Perkara Yang Perlu Dibawa Ketika Bercuti

Barang – Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Bercuti

travel-5

Barang – Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Bercuti. Korang pasti teruja kan bila nak bercuti, namun dalam keterujaan tu kadang-kadang ada saja perkara yang sering terlupa dan tertinggal. Percutian yang menyenangkan dan berjalan lancar pasti saja meninggalkan kesan kenangan yang indah. Namun kurangnya persiapan, percutian yang sepatutnya menjadi hebat pasti menjadi hambar.  Jadi kali ini aku nak kongsikan sedikit tip bersama korang apa yang perlu dan tidak dibawa ketika beruci nanti.

1. Salinan Dokumen

Pastikan korang membuat salinan pada setiap dokumen-dokumen penting seperti passport, dan MyKad. Ini penting kerana jika anda kehilangan dokumen asal salinan ini dapat memebati jika ada hal kecurian atau keciciran berlaku.

CHECK LIST:

  • Visa
  • Passport
  • Kad Pengenalan Diri
  • Tiket
  • Lesen Memandu Antarabangsa
  • Kad kredit
  • Insurans
  • Peta
  • Salinan Nombor telefon kecemasan

2. Barang Peribadi

Kalau boleh korang asingkan semua barang-barang berharga seperti duit, kad kredit dan kad bank korang ke satu tempat lain yang selamat selain dompet. Ini penting kerana jika berlaku kehilangan dompet setidaknya korang tidak kehilangan smeua barang yang berharga yang ada.

Selain tu pastikan juga barang keperluan yang memang anda perlukan seperti cermin mata, lens, jam, kunci, telefon bimbit diletakkan di satu tempat yang sama.

CHECK LIST:

  • Duit,
  • Kad ATM
  • Kad Kredit
  • Cermin mata
  • Lens
  • Jam
  • Kunci
  • Dompet
  • Telefon Bimbit.

3. Barangan Penjagaan Diri

Barang keperluan penjagaan diri adalah amat pentinguntuk dibawa dan biasanya lelaki selalu terlepas pandang part ni. Alatan asas seperti berus gigi, pencuci muka, ubat gigi, deodoran, syampu dan pencukur adalah barang yang perlu di bawa. benda ni  selalunya aku mesti terlupa untuk bawa. Jangan lupa sunblock jika bercuti di tempat yang panas. Lebih senang korang bawalah pek mini untukkorang gunakan sepanjang percutian.

CHECK LIST:

  • Berus Gigi
  • Ubat Gigi
  • Pencuci Muka
  • Syampu
  • Deodoran
  • Set Pencukur
  • Sun Block
  • Tisu
  • Lip Balm
  • Pewangi

4. Pakaian

Jika percutian korang tidak melebihi seminggu, pastikan korang membawa kemeja-T secukupnya. Bawa juga sehelai sweater berserta seluar Jean dan seluar pendek. Seluar dalam jenis boxer lebih sesuai bagi lelaki jika ingin bercuti. Namun bawa juga brief bagi kesesuaian jenis seluar. Cukup sekadar sepasang kasuttahan lasak atau sneakers dan selipar jenis flip flop untuk dibawa.

CHECK LIST:

  • Kemeja T
  • Kemeja
  • Sweater
  • Jeans
  • Seluar Pendek
  • Boxer/Brief
  • Kasut
  • Selipar Flip Flop

5. Kesihatan

bagi korang yang mempunyai masalah yang mempunyai masalah kesihatan atau alergi, pastikan segala ubatan yang korang perlukan dipek didalam sebuah bekas khas. Ingat apabila becuti pelbagai kemungkinan berlaku.

CHECK LIST:

  • First-aid kit mini
  • Inhaler (bagi yang ada asthma)
  • Paracetamol
  • Pain Killer
  • Vitamin tambahan
  • bekas pil

Ni adalah sedikit tip yang aku selalu guna pakai bila nak travel tak kiralah kat luar negara atau dalam negara yang penting ianya memang sangat membantu aku…

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

7 Comments

  1. Wan Syahida

    November 3, 2016 at 4:26 PM

    Lengkap senarai barangnya. Terbaik 😀
    Wan Syahida recently posted..Stok Ubat Di Rumah Tak Habis Dek Kerana SupplemenMy Profile

  2. nazihah majid

    October 11, 2016 at 11:21 PM

    Kasut flip flop tu apa?

  3. afiqshahiri

    August 5, 2014 at 9:50 PM

    macam mana nak dapat visa

  4. Rina

    December 11, 2013 at 1:35 PM

    Terima kasih sudah berbagi info, kalau saya akan bepergian jadi tahu barang2 apa saja yang wajib di bawa nie
    Rina recently posted..Basic CSS Tutorial : Create Multiple Background Images For WebsiteMy Profile

  5. Bahrain

    December 9, 2013 at 5:09 PM

    kena prepare awal ni, lagi beberapa hari sahaja lagi mahu ke indonesia kalau tiada halangan.
    Bahrain recently posted..Banjir Besar Di Kuantan, PahangMy Profile

  6. Muhammad Khairuddin Lim

    December 9, 2013 at 2:10 AM

    Jangan lupa tinggalkan jejak anda….
    Muhammad Khairuddin Lim recently posted..Jogjakarta : Never Ending AsiaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge