SHARE

1a-462-600x350

Pakej Percutian di Pulau Pangkor. Sempena habisnya degree aku 20 jun 2014 ni dalam hati teringin untuk bercuti di Pulau. Saja nak tenangkan fikiran dan nikmati cuti aku yang terakhir sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang lagi mencabar.

Dalam hati ni teringin nak ke Pulau Pangkor kat Perak. Memandangkan Pulau Perhentian, Pulau Langkawi dan Pulau Redang aku dah pergi jadi pilihan ke empat aku adalah Pulau Pangkor.

Kira dalam list aku ni Pulau Pangkor berada di nombor 4 sebagai pulau terbaik di semenanjung Malaysia.

Seperti biasa sebelum aku menikmati percutian aku kali ini perkata pertama kena lah survey dulu pasal Pakej Percutian di Pulau Pangkor ni.

Antara resort dan calet yang dalam perhatian aku adalah Hornbill Resort orang kata resort ni ok banyak kemudahan. Harga pun tak lah mahal sangat.

Rate Bilik pun RM100 – RM180 satu malam. Not bad lah kan. Lagi pun Hornbill Resort terletak berhadapan dengan pantai Teluk Nipah yang terkenal di Pulau Pangkor serta berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti kedai runcit, gerai-gerai makanan, kedai cenderahati dan internet cafe.

Selain tu, Seagull Beach Village Resort juga dalam senarai aku kali ni. Pakej Percutian di Pulau Pangkor yang di tawarkan pun agak menarik.

PAKEJ KELUARGA 

Seagull Beach Village Resort – Pakej 3 hari 2 mlm rm150 

  • Tiket Feri Lumut-Pulau Pangkor-Lumut
  • Transfer in/out
  • Penginapan di Seagull Beach Village Resort
  • Island tours

Antara tempat yang dilawati :

  • Teluk Dalam
  • Satay Fish Factory
  • Fui Li Kong Temple
  • Kota Belanda & Shopping di Pekan Pangkor
  •  Snorkling( Termasuk Sewa Peralatan)
  • Kayak

AKTIVITI PILIHAN

  • BBQ & KARAOKE (RM20 Seorang)

MINIMA 4 ORANG

JIKA 20 ORANG DAN KEATAS ,PERCUMA BBQ DAN KARAOKE

SILA HUBUNGI 019-4950341 (ABDULLAH ABD WAHAB)

 

So far 2 tempat ni menjadi pilihan aku. tapi tak tahu lah yang mana yang aku pilih masih di dalam survey lagi. Tapi aku ingat kali ni nak naik bas jer malas pulak nak drive. Lagipun nak kena balik perlis untuk final exhibition 26 hb nanti.
10458112_720730021320659_5871852126206501240_n
Ni Nipah GuestHouse. Di recommended oleh Tripads kira power lah resort ni. Harga pun tak mahal. Aku tengok komen pun semua positif. Tapi sayang dia renovate masa tarikh yang aku nak pergi. 

Tip Travel

#TIPTRAVEL : Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum Fly. Boleh kongsi ramai-ramai. Biasanya aku sebelum travel aku akan sewa pocket wifi dulu. boleh pick up di KLIA/KLIA2. Antara negara yang pernah aku guna wifi adalah Eropah, Indonesia, Thailand, Jepun, South Korea, dan Australia. Untuk review penuh boleh baca di [Review Samurai Pocket Wifi]

8 COMMENTS

  1. Nipah Guesthouse based on pengalaman saya memang sangat2 direcommend sgt2.. mmg best.. new experience.. terbaekk!!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge