Home LIFESTYLE Kelebihan Belajar di UniMAP (Universiti Malaysia Perlis)

Kelebihan Belajar di UniMAP (Universiti Malaysia Perlis)

6992
6
Pelajar dan Tenaga Pengajar Unimap
Pelajar Ijazah Computer Network Tahun 4 dan Dekan PPKKP

UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) merupakan salah satu IPTA di Perlis. Selama 6 tahun aku menjadi seorang pelajar unimap sejak dari 2008 sampailah 2013 dah macam-macam aku tempuhi.

Walaupun berbagai spekulasi yang menimpa unimap aku masih lagi berpendapat unimap ini merupakan salah satu IPTA yang terbaik di Malaysia. Dari segi ranking unimap berada di tangga ke 13 terbaik di Malaysia.

Ketika ini UniMAP berada pada tangga 242 dalam QS Asian University Rankings (AUR).

UniMAP TERIMA PENGIKTIRAFAN 3 BINTANG QS STARS

Arau, 8 April – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diberikan penarafan QS Stars tiga bintang bersandarkan kepada penilaian yang dibuat oleh badan penarafan terkenal dunia QS Intelligence Unit.

Sepanjang aku berada di unimap dah banyak berita tak berapa elok aku dengar oleh pelajar unimap sndiri mahupun orang luar. Namun ini perkara biasa laut mana yang tak bergelora.

10270773_829849777044717_4643999090444892970_n

Antara berita tak berapa elok pasal unimap:

16 Program UniMAP tidak di iktiraf 

Berita ni pernah meletop pada tahun 2009 kalau tak silap aku apabila kosmo mengeluarkan kenyataan tersebut. Masa ni aku masih lagi di tahun 2 Diploma Kejuruteraan Mikroelektronik. namun masalah ini dah diselesaikan apabila unimap mengeluarkan kenyataan semua program di unimap telah pun diiktiraf.

Antara sebab masalah ni mungkin kerana ada beberapa program yang masih lagi baru dan belum mempunyai graduan untuk di nilai. Kini semua program yang baru ni telah diiktiraf temasuk program yang aku ambil sekarang iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Rangkaian Komputer.

Masalah Hostel 

Bagi aku masalah hostel ni tak der lah problem sangat. Unimap dah sediakan hostel pun dah kira OK dah. berbanding IPT lain yang hanya sediakan hostel hanya kepada pelajar tahun 1 sahaja. Then boleh blah cari rumah sewa sendiri.

Mungkin sebab hostel berpindah randah kot. Aku sendiri pun selama 6 tahun di unimap dah pernah menginap di 4 kolej kediaman (KKF – KKH – KKD -KKB)

Unimap
Walaupun aku ada kenderaan sendiri kadang-kadang aku juga naik bas

Bas

Yang ni problem dia pelajar unimap banyak habiskan masa untuk travel. Apabila bas dari Kolej Kediaman Kg Wai ke Kampus Tetap Pauh mengambil masa 45 minit.

InshaAllah nanti bila dah siap kampus di Pauh korang boleh stay di Hostel Pauh. Tapi sekarang pun hampir separuh pelajar unimap dah mula menginap di Hostel Pauh.

Perlis yang tak Maju

Hahhaha..yang ni biasa masalah dari budak bandar yang konon-konon tak leh hidup dalam kawasan luar bandar. bagi aku kira oklah tak derlah pelajar unimap ni sosial sangat. Duit pun boleh jimat. Tapi bila kena stay di Kampus Unicity haru jugak. Nasib baik aku stay kat kangar.

Eh panjang pulak aku membebel ni. maklumlah dah nak tinggalkan unimap dan kot. Bulan 6 ni habislah kisah aku dan unimap. Bulan 9 2014 dan nak konvo dah.

Kepada adik-adik yang dapat unimap tu abang cakap kat hang tak payah risaulah nak masuk unimap. Unimap best kot. Kalau tak caya boleh cuba. Dan sejuta tahniah sebab berjaya masuk ke IPTA bukan senag tau nak masuk IPTA ni.

kalau tak best mana mungkin aku sendiri leh stay sini selama 6 tahun. Nanti kalau masuk unimap tu jangan lupa join PALAPES unimap dan juga Kelab Kembara Unimap. Serius Ohsem!!! Korang takkan menyesal…

palapes unimap
PALAPES UniMAP Batch ke 4. I miss U all Skuad
Kelab Kembara UNIMAP
Kelab Kembara UNIMAP – Ekspedisi Gunung Tahan April 2014
Computer Network Unimap
Student Computer Network Batch 2 di Seoul Garden Alor Setar
PPKKP
Gala Dinner PPKKP 2014 di Glow Ocien Putra Brasmana Kuala Perlis

Akhir kata selamat belajar di unimap. UNIMAP i will miss u after this! I luv UniMAP

6 COMMENTS

  1. assalamualaikum bang, nak tanya skit ni, saya dpat unimap. course mekatronik dalam diploma. tapi saya dduk negeri sembilan, jauh lah jgak nak travel. tawaran utk diploma di GMI pun saya dpat. jadi, pada pendapat abg mana yang lebih bagus utk blaja dan berbaloi lah dikatan?

  2. Dapat masuk U kena rasa pengalaman yang ada. Rasanya kalau lagi ceruk lagi bagus universiti ni. Takde la pelajar sesak nafas dengan kerenah kesesakkan macam kat UTM yang duduk tengah2 bandar nih.

    Owh.. keputusan dah keluar kan? Selamat menyambung pelajaran. Selamat menempuh tahun akhir. Dah boleh start cari kerja atau setup bisnes sekarang bro.
    Cikgu Hairul recently posted..Belajar Cuma Satu Proses Mematangkan FikiranMy Profile

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge