Screen Shot 2014-06-18 at 6.50.20 PM

KLIA2 Jom Shopping. Wah KlIA2 ni tak lama lagi memang akan jadi salah satu tempat shopping terbesar di Malaysia. Tengok jer lah KLIA2 macam mana? Sapa pernah pergi sana tahu lah betapa habatnya KLIA2 ni.

Teringin pulak nak bekerja kat sana. 

Dalam mood final exam pom masih sempat nak shopping yer? Exam entah kemana nota pun melayang kat mana masih nak shopping lagi aku ni.

Shopping ni shopping di alam maya jer sebenarnya. Tapi mana tahu kalau rezeki korang boleh shopping betul-betul. 

Modal yang di beri RM5000. Belilah apa yang korang nak beli dengan duit tu di KLIA2. Rasa macam shopping online kot. Tapi cuma shopping jer lah barang tu bukan dapat pun melainkan korang jadi salah sorang pemenang.

Nak join?

Mudah jer ikut step di bawah ni.

1. Lawati laman web retail klia2 – http://whatsinyourbag.my/

2. Register macam biasalah, masukkan email kemudian tunggu activation email. Tak susah pun.

3. Dengan bajet sebanyak RM5,000, pilih barangan yang anda suka. Barangan ini boleh didapati di klia2 yang bakal menjadi sebuah shopping hub selain daripada sebuah lapangan terbang.

4. Dah siap pilih klik check out. Isikan butiran seperti nama penuh dan IC dengan lengkap. Lepas tu anda akan dimasukkan ke dalam senarai cabutan bertuah untuk memenangi barangan berharga RM5,000 yang dipilih tadi. Senang kan?

5. Pemenang akan diumumkan di laman Facebook Indulge Malaysia Airports.

6. Peserta mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.

Screen Shot 2014-06-18 at 6.48.24 PM

Aku teringin giler nak Jam Tissot PRC 200 Automatic T055 tu. 

 

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge