nasi-ulam-kg-kraftangan-3

Tempat Makan Menarik di Kelantan – Nasi Ulam Kampung Kraftangan #VMY2014. Restoran Cikgu Nasi Ulam Kampung Kraftangan di Kota Bharu Kelantan merupakan one of the most popular tempat makan yang menarik di Kelantan ni. Bagi penggemar nasi ulam ala-ala kampung boleh cuba makan di Restoran Cikgu Nasi Ulam Kampung Kraftangan yang terletak di bandaraya Kota Bharu berdekatan dengan Muzium Kraftangan Kelantan.

Restoran Cikgu Nasi Ulam Kampung Kraftangan meruapak restoren yang agak simple dan selesa. Berbagai jenis ulam yang di sediakann termasuk lauk pauk ala-ala kampung gitu. Lagipun di sini lebih istimewa dengan masakan kampung asli Negeri Kelantan yang menggunakan resipi turun temurun keluarga Cikgu Hamid.

Lokasi yang sangat trategik memudahkan pengunjung untuk makan di sini terutama di waktu makan tengah hari. Tentang harga pula memang berbaloi dan sangat berpatutan .

Keunikan kedai ini ia mempunyai beraneka jenis ulam-ulaman. Sehingga kadang-kadang aku sendiri tidak kenal nama dan tidak pernah makan sebelum ini.

Tempat Menarik di Kelantan

[slideshow_deploy id=’17826′]

Antara menu popular adalah ikan keli, budu, masak gulai tempoyak ikan patin, pelbagai jenis ulam-ulaman dan banyak lagi masakan kampung.

Jika korang datang dengan keluarga yang ramai, elok buat tempahan meja terlebih dahulu kerana boleh dikatakan tiap-tiap hari kecuali Jumaat pengunjung tersangat ramai terutamanya semasa waktu puncak jam 1 – 2 ptg.

Wajib Cuba

  • Ikan keli goreng berempah, ikan patin masak gulai tempoyak, beraneka jenis ulam-ulaman, budu, tempoyak, ikan bakar, kuah lemak, air sirap

Lokasi

  • Jalan Hilir Kota, 15300 Kota Bharu, Kelantan.

Tip

  • Makan secara hidang – lebih jimat dan murah.
  • Waktu peak hour adalah jam 1-2 petang. Jadi, dicadangkan datang dalam pukul 11-12 tghari untuk lebih selesa. Disyorkan tempah meja terlebih dahulu jika datang dalam jumlah yang ramai
  • Terdapat pelbagai tempat menarik dan tarikan pelancongan di sekitar restoran ini seperti Kota Sultan Ismail Petra dan Muzium Kraftangan.

Waktu Operasi 

  • Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat (11 pg – 5 ptg)
  • Cikgu Hamid 019-9466665 / 018-9042345 Kak Zam 014-8136555 / 017-9227972 (untuk tempahan)

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

13 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge