Wisatawan mengamati salahsatu bagian candi ketika mengunjungi obyek wisata Candi Bayon di Kawasan Angkor, Siem Reap, Kamboja

Assalamualaikum…

Entri ini terhasilnya bagi menyahut cabaran dan bagi tanda sokongan untuk rakan blogger saya iaitu Azri Johan yang menganjurkan contest Kembara Kemboja dengan syarikat Cambodia Muslim Holiday & TravelHadiah boleh tahan lumayan tau. Kalau nak join boleh terus usha Blog Azri Johan.

Namun bukan kerana hadiah yang menyebabkan saya turut serta dalam contest ini tapi disebabkan saya ada sedikit kisah kembara kemboja yang tak jadi untuk di sampaikan.

Pada tahun 2010 pernah sekali saya berpeluang untuk travel luar dari Malaysia buat pertama kali dalam hidup saya. Dia punya excited Tuhan sahaja yang tahu. lagi pun travel kali ini di taja 70% oleh pihak Universiti bagi student PALAPES tahun akhir. Kira tiap-tiap tahun pihak Universiti akan taja student PALAPES ke oversea sama macam MPP.

Destinasi kali ini adalah tak lain tak bukan adalah kemboja. Seramai 30 orang pelajar yang bakal join lawatan kali ini. Disebabkan kali ini pergi bersama kawan-kawan satu batch seronok dia bukan kepalang. excited lain macam jer. sebab semua satu kepala.

Namun perkara utama yang perlu ada untuk travel oversea ni sudah tentu Buku Merah (Passport) selain Duit. Al kisahnya saya dengan semangar berkobar-kobar nak buat passport setelah mendapat kelulusan dari family terus ke Kementerian Kangar.

Tetapi malangnya kerana Chip IC rosak saya terpaksa buat IC baru, namun untuk buat IC baru masa tu perlukan Surat Beranak. SB masa tu kat kampung (Kelantan) saya sekarang kat Perlis. So jalan nya buat lah SB dulu dan disebabkan saya asal dari Kelantan untuk siapkan SB pelukan masa seminggu. Padahal masa untuk ke Kemboja seminggu lagi.

Dengan berat hati pegawai yg incharge buat keputusan untu gugurkan nama aku dalam senarai. Masa tu memang sedih sangat. Tengok pula kawan-kawan duk post gambar travel di Facebook. Nak menangis pun ada masa tu.

Tapi tak mengapa perkara yang lepas. InshaAllah mungkin satu hari nanti ada rezeki aku untuk jejak bumi Kemboja nanti.

********

Muzium-Tuol-Sleng-Genocide

Pintu gerbang Tuol Sleng Genocide Museum (Sumber Denaihati)

Mengenai Kembara Kemboja Tajaan Cambodia Muslim Holiday & Travel sebenarnya memang sekali aku teringin untuk menjejakkan kaki di bumi kemboja ni. Apabila terbaca pengalaman rakan blogger yang berkongsi turut menambahkan mekanisma keinginan aku ke Kemboja.

Tempat yang memang teringin aku nak pergi adalah Siem Reap. Nama Siem Reap ditentang oleh Thailand kerana maknanya Siam Kalah. Boleh gituhhh kan

Menurut perkongsian rakan blogger  Jalan di sana  tidak seperti di Malaysia, jalanraya tanah merah di Phnom Penh berkongsi dengan segala kenderaan lain. Lori, van, pacuan empat roda, kereta, motorsikal, kereta lembu, kereta kuda dan basikal semuanya dalam laluan yang sama.

Pemandangan-di-Phnom-Penh

Sumber denaihati

Hasil pembacaan aku juga mendapati Majoriti penduduk Siem Reap adalah bukan Islam jadi tidak mudah bagi pelancong Islam untuk mendapat makanan HALAL. namun sekarang dengar cerita Restoren makanan Halal di Kemboja Semakin bertambah. Lagi senang ummat Islan untuk melancong di Kemboja kalau macam nih.

Siem Reap juga merupakan kawasan pelancongan jadi tak hairanlah kat sana tu ramai sungguh pelancong dari Europe, Korea dan Jepun. Nak juga tahu apa yang menatik kat sana dengan mata sendiri kan.

Selain itu, Tasik Tonle Sap (Tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara) juga merupakan antara tempat popular kat sana. Menurut rakan yang berkongsi pengalaman menikmati hidangan ringkas seperti daging bakar pada waktu malam di atas bot memang cukup seronok. Kesejukan dengan angin dingin malam membuatkan diorang leka seketika menikmati panorama dengan lampu neon di Bandar Phnom Penh.

Angkor Wat dan sekitarnya yang mempunyai berpuluh-puluh Angkor juga antara lokasi yang berda dalam list jika aku ke sana satu hari nanti. Ye lah kan dari sekolah lagi duk Angkor Wat ni terutama dalam subjet sejarah. Mesti banyak peninggalan sejarah kat sana kan.

Kubur-Mangsa-Pol-Pot

Antara kubur mangsa kekejaman Pol Pot (sumber denaihati)

Selain tu, Pol Pot atau nama sebenarnya Saloth Sar  ialah pemerintah Khmer Rouge serta Perdana Menteri Kemboja (secara rasmi dipanggil Kampuchea Demokratik semasa pemerintahannya) dari 1976 hingga 1979. Itulah ungkapan yang dapat aku tafsirkan mengenai Pol Pot. Mangsa diambil gambar dahulu sebelum mereka diseksa dengan pelbagai cara. Tidak kira tua dan muda, lelaki dan perempuan, penyeksaan dilakukan dengan kejam dan tidak masuk akal bagi yang kita normal. Ada yang disebat, ada yang dikerat jarinya, ada yang dilemaskan dalam tempayan dan pelbagai lagi jenis penyeksaan yang sangat kejam. (sumber wikipedia)

Pasal kembara ni aku teringat satu ayat dari seorang rakan blogger yang sangat suka travel. Dia kata banyak juga ayat Al-Quran yang mengajak Umat Islam menjelajah dunia melihat kebesaran Tuhan. That why lah aku teringin sangat untuk kembara sebanyak mungkin tempat yang mampu.

Mungkin satu hari nanti aku akan mencuba khidmat Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel apabila berpeluang travel ke Kemboja. Biasa aku travel sebagai backpacker tapi di kemboja disebabkan tempat yang agak berbeza dengan Malaysia jadi sebaiknya ambil pakej dengan Syarikat Cambodia Muslim Holiday & TravelSenang nak cari tempat makan yang Halal dan segala urusan pun berjalan dengan lancar. Nanti tak derlah tersangkut kat mana-mana tempat. Nak pergi ke satu-satu tempat pun senang kalau guna pakej Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel ni.

Contest Kembara Kemboja dianjurkan oleh Blog.Azri Johan dan ditaja oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Hadiah lumayan bernilai RM 2000 bakal menjadi milik para pemenang. Anda dijemput untuk menyertai contest mudah ini.

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

19 COMMENTS

  1. Assalamualaikum semua.. saya yang seponser contest ini.. insya Allah kalau contest pertama ini berjaya saya akan buat lagi contest kedua pula. Hadiah nya saya akan hadiah percutian percuma nanti..Terima kasih kepada semua
    Ustaz Yahya Cambodia recently posted..Kembara Korban Kemboja 2014My Profile

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge