Home LIFESTYLE Insomnia Pergilah Kau Dari Hidup Aku

Insomnia Pergilah Kau Dari Hidup Aku

661
0

2012-Athena-Images-Blog_Insomnia-1

Insomnia ni merupakan salah satu penyakit tidak boleh tidur, ianya berlaku kepada semua orang terutama bila berada dalam keadaan stress atau dalam tekanan yang melampau. Insomnia ni selalu juga terjadi kepada aku terutama disebabkan aku ini student yang suka berjaga hingga lewat malam. Mungkin untuk layan movie atau study disaat akhir.

Sejak aku berad adi universiti penyakit insomnia ni memang tidak boleh dielakkan. jam 3 4 pagi baru nak jumpa katil, paling teruk lepas subuh baru nak tidur. Lagi-lagi bila keesokkannya hari minggu. Memang malam tu kira overnight habis ar.

Terdapat banyak Kesan Negatif sebenarnya jika Insomnia nih. Antaranya:

  1. Bangun lambat. Yang ni biasa. Jam 1 petang baru nak nampak matahari
  2. Terlepas solat subuh. Kalau solat pun dah subuh gajah dah.
  3. Terlepas atau terlewat pergi kuliah. Yang ni biasa berlaku kat aku. kelas jam 8 pagi bangkit jer dah jam 7.50 am. Kalau mood rajin bersiap jugak ke kelas walaupun lambat. kalau mood malas memang sambung tidur lah jawabnya.
  4. Kelihatan penat sewaktu dalam kelas mahupun tempat kerja. Almaklumlah tak cukup tidur gamaknya.

Haaa tu antara kesan negatif insomnia nih. Sekarang alhamdulillah aku dah boleh mula baiki waktu tidur dan bangkit dari tidur. Serius rasa banyak waktu yang kita ada jika bangun pagi ni. Lepas kembali dari gunung tahan mata aku automatik jam 11 malam atau 12 tgh malam dah tak leh buka dah. memang nak kena tidur lah tu.

BIla tidur awal bangun pun dah kompen awal. Jam 6.30 pagi mata dah mula buka dah. Jadi aku boleh terus mandi dan solat subuh lepas tu siap-siap gi kelas kalau kelas jam 8 pagi. Kalau kelas petang aku boleh update blog. Pagi-pagi ni otak fresh, macam-macam idea mencurah.

Cara Elakkan Insomnia:

Ni ada beberapa tips cara untuk elakkan insomnia berlaku kepada ada anada:

  1. Elakkan penggunaan caahaya semasa tidur.
  2. Elakkan minum kopi atau nescafe sejam sebelum anda masuk tidur
  3. Elakkan tidur selepas asar atau waktu maghrib
  4. Aktifkan diri beriadah di waktu petang
  5. Berzikir sebelum tidur
  6. Set minda anda untuk tidur awal
  7. Kurangkan berfikir  dan berkhayal semasa hendak tidur

Ni beberapa tips yang boleh digunakan untuk elakkan insomnia….

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge