Home LIFESTYLE Kembali Bermula Dari Bawah

Kembali Bermula Dari Bawah

1525
18

DSC_0198

Alhamdulillah walau setinggi mana pun kita berada jangan sesekali lupa apa yang berada di bawah. Satu ketika dulu kita juga berasal dari bawah dan tidak mustahil sekali lagi kita akan berada di bawah. Tapi bila berada di bawah ni segalanya seakan baru. Semuanya perlu dimulakan dengan langkah pertama kembali untuk bangkit mencapai kejayaan lagi.

langkah pertama itu penting kerana dengan langkah pertama lah yang akan menentukan kemana hala tuju kita selepas itu.

Namun kadang-kadang bila berada di bawah ni segalanya tampak kelam, sendiri dan semuanya seperti tidak kena. Tapi inilah kehidupan, perlu di teruskan walau dalam keadaan apa sekalipun.

Alhamdulillah sekembalinya aku dari gunung tahan banyak mengajar aku erti kehidupan. Setiap langkah aku disana semuanya bernilai, semuanya dikira. kerana langkah aku itulah menyebabkan aku masih berada disini. Berjaya menawan puncak gunung tahan.

DSC_0153

Namun sering juga aku termenung sambil menyaksikan keindahan alam semula jadi disana. Bermacam-macam persoalan bermain difikiran ini.

Untuk apa aku diciptakan?

Apa yang aku buat dalam kehidupan aku?

Apa impian aku dalam hidup ini?

Apa yang aku nak buat selepas ini?

Berapa lama lagikah aku diberi peluang untuk bernafas?

DSC_0100

Ahhh segalanya nampak serba tidak kena, tetapi dengan pemandangan yang memukau membuatkan aku tenang untuk berfikir mengenai hala tuju aku selepas ini…

Kini aku kembali bermula dari bawah. cuba menyusun kembali langkah ini dengan sebaik mungkin. Aku tak kan ulangi lagi langkah yang salah sebagaimana aku mulakan sebelum ini.

DSC_0102

InshaAllah….inilah erti kehidupan….Belajar dari kesilapan….Andai tersungkur kita masih diberi peluang untuk mulakan kembali selagi nafas ini tidak terhenti….

18 COMMENTS

  1. Perkongsian dan peringatan yang terbaik,..

    saya ada pengalaman juga naik gunung ni.. Tapi gunung ledang je la..hehe

    Yang syoknye, kaki saya cramp banyak kali.. rasanya lebih 20 kali.. dan dari situ lah saya kenal siapa lawan, siapa kawan dan siapa yang hanya berkawan..

    Maksudnya siapa yang tahan karenah saya masa cramp tu, yang naik meluat dan yang buat tak tau..huhuhu…
    Azizi recently posted..Teknik Senaman Untuk Mengurangkan StressMy Profile

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge