disebabkan kemashurannya sejak turun temurun, sudah banyak cawangan yang bertebaran di Kelantan. Ada yang diusahakan sendiri oleh waris Kak Wok, malah ada juga pengusaha yang menggunakan nama Kak Wok untuk melariskan kedainya. Jadi, jika anda ingin mencuba nasi Kak Wok, pastikan ke kedai yang asal atau ke kedai cawangan original.

Menu popular: Nasi berlauk ayam oreng

Alamat: Asal (Jalan Lundang, belakang KBMC), Cawangan (Kubang Kerian -Depan USM)

nasi-ulam-kg-kraftangan-2

Restoran Nasi Ulam Cikgu

Jika anda datang dengan keluarga yang ramai, elok buat tempahan meja terlebih dahulu kerana boleh dikatakan tiap-tiap hari kecuali Jumaat pengunjung tersangat ramai terutamanya semasa waktu puncak jam 1 – 2 ptg.

Menu popular:

Ikan keli goreng berempah, ikan patin masak gulai tempoyak, beraneka jenis ulam-ulaman, budu, tempoyak, ikan bakar, kuah lemak, air sirap

Tips:

  • Makan secara hidang – lebih jimat dan murah.
  • Waktu peak hour adalah jam 1-2 petang. Jadi, dicadangkan datang dalam pukul 11-12 tghari untuk lebih selesa. Disyorkan tempah meja terlebih dahulu jika datang dalam jumlah yang ramai
  • Terdapat pelbagai tempat menarik dan tarikan pelancongan di sekitar restoran ini seperti Kota Sultan Ismail Petra dan Muzium Kraftangan.

Lokasi: Kota Bharu

Kategori: Masakan Kampung

Servis : Layan diri

Tempahan meja: Cikgu Hamid 019-9466665 / 018-9042345 Kak Zam 014-8136555 / 017-9227972

Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat (11 pg – 5 ptg)

Alamat: Jalan Hilir Kota, 15300 Kota Bharu, Kelantan.

PS: Untuk Sumber rujukan penuh mengenai pelancongan di Kelantan boleh rujuk di cutikelantan.com

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

7 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge