pix_gal1

Tip Bercuti Balik Kampung | Hujung minggu ini, pastinya warga kota akan berpusu-pusu pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Aidilfitri. Aku pun bakal balik kampung mungkin sabtu pagi. Sudah semestinya jalan akan sesak teruk untuk balik Kota Bharu kelantan nanti.

Kegembiraan pulang ke kampung halaman, ditambah alunan lagu-lagu raya yang berkumandang di corong radio sepatut­nya menjadikan perjalanan yang jauh terasa dekat.

Namun, kesesakan jalan raya di hampir semua lebuh raya menjadikan perjalanan yang meng­gembirakan bertukar meletihkan.

Telatah anak-anak yang tidak mahu duduk diam di dalam kereta pula menguji kesabaran

Tidak kira pulang bercuti di kampung atau di luar negara, menaiki kereta atau kapal terbang, asalkan ia membabitkan anak-anak, banyak hal yang perlu dipertimbangkan.

Oleh itu, tip melancong minggu ini menyenaraikan beberapa tip yang mungkin dapat membantu melancarkan perjalanan anda.

• Sebelum bertolak

Biarkan anak-anak mengemas barang yang dibawa mereka. Beri tahu saja pakaian seperti apa yang perlu dibawa dan biarkan mereka memilih pakaian sendiri. Jangan lupa bawa mainan yang mereka suka.

Masukkan beberapa manisan seperti gula-gula dan coklat, tuala kecil, tisu, buku cerita serta kertas dan alat tulis ke dalam beg yang akan dijinjing.

Bagi yang akan pergi bercuti di luar negara, perbaharui imunisasi seperti vaksin hepatitis B, hepatitis A dan apa-apa vaksin untuk anggota keluarga. Cari juga maklumat mengenai vaksin tambahan untuk tempat yang akan dikunjungi.

• Di lapangan terbang

Datang awal ke lapangan terbang untuk daftar masuk dan ke ruangan berlepas untuk mengelak kelewatan serta masalah kecil yang boleh menyebabkan anda tertinggal kapal terbang.

Beritahu anak mengenai prosedur pemeriksaan keselamatan supaya mereka tidak takut terutama ketika memasuki pintu pemeriksaan.

Dengan jumlah orang yang ramai di lapangan terbang, anda perlu menggandakan jagaan terhadap anak-anak.

Jangan sesekali mening­galkan anak-anak tanpa pengawasan orang dewasa.

• Dalam penerbangan

Tempat duduk terbaik dalam penerbangan untuk anak-anak adalah barisan pertama di kelas ekonomi. Di situ ada ruang untuk kaki yang luas. Justeru, ketika membuat tempahan, anda juga perlu memilih tempat duduk.

Tempah tempat duduk lebih awal walaupun perlu membayar lebih kerana ia berbaloi jika dapat sebaris atau berdekatan.

Bawa gula-gula mint untuk mengurangkan tekanan udara selain barangan mainan untuk menarik minat anak-anak.

pix_gal3

• Dalam kereta

Pastikan anda menyediakan keperluan seperti makanan dan minuman serta susu anak di dalam satu beg dan letak tempat yang mudah dicapai walaupun dalam perjalanan.

Bawa juga bantal dan selimut supaya anak-anak selesa ketika mereka tidur. Berhentilah dengan kerap di mana-mana tempat rehat dan rawat.

Pastikan anda menyediakan kertas, pensel, mainan, CD lagu dan buku kegemaran anak-anak.

Simpanlah segala yang berkaitan dengan percutian anda sekeluarga seperti brosur dan potongan tiket dalam tempat khas seperti dalam buku tebal.

Dengan melihat brosur dan tiket itu, ia akan me­ngujakan dan membuatkan mereka tidak sabar untuk sampai ke destinasi.

• Pandu perlahan dan selamat

‘Biar lambat, asal selamat’. Ungkapan itu cukup sesuai dijadikan peringatan khusus buat anda yang pulang ke kampung sempena cuti Aidilfitri ini.

Jadilah pemandu yang berhemah dan bertolak ansur, bukannya mementing­kan diri sendiri.

Dalam apa juga keadaan, ingat bahawa anak-anak ada bersama anda sepanjang perjalanan.

• Perkara yang perlu diambil berat

Jika agenda percutian anda mencakupi kolam renang, laut, taman tema air dan tempat berkaitan air, perkara penting yang anda perlu pastikan ialah jangan sesekali membiarkan mereka bersendirian.

Walaupun mereka boleh berenang, anak-anak harus selalu memakai pelampung.

Bawalah topi yang lebih lebar dan pelembap untuk melindungi kulit anak-anak daripada sinaran matahari. Jangan lupa ubat-ubatan.

Jangan lupa simpan nombor doktor keluarga yang boleh dihubungi ketika kecemasan. Untuk mencegah penyakit disebabkan air yang tercemar, minumlah air mineral dan gunakan air yang sudah dimasak untuk membuat susu anak atau jus.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge