Senarai Tempat Menarik di Terengganu | Dah lama rasanya aku tak bercuti-cuti satu malaysia di terengganu. Sejak jarang balik kelantan nak pergi terengganu ni terasa jauh sangat.

Kat Terengganu ni destinasi pelancongan yang popular sudah semestinya pulau-pulau terengganu yang sangat ohsem. Antara pulau yang menarik di Terengganu adalah Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas.

Pulau Redang dan Pulau Perhentian pernah aku pergi dan memang terbaik lah. Antara pulau yang best di Malaysia. Sesuai untuk bulan madu dah tenangkan fikirann. Air laut di sana pun masih belum tercemar.

Percutian di Pulau Redang
Percutian di Pulau Redang

Percutian di Pulau Redang

Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapameter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.

Percutian di Pulau Perhentian
Percutian di Pulau Perhentian

Percutian di Pulau Perhentian

Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.

Trip ke Tasik Kenyir
Trip ke Tasik Kenyir

Trip ke Tasik Kenyir 

Tasik kenyir juga salah satu tempat yang menarik di Terengganu. Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.

Kolam air Panas La atau La Hot Spring
Kolam air Panas La atau La Hot Spring

Selain 3 tempat menarik di Teranganu ni aku juga pernah ke Kolam air Panas La atau La Hot Spring. Tapi masa ni aku tak der blog lagi jadi tak berpeluang nak coretkan di blog ni. Gambar tu ada rasanya aku ambil tapi tak tahu letak mana dah. Kolam Air Panas La pun best. Air sejuk pun ada jernih pulak tuh.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

14 COMMENTS

  1. sebelum ni ada plan nak pg PPK tu, tapi tak jadi last minit. huhu. *first time masuk blog ni. Good one. Byk menang award, no wonder. Salam Ramadhan Al Mubarak. 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge