Home LIFESTYLE Adventure Tip Memilih Hotel dan Resort Untuk Percutian

Tip Memilih Hotel dan Resort Untuk Percutian

2421
10

DSC01705

Assalamualaikum….

Tip Memilih Hotel dan Resort Untuk Percutian. Kali ni aku nak kongsikan beberapa tip untuk memilih hotel dan resort untuk percutian yang selesa terutamanya bagi percutian bajet. Hotel atau resort yang selesa semestinya akan menambahkan lagi suasana percutian yang menyeronokkan.

Tujuan Percutian

Perkara pertama yang perlu di titikberatkan semasa memilih bilik hotel adalah Tujuan Percutian. Percutian sememangnya mempunyai banyak tujuan seperti bulan madu/ honeymoon, percutian bersama keluarga, percutiaan bersama kawan-kawan dan sebagainya. Seandainya percutian itu percutian untuk bisnes semestinya ianya perlu bilik hotel yang berbeza dari percutian bersama keluarga mahupun honeymoon. Jadi pastikan tujuan percutian anda.

Tips-Memilih-Hotel-Saat-Berlibur-Bersama-Keluarga

Pastikan Dengan Siapa Anda Akan Pergi

Jika percutian anda bersendirian sudah tentunya anda tidak memerlukan saiz katil king cukuplah hanya katil single. for sure katil single lebih murah harganya dan ianya sedikit sebanyak boleh menjimatkan kos percutian anda. Maybe boleh gunakan kos tu untuk tujuan pengangkutan mahupun makan dan minum.

Begitu juga halnya bila percutian anda bersama keluarga, bilik hotel yang  kecil sudah pasti tidak akan cukup untuk anda dan keluarga. Jumlah orang yang akan menginap menentukan bilik apa yang akan dipilih.

Budget

This is the most important thing to take note. Ini disebabkan budget boleh menentukan kualiti hotel yang dipilih. Jika bajet anda sekadar biasa-biasa sahaja janganlah nak memandai untuk ambil jenis hotel yang mahal. Cukuplah hotel itu selesa dan selamat. Hal ini berlainan jika bajet anda adalah tinggi.

Jadi jangan duk mengeluh jika hotel yang anda pilih tidak semewah dengan bajet anda.

U Hotel 2

Lokasi Tempat Menginap

Lokasi yang startegik memainkan peranan yang cukup penting untuk memilih hotel anda. Jangan sesekali memilih hotel yang jauh dari tempat yang anda ingin pergi kerana ianya bukan pilihan yang bijak. Lokasi hotel yang dipilih pula perlulah mempunyai pengangkutan dan maybe internet. Tip ini perlu terutamanya bila bercuti bersama keluarga. Faham-fahamlah bercuti dengan keluarga ni banyak hal yang perlu di take note.

Kemudahan Hotel

Kemudahan yang disediakan hotel juga mempengaruhi keselesaan percutian kita sebenarnya. Cuba banyangkan jika kita inginkan kolam renang di hotel tapi bila sampai jer kat hotel kolam renang tak ada. memang sangat mengewakan. ini biasanya terjadi apabila booking hotel secara online. Tapi aku percaya 80% hotel sekarang mempunyai kolam renang tak termasuk hotel bajet okay…

Ingatlah sebelum kita memilih hotel untuk percutian pastikan beberapa tip yang di beri di utamakan. aku berkongsi atas pengalaman aku sebagai travel blogger yang pastinya minat percutian.

namun ini berlainan untuk backpacker sebenarnya. Jika anda backpacker kalau ada tempat untuk berteduh tu pun dah cukup dah barulah adventure sikit kan..heheh

10 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge