Percutian di Bangkok, Thailand Part 2

Percutian di Bangkok, Thailand Part 2

DSC_0008

keadaaan bilik hotel

Percutian di Bangkok, Thailand Part 2 | Sebelum tu korang boleh baca Percutian 4 Hari 3 Malam Ke Bangkok, Thailand Part 1

Percutian 4 Hari 3 Malam Ke Bangkok, Thailand Part 2. Wah dalam sibuk-sibuk aku kat unimap ni sempat lagi bercutikan. ya lah cuti deepavali ni lah masa untuk aku release tension lagipun dah ada peluang nak melancong jadi pergi jerlah. lagipun duit poket aku tak terjejas satu sen pun.

Jika tengok entry part 1 aku cerita lebh kepada pengalaman naik bas selama 17 jam dari Golok ke Bangkok dan untuk part 2 lebih kepada hari pertama aku di Bangkok.

07.00AM (Waktu Thailand)

aku sampai di stesen bas bangkok dari golok setelah 17 jam perjalanan dengan bas. Sampai jer kat stesen bas aku terus ke kedai untuk having some breakfast maklumlah perut dah berkeroncong dah. lagipun nak check in kat hotrl masih terlalu awal. kat kedai tu aku order Telur masak separuh 2 biji then coffee. Harga 150Bath.

Selesai breakfast aku terus ambil cab untuk ke Bangkok City Hotel yang terletak di Petchburi Road. After check in aku rehat dulu kat hotel untuk betulkan urat saraf akibat lama sangat tidur dalam bas. Harga cab dari stesen bas ke Hotel 100Bath.

DSC_0023

Pasar ChatuChak

11.00AM (Waktu Thailand)

Habis jer mandi dan take some rest aku terus ke Pasar Chatuchak Bangkok. Terpaksa rushing sikit sebab nak kejar ke pasar Chatuchak. Pasar Chatuchak ni hanya buka hari minggu jer memandangkan aku sampai hari ahad jadi memang berpeluang ke Chatuchak.

dari hotel aku jalan kaki 5 minit untuk ke stesen Phayathai BTS, saja jer nak try naik train di bangkok. rasa dan sistem dia lebih kurant sama dengan LRT di Malaysia. selesai 5 perhentian baru aku sampai Mo Chit. harga dalam 20Bath.

sampai di Mo Chit aku terus ke pasar Chatuchak, kat sana memang meriah giler baq hang. orang memang ramai especially mat saleh. suka beno diaorang dengan tempat macam ni.

DSC_0013

BTS

Makanan kat pasar ni tak payah cakaplah memang banyak pilihan. aku pun tak tahu dan berapa jenis makanan yang masuk dalam perut aku waktu tengah hari tu. Sampai sakit perut untuk amik lunch. padan muka kan.

DSC_0027

ais krim kelapa sangat sedap bila dimakan ketika cuaca yang sangat panas

DSC_0045

Miangkam. rasa memang tak sedap tapi orang lain kata sedap

Masa ronda-ronda sekitar pasar Chatuchak tu sempat lah aku beli, mangga, ice cream dalam kelapa, miangkam, then beberapa helai baju untuk bawak balik ke Malaysia. Shopping kat sana habis dalam 500Bath

Masa kat Chatuchak aku amik lunch nasi kuning + ayam goreng + sup daging. memang memuaskan. sedap walaupun sedikit pedas. Harga 300bath.

Tempat Menarik di Bangkok – Patpong Dan Paragon Mall

DSC_0036

Jalan-jalan di sekita pasar Chatuchak sambil teguk fresh oreng yang sangat fresh

DSC_0039

Tunggu cab untuk balik ke hotel

05.00PM (Waktu Tahiland)

jam 5 petang aku balik setetlah perut penuh dari pasar chatuchak melalui cab sebab penat sangat jalan-jalan di pasar.  Harga cab dari pasar chatuchak ke hotel 60Bath. balik solat then tidur.

08.30PM (Waktu Thailand)

bangun tidur solat maghrib dan isyak aku terus keluar untuk Dinner. Dinner aku makan di sekitar hotel ada restorent halal. Makanan aku tak tau nama apa yang penting memang sedap. lebih kurang masak lemak kot tapi cara thai. memang sedap sangat. Harga 300Bath.

selesai makan aku amik cab terus ke Phat Phong. Phat Phong ni macam pasar malam lah, macam-macam ada kata sini tapi harga sedikit mahal sebab diorang fokus untuk mat saleh jer. Lagipun Phat Phong ni agak liar sikit. kira tempat sosial lah. kalau kaki clubbing tu boleh lah datang sini. aku just datang ke pasar malam je tak masuk pulak ke club kat situ.

Bercuti di Bangkok Thailand

Dengar cerita member aku pernah ikut salah sorang orang yang duk promote untuk show di tepi pasar tu, belum habis show ada bonzer datang untuk mintak duit show walaupun show belum habis, Harga untuk show tu yang diorang mintak RM500. 500 duit malaysia yer bukan duit thailand. Show tak lah mana pun tapi kena bayar jer mahal. Taknak bayar kan bonzer diorang tu body macam The Rock, ko berani x nak bayar? kalau berani tak perlah…kita tengok korang leh keluar hidup-hidup ke tak dari bangkok.

So pesanan aku jangan ikut promoters yang kat tepi jalan tu…

1.00AM (Waktu Thailand)

Selesai ronda-ronda Phat Phong aku terus balik hotel tapi singgah dulu gerai depan hotel untuk supper. supper aku ambil murtabak dengan roti telor, Harga 60bath. then terus balik hotel update facebook dan tidur…

Kembara Backpacker Di Bangkok Thailand

Untuk hari seterusnya aku akan sambung part 3 sebab dan panjang sangat dah ni…

Aku ni Graduant Engineering dari Tingkatan 4 sampai lah Diploma, Degree dan Master. PhD je belum tentu nak sambung ke tak. Jadi, jangan aspect ayat aku macam budak Masscom yang study benda2 macam ni....lagipun ni blog personal tak ada kaitan dengan sesiapa....

7 Comments

  1. huda

    September 13, 2015 at 10:48 AM

    wah excitednye teman bace, insyaAllah takde aral nak kesana gak, lagi best sebab free, sape nak bagi zaman2 gawat ni dapat free melancong ke thailand cam tak caya pun ada…

  2. Rina

    January 14, 2014 at 10:21 AM

    di cuaca dingin seperti sekarang ais krim kelapa masih sangat sedap dinikmati apalagi sama orang tercinta, tidak bakalan terasa dingin hehehe.. 🙂
    Rina recently posted..How To Create A Simple Dynamic Calendar Table With PHPMy Profile

  3. eyriqazz

    November 12, 2013 at 11:02 AM

    fuhh,nampak best je thailand..bila la dapat bercuti di thailand ni?
    eyriqazz recently posted..Hotel Pilihan – Hotel De Art Shah AlamMy Profile

  4. Denaihati

    November 12, 2013 at 12:35 AM

    dari golok setelah 17 jam perjalanan dengan bas, boleh tahan jauhnya, tapi puas hati tengok pemandangan keliling kot…
    Denaihati recently posted..Peluang untuk menangi RM40,000 dengan kontes mudahMy Profile

  5. Mohd Shubhi

    November 11, 2013 at 9:52 PM

    Aiskrim kelapa pakai bekas tempurung kelapa tu nampak amat mengancam!
    Mohd Shubhi recently posted..Siapa pulak Shakuntala Devi ni?My Profile

  6. titan

    November 11, 2013 at 4:29 PM

    siapa yang ambil gambar ko ni sebenarnya? musykil aku..
    titan recently posted..Senarai Pemenang Rasmi Cabaran Affiliate Jobdirumah – Oktober 2013.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge