Home TRAVEL Tempat Makan Menarik dan Sedap di Kuala Lumpur

Tempat Makan Menarik dan Sedap di Kuala Lumpur

3281
20
tupai-tupai-1
Tupai Tupai Restoran

Tempat Makan Menarik dan Sedap di Kuala Lumpur | Tempat Makan Sedap Kuala Lumpur. Inginkan tempat makan dan makanan ala-ala kampung di bandar Kuala Lumpur? Yes Tupai Tupai Restoran adalah jawapannya.

Restoran & Cafe Tupai-Tupai menyediakan pelbagai jenis makanan termasuk Buffet Stimbot, Masakan melayu kampung, Masakan barat & Masakan seafood cina.

Restoran Tupai-Tupai telah memulakan perniagaan pada tahun 2004. Nama ‘Tupai-Tupai’ telah diberi oleh pemilik restoran ini sendiri ketika satu hari semasa cawangan pertama restoran di Kuala Lumpur sedang dibina, pemilik ini ternampak banyak Tupai sedang berkeliaran dikawasan restoran. ‘Tupai-Tupai’ atau ‘Tetupai’ juga bermaksud cantuman kayu2 yang digunakan untuk membina bangunan.

itulah alkisahnya Tupai Tupai Restoran di buka.

10388138_596108607154838_3688017151339568177_n

Ni yang aku makan di Tupai Tupai restoran. Ayam Kampung Goreng tu sedap nokkk

Sebenarnya aku tak bercadang nak gi makan tengah hari di Tupai Tupai Restoran pun tapi bila berada di Kuala Lumpur pening pula nak cari tempat makan yang menari sedap dan tertarik di KL ni. yang banyak hanyalah kedai mamak. Aku ni tak suka sangat makan di kedai mamak. Sekali sekali tu ok lah.

Selepas jalan2 Melancong di Kuala Lumpur dan Melawat Tempat Menarik di Kuala Lumpur  aku mula rasa rindu kat kampung dan perut ni pula memang nak jer makan masakan ala kampung. Jadi google adalah penyelesaiannya. Bila google ramai pula yang recommend kan makan di Tupai Tupai Restoran akta nya disini merupakan antara Tempat Makan Sedap Kuala Lumpur.

Sebelum ni aku pun ada terbaca ramai kawan2 blogger yang review Tupai Tupai Restoran. Jadi dengan bantu waze sampai lah aku di Tupai Tupai Restoran. 

Dan aku memang suka tempat ni disebabkan.

  • Banyak pilihan menu
  • Harga berpatutan
  • Suasana ala-ala kampung

Jadi apa kata kalau anda yang datang melancong atau ada kerja di sekita Kuala Lumpur untuk cuba masakan di Tupai Tupai restoran ni. Gerenti puas hati boh. lagipun kat KL ni banyak jer Hotel Murah dan Bajet di Sekitar Kuala Lumpur.

Pemilik restoran ini adalah seorang Muslim dan Bumiputera yang berasal dari Johor. Restoran ini juga tidak pernah bertukar milik sejak dibuka hingga sekarang.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh hubungi cawangan-cawangan kami. Terima kasih

KUALA LUMPUR : NO 551 A & B, JALAN BUKIT PETALING, OFF JALAN ISTANA,
50460, KUALA LUMPUR
TEL : 03-21432525 FAX : 03-21445921

BANGI : LOT 1513-A, KG. SG. TANGKAS, BT 18, JALAN BANGI,
KAJANG, 43000, SELANGOR
TEL / FAX : 03-89222525

SHAH ALAM : NO 2, JALAN LOMPAT TINGGI, 13/33 SEKSYEN 13, 40100,
SHAH ALAM, SELANGOR
TEL / FAX : 03-51262525

AMPANG : NO 1, JALAN AWF 1, AMPANG WATERFRONT, 68000,
AMPANG, SELANGOR
TEL : 03-42923333 FAX : 03-42921332

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

20 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge