Sebab Kenapa Backpacker Lagi Best. Dah lama rasanya aku tak menulis tips mengenai travel ni. Bukan tak nak buat tips cuma tahun ni aku jarang sangat travel. kalau travel pun dekat sini jer.
Masa nak travel tu agak limited memandangnya sekarang aku berada dalam final year. Lagi beberapa bulan jer lagi aku nak habiskan degree. Habis degree aku plan nak travel puas-puas sementara masuk kerja. Maybe aku nak spend masa dalam 2 bulan untuk travel.
Saja nak rehatkan minda setelah 6 tahun berada di universiti.
Seperti sebelum ini travel secara solo atau di panggil backpacker memang menjadi pilihan aku. Bukan apa aku lagi senang tak perlu melibatkan orang lain. Tetapi travel dengan kawan-kawan pun seronok gak sebenarnya cuma backpacker pun ada kelebihannya.
Tak nak cerita intro panjang-panjang jom kita lihat kenapa Travel Backpacker menjadi pilihan aku buat masa sekarang.
Cintai diri sendiri
Melancong sendirian akan membuatkan korang semakin menyukai rakan perjalanan korang iaitu diri sendiri. Setiap saat sangat tepat untuk mengenal diri sendiri secara lebih mendalam.
Apabila rasa cinta terhadap diri sendiri itu semakin kuat, korang pastinya punya kekuatan untuk terus mengembara sendirian dengan tenang, berani dan gembira.
Masanya menjadi egois
Ketika melancong sendiri, korang boleh memutuskan segala-galanya mengikut kemahuan korang tanpa harus berkompromi dengan orang lain.
Tidak akan ada yang melarang korang untuk ke mana saja yang korang inginkan. Ini perkara paling berharga yang akan membuatkan perjalanan anda penuh kebebasan.
Percaya diri
Kunci utama melancong sendirian adalah percaya kepada diri sendiri. Jika keliru arah mana mahu dituju dan ingin melihat peta serta buku panduan, cari tempat yang tidak terlalu menonjol
Waspada terhadap bahaya
Bahaya boleh datang di mana saja walaupun ketika di rumah. Statistik menunjukkan hanya sedikit pengembara yang terkena insiden serius. Namun, sikap waspada tetap diperlukan untuk menghindari bahaya terutama ketika bercuti sendirian. Jadi tak ada masalah pun kalau korang nak travel sendiri. Tak perlu takut akan bahaya cuma perlu considered akan bahaya.
Luangkan masa untuk makan di luar
Idea untuk menikmati makan malam sendirian mungkin mengerikan bagi sesetengah orang.
Namun, meluangkan masa untuk makan malam ketika melancong sendirian juga punya kebaikan kerana boleh fokus terhadap makanan yang korang sedang nikmati sambil sibuk dengan fikiran sendiri.
Makan malam sendiri juga mungkin boleh mempertemukan korang dengan rakan baru yang sama-sama melancong sendirian atau secara berkumpulan.
Jangan terlalu sibuk dengan media sosial
Kini, media sosial menjadi sebahagian daripada aktiviti seharian masyarakat. Saat melancong sendirian, tahanlah sikit keinginan untuk berkongsi segala cerita mengenai perjalanan solo anda di media sosial.
Fokuskan perhatian pada keadaan di sekitar korang dan nikmati suasananya. Ini membolehkan lebih banyak cerita apabila pulang nanti.
Lebih mahal dan lebih berharga
Melancong sendirian mungkin memerlukan perbelanjaan lebih mahal. Tidak ada teman untuk berkongsi bayaran penginapan atau makanan.
Namun, kesenangan yang diperoleh dengan memiliki masa sendiri tanpa harus berkompromi dengan orang lain adalah lebih berharga dibandingkan jumlah wang.
Senang kata kalau travel secara backpacker ni korang Travel Like a Boss….Everything u decide….but everything u gonna do it by yourself…..
Sebelum ni aku ada di interview oleh utusan mengenai Kembara Solo
Backpacker solo bagus untuk tahu n kenal diri sendiri tentang keyakinan n kemampuan….baru belajar backpacper solo n hhs pusiang asean…selepas nie asia dan eropah seterusnya….
Pengalaman dan kebebasan tu yang membina keyakinan diri serta keberanian. Priceless! 🙂
bagi lelaki tak ada masalah untuk backpacker..kalau perempuan mungkin kene fikir risiko keselamatan dan lain-lain..
Dkna Abza recently posted..Boleh Ke Bersalin Normal?
Betul jugak tu……bahaya kalau pompuan…
Faizal Fredley recently posted..MH192 Pesawat MAS KL Bangalore Berpusing di Udara
Assalamualaikum..Teringin juga hendak melancong bersendirian.Dari bujang sehinggalah anak 3 orang masih belum berbuat demikian.InsyaAllah ,mana tahu mungkin dalam tahun ini jugak.
Mohd Azrin Abu Bakar recently posted..Bau Ketiak Lelaki Mampu Menjadi Penawar Stress Wanita ?
tapi kalau dah ada family baik bawak family jer..lagi seronok..ehhehe
Faizal Fredley recently posted..MH192 Pesawat MAS KL Bangalore Berpusing di Udara
Mat saleh suka sangat mengembara macam ni, nampak memang enjoy dan santai.
Denaihati recently posted..Minum Yeo’s dapat RM500k tak nak ke?
betul tu…beg dia pom dah besar giler….
Faizal Fredley recently posted..MH192 Pesawat MAS KL Bangalore Berpusing di Udara
Kalau nak backpacker secara solo baik ke thailand atau indonesia….
betul tu….saya pun kat indon ngn thailand jer berani…kat lain tak berani….
Faizal Fredley recently posted..Lelaki Maskulin 2013/2014
seronok kalau travel berseorang, semua benda boleh boleh, pergi mana-mana suka hati tanpa risau dengan rakan-rakan yang lain. Mungkin suatu hari nanti, travel sendiri.
Bahrain recently posted..RIO 2 : Kembali Ke Habitat Asal
tapi perlukan keyakinan yg tinggi…kalau aku nak backpacker aku akan cari matlumat yg tepat sebelum ke tempat yg aku nak travel
Faizal Fredley recently posted..Lelaki Maskulin 2013/2014
Saya juga suka backpack. Untuk backpack memerlukan lebih banyak masa dan mungkin tempat yang dapat diterjah terhad. Tapi saya dapat jumpa ramai kawan dan dapat mendalami orang tempatan dengan lebih rapat apabila backpack. Saya tak perlu terburu-buru dan boleh lepak lama-lama sambil ambil gambar puas-puas.
Naramas Aman recently posted..10 Hadiah Menarik Untuk Komentator Paling Rajin
saya kalau nak backpacker kat negara asean boleh lah..kalau jauh2 tu x berani lagi.hehe
Faizal Fredley recently posted..Lelaki Maskulin 2013/2014