Home General Advertorial & Contest Buffet Ramadhan di Selangor | Bangi Golf Resort

Buffet Ramadhan di Selangor | Bangi Golf Resort

1474
6

DSCN0001

Buffet Ramadhan di Selangor | Bangi Golf Resort. Minggu lepas aku dapat invitation as a media kunun-kunun lah. Tujuaannya untuk testing makanan Buffet Ramadhan Selangor – Bangi Golf Resort untuk bulan puasa yang bakal menjelma tak lama lagi.

Aku bersama lebih 100 orang blogger lain di jemput untuk food testing Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort. Disana kami dihidangkan oleh pelbagai menu dan juadah yang semestinya membuka selera untuk berbuka puasa. Cukup menggoda nafsu makan. Tengok semua menu MasyaAllah sedap.

Kira-kira lebih 200 aneka menu sebagai pilihan. Aku tak kira pun tadi dalam invitation kata ada 200 jenis makanan. Tapi memang banyak pun makanan sampai aku sendiri pun tak sempat nak rasa semua makanan. Maklumlah simpanan perut aku ni tak besar mana pun.

Mengenai buffer ramadhan di Bangi Golf Resort ni memang puas hati. Makanan sedap dan di buka sehingga jam 10 malam kalau tak silap aku. Surau pun disediakan bagi yang nak solat dulu then sambung makan lagi. Itu biasa aku buat kalau berbuka puasa jenis buffet ni.

Makan dulu pastu gi solat then sambung makan lagi. Kasi dia hadam dulu.

Antara menu yang paling aku suka Buffet Ramadhan Selangor Bangi Golf Resort adalah kerabu dia. Wow memang marvellous. Sedap!!! – Highly Recommended. 

Selain tu Menu Kambing golek. Yang ni menurut pekerja kat sana siapa yang tak makan kambing pun akan cuba untuk rasa kambing. macam aku lah. tak makan kambing tapi habis juga sepinggah. WOhahah…

Lagi satu antara menu pilihan ramai blogger adalah telur separuh masa. Ada dua jenis. Yang ni memang laku giler. Aku pun habis dalam 4 cawan.

Untuk jamuan mata kalian apakata kita layan gambar-gambar yang akan membuat selera korang terbuka.

DSCN9982DSCN9981DSCN9979
DSCN9978DSCN0016DSCN0007
DSCN0008DSCN0009DSCN0011
DSCN0012DSCN0015DSCN0004
DSCN0003DSCN9996DSCN9995
DSCN0018DSCN9986DSCN9993

Ehem ehem. Macam mana? hehe sengaja aku amik banyak gambar desert sebab perangai aku kalau gi makan buffet memang aku makan desert je lebih. Nasi tu makan sikit jer. Lauk ratah lagi sedap. Aum aum….

Untuk tempahan, anda bolehlah menghubungi terus:
Luliy Shalwani 
( 016 267 8284 ) 
atau 
Siti Zawiah 
( 017 316 9316 )
atau
+[60] 03 – 8925 3728
Alamat :
No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi,
Selangor 43650
Malaysia.
GPS Coordinates :
2.95716N, 101.76518E
Website/Facebook/Email :
https://www.bgrrest.com
bgb.bangigolf@gmail.com
Waktu operasi :
6.30 am – 9.30pm Daily
Harga RM50 untuk dewasa dan RM25 untuk Kanak-Kanak

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge