Buffet Ramadhan di Selangor | Bangi Golf Resort

DSCN0001

Buffet Ramadhan di Selangor | Bangi Golf Resort. Minggu lepas aku dapat invitation as a media kunun-kunun lah. Tujuaannya untuk testing makanan Buffet Ramadhan Selangor – Bangi Golf Resort untuk bulan puasa yang bakal menjelma tak lama lagi.

Aku bersama lebih 100 orang blogger lain di jemput untuk food testing Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort. Disana kami dihidangkan oleh pelbagai menu dan juadah yang semestinya membuka selera untuk berbuka puasa. Cukup menggoda nafsu makan. Tengok semua menu MasyaAllah sedap.

Kira-kira lebih 200 aneka menu sebagai pilihan. Aku tak kira pun tadi dalam invitation kata ada 200 jenis makanan. Tapi memang banyak pun makanan sampai aku sendiri pun tak sempat nak rasa semua makanan. Maklumlah simpanan perut aku ni tak besar mana pun.

Mengenai buffer ramadhan di Bangi Golf Resort ni memang puas hati. Makanan sedap dan di buka sehingga jam 10 malam kalau tak silap aku. Surau pun disediakan bagi yang nak solat dulu then sambung makan lagi. Itu biasa aku buat kalau berbuka puasa jenis buffet ni.

Makan dulu pastu gi solat then sambung makan lagi. Kasi dia hadam dulu.

Antara menu yang paling aku suka Buffet Ramadhan Selangor Bangi Golf Resort adalah kerabu dia. Wow memang marvellous. Sedap!!! – Highly Recommended. 

Selain tu Menu Kambing golek. Yang ni menurut pekerja kat sana siapa yang tak makan kambing pun akan cuba untuk rasa kambing. macam aku lah. tak makan kambing tapi habis juga sepinggah. WOhahah…

Lagi satu antara menu pilihan ramai blogger adalah telur separuh masa. Ada dua jenis. Yang ni memang laku giler. Aku pun habis dalam 4 cawan.

Untuk jamuan mata kalian apakata kita layan gambar-gambar yang akan membuat selera korang terbuka.

DSCN9982 DSCN9981 DSCN9979
DSCN9978 DSCN0016 DSCN0007
DSCN0008 DSCN0009 DSCN0011
DSCN0012 DSCN0015 DSCN0004
DSCN0003 DSCN9996 DSCN9995
DSCN0018 DSCN9986 DSCN9993

Ehem ehem. Macam mana? hehe sengaja aku amik banyak gambar desert sebab perangai aku kalau gi makan buffet memang aku makan desert je lebih. Nasi tu makan sikit jer. Lauk ratah lagi sedap. Aum aum….

Untuk tempahan, anda bolehlah menghubungi terus:
Luliy Shalwani 
( 016 267 8284 ) 
atau 
Siti Zawiah 
( 017 316 9316 )
atau
+[60] 03 – 8925 3728
Alamat :
No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi,
Selangor 43650
Malaysia.
GPS Coordinates :
2.95716N, 101.76518E
Website/Facebook/Email :
https://www.bgrrest.com
bgb.bangigolf@gmail.com
Waktu operasi :
6.30 am – 9.30pm Daily
Harga RM50 untuk dewasa dan RM25 untuk Kanak-Kanak

.
#TIPTRAVEL: SEWA POCKET WIFI SEBELUM FLY!!! BOLEH SEWA POCKET WIFI DI SINI
THIS WEBSITE SPONSORED BY: 
DigitaI Prefix (Domain & Hosting) & Samurai Wifi
SUPPORT BY:
#kelabbloggerbenashaari
POWER BY:  
Malaysia Tourism, Korea Tourism Organization, Skyscanner, Wonderful Indonesia
.

READ  Steambot Buffet Dinner di PICC
Winner of Favourite Travel Blog 2013 and Runner up Best Travel Blog 2014 in Malaysia Social Media Week (MSMW). A Telco Engineer by Profession. A Blogger and Traveler by Passion.

6 Comments

  1. mawardiyunus

    July 1, 2014 at 3:14 PM

    weh ni semua gambar dr kamera aku ke?

  2. brohantu

    June 16, 2014 at 10:44 AM

    best selalu dapat jemputan macam ni
    brohantu recently posted..Harga Reel Pancing Daiwa SaltigaMy Profile

  3. KelipKelip

    June 16, 2014 at 9:41 AM

    blum mampu nak berbuka di sini… sorang 50 kali 6… Rm300… aduhai… sesekali teringin juga..
    KelipKelip recently posted..Cara Bayar PruBSN Takaful Melalui CIMBClicksMy Profile

  4. wazy

    June 15, 2014 at 11:34 PM

    Sungguh menyelerakan menu-menu tu
    wazy recently posted..Review Filem Abang Long FadilMy Profile

  5. zik

    June 15, 2014 at 2:32 PM

    aku buka dekat rumah jer.. orang rumah dah masakkan..kalau ada event / jemputan barulah nak pergi,,… untuk orang bandar sangat sesuai.. tak sempat kan nak masak lagi, balik kerja terus pergi … senang.. duitnya tinggal sediakan.. hehe
    zik recently posted..Video goal highlights Japan 1 vs ivory coast 2 15 june 2014My Profile

  6. Scarlett O'Hara

    June 15, 2014 at 11:42 AM

    Berbuka di rumah je lah. Air tebu dan nasi. 🙂
    Scarlett O’Hara recently posted..Monolog yang bulat itu bola.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge