Z30_side

Melancong Lebih Mudah Dengan BlackBerry Z30 | Alhamdulliah selamat tiba ditanah air dari bumi Taiwan. Di kesempatan aku melancong di Taipei aku gunakan peluang untuk menguji penggunaan BlackBerry Z30 untuk tujuaan percutian.

Alhamdulillah BlackBerry Z30 banyak membantu aku di dalam percutiaan lebih-lebih lagi percutian aku kali ini keseorangan dan memerlukan pelbagai aplikasi travel untuk memudahkan aku mengumpul matlumat dan memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat.

Sebelum aku terangkan serba sedikit tentang bestnya BlackBerry Z30 ni aku kongsikan dulu spesifikasi yang terdapat di dalam BlackBerry Z30.

BlackBerry Z30_4

Spesifikasi BlackBerry Z30
CipQualcomm Snapdragon S4 Pro 1.7Ghz
Kamera Belakang8-megapixel, F2.2
Kamera Hadapan2-Megapixel
Storan Terbina16GB
Memori2GB RAM
Skrin5-inci Super AMOLED (295PPI)
Sistem OperasiBlackBerry 10.2
Bateri2880mAh
Lain-lainLTE, NFC, BLE

BlackBerry Z30 merupakan telefon pintar pertama daripada BlackBerry dengan skrin bersaiz 5-inci dan paparan resolusi 1280×720 pixel. Dari segi paparan, ia tampak lebih jelas berbanding Z10, mungkin kerana dilengkapi skrin Super AMOLED.

Dari segi binaan pula, ia membawakan bahagian belakang seumpama BlackBerry Q10, dan amat selesa untuk dipegang pada tangan. BlackBerry Z30 ini didatangkan dalam dua pilihan warna, iaitu hitam dan juga putih, selain beberapa aksesori khas untuknya.

Pihak BlackBerry juga dilihat memfokuskan kepada sokongan audio pada BlackBerry Z30. Melaluinya, ia menyertakan sehingga empat mikrofon, membolehkan pengguna membuat panggilan lebih jelas. Penggunaan mikrofon ini juga turut dilengkapi dengan fungsi Natural Sound yang didatangkan bersama-sama BBM Video dan BBM Voice pada BlackBerry 10.2.

BlackBerry Z30_3

BlackBerry Z30_2

Fungsi BlackBerry Hub 

BlackBerry Hub ini memang banyak membantu aku terutama bagi mereka yang kerja di dalam talian. Maklumlah segala jenis matlumat semuanya melalui email. Macam aku sebagai seorang jurutera sistem sememangnya BlackBerry hub banyak membantu terutama di dalam penerimaan email dari klien yang telah di setting untuk menerima email yang penting sahaja.

Pihak BlackBerry juga turut sama menambah Priority Hub, dimana pengguna boleh melabelkan alamat-alamat ataupun rakan yang penting, dan emel tersebut akan dipaparkan pada bahagian ini. Ia berfungsi seumpama GMail Priority Inbox, tetapi pada masa yang sama turut mengintegrasikan sokongan dari laman sosial dan juga BBM.

Predictive Typing

Predictive Typing memudahkan anda untuk menghantar sms atau menaip sesuatu. Kira sama function dengan auto correct tetapi blackberry auto correct lebih sistematik dan tidak mengjelkelkan seperti mana telefon pintar yang lain.

Audio

Sistem suara atau audio melalui BlackBerry Z30 lebih berkualiti. Setiap audio dapat di dengar lebih jeles tanpa sebarang masalah. Sangat sesuai jika korang jenis yang suka berwechat guna audio terasa seperti bercakap face to face.

Bercakap mengenai audio, pihak BlackBerry juga turut membawakan sokongan Stereo Audio, sekaligus membolehkan pengguna mendengar lagu ataupun menikmati video pada skrin besar dengan lebih menarik.

BBM

Kini pengguna boleh melihat mesej BlackBerry Messenger dari rakan mereka pada bila-bila masa, walaupun ketika menggunakan aplikasi. Sebuah notifikasi khas dipaparkan pada bahagian atas, membolehkan pengguna membuat balasan serta merta untuknya.

BlackBerry Z30 ditawarkan pada harga RM1998 di Malaysia.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge