1.Kabira Bay in Ishigaki Island

Kabira Bay di Ishigaki Island

Melancong dan Bercuti di Jepun – ILoveOkinawa | Impian untuk berkunjung ke Jepun atau lebih dikenali dengan nama Negara Matahari Terbit merupakan impian orang ramai termasuk saya, Namun, disebalik keindahan yang tersirat di Negara Matahari Terbit itu, sudah pasti tersimpan sejuta rahsia. Keindahan yang pastinya memukau mata setiap pengunjung pasti tidak lengkap tanpa menikmati keindahan sebenar Jepun di Okinawa.

Sebelum saya menyingkap rahsia-rahsia Okinawa, bermula hari ini, semua berpeluang untuk menikmati secebis dari keindahan Okinawa dengan menyertai pertandingan ‘Be Okinawa’!

Pertandingan ini mudah sahaja.

Tempoh pertandingan: 10 Februari hingga 10 Mac 2014

Langkah – langkah pertandingan:

  1. Lawat page Visit Okinawa Malaysia (https://www.facebook.com/VisitOkinawa.my ) dan klik bahagian ‘Be Okinawa’
  2. Daftarkan Emel anda
  3. Pilih gambar yang anda suka dari no 1 sehingga no 20.
  4. Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah atau nama Jepun nya Atari!

5 Pemenang Pertama berpeluang untuk memenangi Ryukyu Glass dan 50 Tempat Kedua berpeluang untuk memenangis Star Sand!

Kenapa anda patut menyertai pertandingan ini? Kepulauan Okinawa bukan sahaja dikelilingi lautan biru jernih tetapi ia juga menyimpan rahsia-rahsia zaman pemerintahan Kerajaan Ryukyu.

Untuk Mneyertai Contest ini anda boleh layari https://beokinawa.net/my 

Keindahan alam semula jadi yang terletak di kawasan laut Okinawa pastinya memberikan pengalaman yang amat menarik kepada setiap pengunjung. Sebuah pulau uang terletak di utara Jepun, Okinawa merupakan pulau terbesar di Kepulauan Ryukyu. Okinawa terletak di bandar Naha, ibu Wilayah Okinawa dengan keluasan 1,201.03 km2. Menurut banci penduduk September 2009, seramai 1,384,762 orang tinggal di pulau itu. Bahasa Uchinaguchi menjadi bahasa harian penduduk.

3.Driving_enjoy the blue sky and oceas by driving Okinawa

Menikmati keindahan langit dan lautan biru

Untuk merasai sendiri keindahan sekitar Okinawa, saya sarankan anda yang ingin datang ke Okinawa menyewa kereta bagi memudahkan pergerakan dari satu destinasi ke destinasi lain. Pelbagai jenis kereta boleh disewa disertakan dengan perkhidmatan ulang-alik percuma dari lapangan terbang, hotel, atau pelabuhan, penggunaan sistem GPS bahasa Inggeris dan lain-lain lagi.

Memandu di sekitar Okinawa sememangnya merupakan satu perasaan yang hebat – dikelilingi persisiran pantai dan berbumbungkan langit luas terutama apabila dikongsi bersama orang yang disayangi.

Jika anda ingin bersiar-siar di sekeliling Okinawa, saya cadangkan anda menggunakan teksi! Sewanya murah jika penyewaan dilakukan untuk setengah hari atau sehari suntuk. Jangan lupa untuk menghubungi hotel atau agen syarikat pelancongan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menempah pemandu teksi yang boleh berbahasa Inggeris.

4.Cherry Blossoms_the earliest deep pink cherry blossom

Bunga sakura merah jambu mekar terawal

Okinawa merupakan tempat di mana bunga sakura mula mekar paling awal di Jepun – pada akhir bulan Januari. Ini menandakan bermulanya musim bunga. Sangat indah bukan? Saat ini memang saat yang sangat dinantikan oleh ramai pelancong kerana bunga Sakura di Okinawa ialah dari spesis “Bellflower Cherry” (Kanhizakura), dan berbanding bunga sakura yang terdapat di kawasan lain di Jepun, warna merah jambunya lebih pekat dan ianya tergantung ke bawah seperti loceng gantung.

“Festival Bunga Sakura” terawal di Jepun kini sedang berlangsung di pelbagai daerah di Okinawa. Terdapat juga tempat yang membolehkan anda menikmati bunga sakura yang kembang di malam hari dengan diterangi cahaya lampu bulan yang gemerlapan. Jom datang dan nikmati musim bunga yang terawal di Jepun.

Sila nantikan pengenalan perayaan-perayaan bunga sakura yang akan diadakan di setiap kawasan di Okinawa selepas ini! 

6. People_2_youngmen, dancing Eisa

lelaki-lelaki Okinawa menari tarian Eisa

7.Festival_Haaree festival

Festival Haaree

8.Triathlon_Triathlon in the nature

Triathlon Alam

Selain daripada perlumbaan “road race” antarabangsa, perlumbaan peringkat daerah dan acara berbasikal menjelajahi pulau utama Okinawa juga akan diadakan. Ini adalah salah satu acara sukan berbasikal yang sering menarik pengunjung bukan sahaja dari Jepun, tetapi juga dari luar negara.

9.Shuri Castle_The world heritage Shuri Castle

 Warisan Dunia Istana Shuri

Warisan dunia; Istana Shurijo terletak di atas sebuah bukit di bahagian utara Bandar Naha, ialah suatu tempat yang pernah menjadi pusat pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan Kerajaan Lama Ryukyu selama 500 tahun dari abad ke-15. Lawatan ke Istana Shurijo pasti akan membawa anda ke masa silam semasa pemerintahan lama Ryukyu.

Setiap tahun “Perayaan Tahun Baru (Shinshun no Utage)” akan diadakan di “Taman Shurijo” di bandar Naha dari 1 Januari ke 3 Januari. Anda pasti kagum menyaksikan persembahan imitasi upacara Kerajaan Lama Ryukyu yang penuh dengan adat istiadat! Terdapat juga banyak acara-acara menarik untuk anda nikmati seperti pementasan tarian “Ryukyu”, acara minum teh, dan pelbagai lagi!

Untuk info dan matlumat lanjut mengenai Kerajaan Lama Ryukyu anda boleh melawati pautan ini  http://www.okinawastory.jp/en/learn/history.html

10.Sansen music_an imperative instrument for Okinawa music

Keunggulan Muzik Sansen

Tak lengkap rasanya jika kita datang ke satu tempat tanpa mendengar dan menikmati muzik tradisionalnya. Alat muzik sansen ini dikatakan berasal dari negara China pada zaman Kerajaan Lama Ryukyu dari abad ke-14 ke abad ke-15. Tetapi, sehingga ke hari ini, ia dilambangkan sebagai alat muzik tradisional Jepun. Alat in sangat popular dan merdu sehingga digunakan juga di dalam komposisi lagu-lagu popular kini di Jepun.

Muzik Okinawa telah melalui evolusi yang tersendiri di Jepun. Sesuatu alatan yang tidak dapat dipisahkan daripada muzik Okinawa ialah alat muzik “Sanshin”.

11.Bingata(red style)_representative and traditional dyeing technique in Okinawa

Wakil Bingata gaya merah) dan teknik pewarnaan tradisional di Okinawa

Jika anda ingin melihat dan merasai kebudayaan dan kesenian Okinawa serta menikmati makanan tradisional Okinawa, saya cadangkan anda berkunjung ke Kampung Ryukyu (Ryukyumura). Disini, anda boleh mencuba pakaian tradisional mereka serta membuat aksesori tradisional Ryukyu. Anda juga akan dihiburkan dengan persembahan kesenian Okinawa. Selain itu, di sini juga terdapat banyak kawasan yang fotogenik seperti rumah etnik lama yang telah diiktiraf sebagai aset kebudayaan Okinawa, Jepun.

12.Shisa_protectorate god in Okinawa

Shisa si Pelindung Tuhan di Okinawa

13.Sea grapes_seaweed taked in the  Okinawa ocean

Rumpai anggur laut dari lautan Okinawa

Sea grapes seaweed atau lebih dikenali sebagai  “Umi budo” merupakan sejenis rumpai laut yang terdiri daripada bola-bola kecil seperti buah anggur. Ia merupakan makanan yang berkhasiat dan mengandungi banyak vitamin dan mineral seperti kalsium, zat besi dan lain-lain. Apabila dimakan, bebola-bebola kecil ini seakan-akan meletup di dalam mulut.

Sea grapes seaweed ini merupakan makanan yang cukup terkenal di Okinawa ini dan teringin sekali untuk saya mencubanya sendiri. Jadi anda yang mahu merasa ianya meletup-letup di dalam mulut seperti kata Chef Jo (Masterchef Malaysia) boleh lah datang sendiri di Okinawa kerana ianya idak boleh disimpan di dalam peti sejuk, maka anda hendaklah pergi ke Okinawa untuk merasai sendiri kelazatannya sementara ia masih segar!

14.Scampi (Marsupenaeus japonicus)_fresh scampi grew up in the Okinawa ocean

Udang Scampi (Marsupenaeus japonicus) Segar dari lautan Okinawa

15.Steak_one of the Okinawa people's favorite gourmet

Stik adalah salah satu gourmet kegemaran penduduk Okinawa

Steak, salah satu makanan kegemaran saya, merupakan makanan yang sangat popular di Okinawa. Stik yang segar dan dimasak sempurna ini pasti boleh menghilangkan penat setelah seharian kita bersiar-siar sekitar kepulauan Okinawa.

16.Okinawa Soba_Traditional Okinawa noodle

Okinawa Soba: mee tradisional Okinawa

Jikalau ingin meneroka citarasa baru, terdapat beberapa restoran bufet di wilayah Okinawa yang menghidangkan masakan berasaskan sayur-sayuran tempatan kepulauan Okinawa dan makanan – makanan tempatan yang lain. Selain itu, bagi yang selesa dengan citarasa antarabangsa, ada juga yang menghidangkan makanan jepun, makanan barat dan pencuci mulut!

5.People_1_An old man famous for longevity

An old man famous for longevity

Okinawa yang dikelilingi laut indah ini mempunyai khazanah makanan laut segar, Terletak berdekatan dengan pelabuhan, terdapat pasar ikan yang menjual hasil tangkapan segar para nelayan. Anda pasti akan terhibur melihat gelagat penjual ikan menunjukkan kemahiran mereka menyiang ikan, serta kagum dengan warna-warni ikan yang dipamer. Sudah tentu anda juga boleh membeli ikan-ikan tersebut atau menikmatinya terus di kafeteria pasar tersebut. Dua pasar ikan yang popular ialah: Pasar Ikan Koperasi Perikanan Bandar Okinawa, Payao http://goo.gl/HvKwjQ dan Pasar Ginowan Yui Marche http://goo.gl/UIkSaS

17.Hotels_Blue ocean would be seen from the resort hotels

Hotels: Lautan biru jelas kelihatan dari resort-resort

18.Wedding_Holding wedding in front of the blue ocean

Upacara perkahwinan di persisiran pantai

Pantai Akajima, Okinawa, Jepun merupakan salah satu pantai dihiasi air yang jernih menyerlah keindahan sekitar dasar pantai. Bagi setiap pasangan yang datang untuk berbulan madu sudah pasti Okinawa akan menghiasi bulan madu anda serta menjadikan momen ini sangat istimewa buat anda dan pasangan anda.

19.Churaumi Aquzrium is teh popular sightseeing spot

Akuarium Churaumi adalah lokasi popular untuk menyaksikan keindahan dasar laut

Air laut Okinawa dikatakan sangat jernih lebih-lebih lagi pada musim sejuk. Tetapi kami tidak akan mengesyorkan anda untuk berenang tanpa memakai pakaian selam kerana sekarang airnya sangat sejuk. Namun begitu, kepada anda yang masih ingin menikmati keindahan lautan Okinawa, kami syorkan “Bot Cermin” atau Churaumi Aquzrium dimana anda dapat menikmati pemandangan lautan dalam dari dalam bot di mana bahagian bawahnya diperbuat daripada gelas.

2.In the Blue Ocean_Coral reef and tropical fish

Terumbu karang dan ikan tropika menghiasi lautan biru Okinawa

Jika anda datang pada musim bunga atau panas, mungkin anda berpeluang untuk menikmati keindahan batu karang di lautan jepun ini yang pastinya boleh membuat anda terpegun dengan kebesaran Maha Pencipta. Tetapi bagi yang ingin scuba diving atau menyelam, anda mestilah ada lesen baru boleh buat yer.

20.Night spot_full of places you can have fun alomg International Street

Banyak tempat menarik di sepanjang Jalan Antarabangsa

Walau dimana anda pergi, memang tidak sah jika tidak menikmati keindahan dan kemeriahan malam hari ditempat itu. Ini kerana disetiap tempat, waktu malamnya pasti berbeza. Di Okinawa, anda boleh menyertai kemeriahan waktu malam sekitar International Street.

Untuk mendapatkan matlumat yang lebih terperinci di Okinawa ni anda boleh ke  MATTA Fair untuk melihat sendiri pakej yang ditawarkan untuk menikmati keindahan sekitar Okinawa ini. Anda juga boleh ke Facebook Visit Okinawa Malaysia di https://www.facebook.com/VisitOkinawa.my

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

21 COMMENTS

  1. Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

    Sila hubungi melalui :
    Website : http://www.melancongkejepun.com/
    Facebook : Melancong Ke Jepun
    Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
    Email : melancongkejepun@gmail.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge