Faizal Fredley
ruang iklan

KBBA_WEB_TTO_Facial_Cleanser_Asfan_banner

Kisah Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang

Gunung Santubong

Gunung Santubong

Kisah Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang | Satu kisah tradisi orang sarawak. Aku tak pasti ni kisah mistik ataupun kisah tradisi nenek moyang orang sarawak. Apa yang pasti cerita ni Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang memang mistik dan seronok untuk di ambil tahu.

Cerita ni dah lama berlaku. Seingat aku semasa aku di tauliahkan sebagai leftenan muda di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) pada julai 2011 lagi. Masa tu malam terakhir kami disana ada pementasan drama dari wakil universiti masing-masing.

Pada malam tu cerita Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang di pentaskan oleh student dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) . Pementasan yang sangat menarik tentang Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang. Walaupun ada unsur lawak tapi jalan cerita memang terbaik. Siapa yang ada kat sana utk pentauliahan PALAPES ke 30 tahu lah keadaan malam tu.

Aku wakil dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) membuat pementasan tentang kisah Ulik Mayang. Walaupun agak 18sx tapi aku rasa macam tak menjadi jer. Waktu tu aku jadi puteri ke 5 kot…

Berbalik kepada kisah Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang. Aku balik dari rumah segera google tentang kisah Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang.

Menurut beberapa laman blog kisah Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang ni tentang:

Mengikut lagenda, Puteri Santubong & Puteri Sejinjang sebenarnya adalah 2 orang puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang putera mereka, selepas ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.
Memandangkan dalam pelarian 9 orang “Putera & Puteri” ini ingin menuju ke Tanah Melayu yang terpaksa menyeberangi Laut Cina Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah sepakat meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka di satu kawasan dekat dengan Kuching kini, iaitu di Bukit Santubong.Orang-orang Sarawak (Dayak) yang selalu ke kawasan bukit tersebut merasa hairan dengan kehadiran 2 puteri cantik yang belum pernah ditemui mereka, dan menganggap kedua-dua puteri itu “Turun Dari Kayangan” dan merupakan “Penjaga Gunung Sarawak” (yang muncul dalam lirik lagu Puteri Santubong).

Kedua dua puteri ini pada mulanya hidup aman tetapi lama kelamaan menjadi musuh kerana masing masing mempertahankan kecantikan mereka dan mengaku mereka paling cantik di dunia. Kerana bergaduh, seorang daripada mereka telah berpindah ke sebuah bukit lain diberi nama Bukit Sejenjang.

Perbalahan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya membawa kepada kematian apabila kedua duanya saling berbunuhan antara satu sama lain. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.

Begitulah ceritanya. lagi satu Lagu Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang ni memang sedap….
Oh……Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.
Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.
Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.
Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.
Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.
Denai.my - Catatan kembara seantero dunia

One thought on “Kisah Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge