993536_10201381940174408_1190921464_n

Senarai Tempat Menarik Di Pulau Pinang | Taman Negara Pulau Pinang merupakan salah satu tempat tarikan pelancong bagi Pulau Pinang selain Bukit Bendera dan Batu Ferringhi. Bagi Tempat Makan yang Menarik dan popular di Pulau Pinang pula korang boleh cuba Nasi kandar Line Clear yang terletak di bandar Georgetown berhampiran dengan Cititel Hotel. Memang betul-betul puas hati.

Selain tu tempat makan yang terbaik di Pulau Pinang korang juga boleh makan di Persiaran Gurney.

Minggu lepas bagi mengisi hujung minggu aku ke Pulau Pinang bersama kawan-kawan. Saja nak keluarkan peluh dengan lakukan aksi jungle Tracking kat Taman Negara Pulau Pinang. Sambil tu boleh test stamina diri sendiri.

Antara tempat menarik yang lain di Pulau Pinang:

Taman Rempah Tropika

Taman Herba Tropika yang terletak berhadapan Selat Melaka ini adalah sebuah taman eko-pelancongan yang mensasarkan golongan asing yang ingin tahu mengenai rempah ratus dari Asia.

Kediaman lebih 500 spesis flora tropika, taman yang redup dan dihiasi kolam serta pohon besar ini sebenarnya adalah bekas ladang getah terbiar. Usaha mengubahnya menjadi taman rempah mengambil masa lebih 1 tahun.

Bukit Bendera

Bukit Bendera ialah tempat paling popular di Penang di kalangan pelancong asing dan tempatan. Jika Kuala Lumpur ada KLCC sebagai ikon, Penang mempunyai Bukit Bendera sebagai tempat wajib tuju.

Bukit yang diteroka oleh *Francis Light sebagai tempat menanam strawberry dan sebagai tempat penjajah British melarikan diri dari kepanasan Penang ini bakal memberikan anda panorama Georgetown dalam iklim sejuk bukit.

Dengan suhu kira-kira 21 darjah Celcius, duduk minum kopi atau makan kacang putih di atas bukit sambil melihat kawasan bandar dan laut Penang memang melekakan.

Fort Cornwallis

Di antara tinggalan tertua dan paling bersejarah di sini ialah Fort Cornwallis — tempat Francis Light, menjejakkan kakinya di pulau ini. Setelah mendarat, beliau mengarahkan agar sebuah pelabuhan merangkap kubu kecil dibina dari pohon nibong. Setelah beberapa lama, ia akhirnya diganti kepada batuan seperti sekarang ini.

Jalan Seni

Jika anda peminat fotografi, mural dan seni lukis, anda pasti sudah tahu tentang Street Art Penang — satu kumpulan lukisan dinding dan arca yang di lukis dan di pasang di sekitar bandar George

Taman Tema Escape

Dibuka pada pertengahan 2013, taman tema dengan 17 tarikan ini membolehkan anda kembali ke zaman kanak-kanak dengan aktiviti memanjat pokok, meneroka terowong, berlumba menggunakan tiub serta “terbang” di udara dengan tarikan bernama Atan’s Leap.

Anda datang dengan anak kecil? Tiada masalah. Anak-anak yang tidak lagi boleh memanjat boleh bermain di dalam bilik bermain si kecil yang berwarna-warni.

993828_10201382705513541_2061809694_n

Baru sampai separuh jalan about 1.2k to go..

1011671_10201382777075330_584858627_n

sampai jer kat monkey beach kami sempat masak maggie untuk lunch

1461697_10201382410586168_138383791_n

ke monkey beach

1484216_10201382803876000_1805272051_n

Menikmati hasil masakan sendiri

1489015_10201382607391088_840351629_n

masa ni baru start perjalanan

1503372_10201382734074255_305029176_n

nice view

1506976_10201382818236359_1044590801_n

puteri dayang senandung main buaian

1512495_10201382728594118_16315996_n

pantai dia pun not bad, bersih lah jugak

1526372_10201382751354687_1863946129_n

Serius tenang kot tengok pokok-pokok dalam ni. Dah lama tak masuk hutan

1535574_10201382763074980_1452718970_n

baru sampai, kami tibai 2 bungkus roti dulu

Ps: apapun Pulau Pinang memang best banyak tempat menarik, bila pergi bersama kawan-kawan lagi meriah, bukan selalu boleh berkumpul ramai-ramai macam ni

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

17 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge