1091084_10200929790190941_1766984870_o

Melancong di Perlis Tempat menarik di Negeri Perlis? Ada ker? Perlis tu tak ada apalah, mana ada tempat menarik di perlis. Gi perlis pun semata-mata nak naik feri gi Pulau Langkawi.

Itulah keluh resah segelintir rakyat malaysia mengenai tempat menarik di perlis. Sebenarnya perlis ni banyak ja tempat menarik cuma korang jer yang tak pernah tahu di perlis ni banyak tempat menarik sebenarnya. Kepada yang tak tahu tu meh sini abang nak habaq mai….

Termasuk tahun ni dah 5 tahun aku menjadi orang perlis, Bermula lepasan SPM tahun 2008 sehinggalah sekarang aku masih lagi berada diperlis. InshaAllah Tahun 2014 aku akan habiskan study aku diperlis.

Sebelum aku tinggalkan negeri di utara Malaysia ni aku nak cerita sedikit antara tempat menarik yang ada di perlis. Buat yang tak pernah meh sini kita layan sama-sama.

Padang Besar dan Wang Kelian

Ni antara tempat popular di perlis, aku pasti 90% orang yang datang kat perlis akan ke Padang Besar. Di Padang Besar lah tempat nak cari  barang murah dan jersy bola. tetapi di Wang kelian jersy bola tak der. barang-barang lain tu banyak lah, murah-murah pulak tu. Padang Besar dan Wang Kelian ni kalau kat Kelantan macam Rantau Panjang.

935942_10200930639932184_1072440980_n

Ladang Tebu

Haaa..Ladang tebu di perlis ni antara tempat paling panas di malaysia sebenarnya. namun sepanjang jalan di ladang tebu ni memang sesuai untuk sesi fotografi, terutama pre wedding. Sekali tengok macam kawasan di New Zealand pun ada.

Tasik Timah Tasoh

Di Tasik Timah Tasoh ni ada Resort, tempat si Fasha Sandha melansungkan perkahwinannya dengan Jejai. Kawasan ni Memang segar dan terpelihara. Buat yang nak release tension atau bulan madu memang sesuai kat Resort Timah Tasoh ni. Pre Wedding pun sesuai untuk dilakukan.

Gua Kelam dan Bukit Air

Kalau yang minat main air ni aku syor kan gi jer bukit air dan gua kelam. Amat sesuai untuk perkelahan bersama keluarga.

Bagi ahli keluarga pelajar unimap dan uitm arau selepas menghadiri sesi konvokesyen tu boleh lah terjah beberapa tempat yang aku mention ni. kompen berbaloi. Tentang penginapan pulak jangan risau. Di perlis ni banyak Home stay, Resort dan Hotel. Salah satu Hotel yang popular di sekitar perlis boleh terus ke pautan ini. Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis Review

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

10 COMMENTS

  1. dimana2 tempat pun akan ada beberapa kawasan yg menarik dan mungkin akan menjadi tumpuan pelancong tempatan mahu pun luar…cuma masalahnya adalah pihak bertanggungjawab tidak peka terhadap perkara ini….selain tidak membangunkan tempat yg boleh dijadikan sumber ekonomi khasnya negeri berkaitan. Promosi terhadap sesuatu tempat adalah penting.
    azmi recently posted..David Menanti Kepulangan Wawa Zainal & ‘Anaknya’My Profile

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge