Tempat Makan Sedap di Cyberjaya Nasi Arab Restoran Saba | Kepada sesiapa yang nak cuba Nasi Arab Terbaik di Malaysia ni aku sarankan pergi ke Restoran Saba Cyberjaya. Nasi Arab yang sangat puas hati bila dinikmati. Harga pun berpatutan. Tak mahal tak murah.

Baru semalam aku berpeluang untuk menikmati nasi arab yang dikatakan terbaik di malaysia ni. Akhirnya setalah 3 bulan aku kerja di cyberjaya semalam dapat juga aku rasa.

IMG_3769

Seperti aku baca review kalau nak makan kat restoran saba ni jangan pergi di waktu puncak diantara jam 12 tengah hari hingga 3 petang sebab orang terlalu ramai sampai tak der tempat duduk. Waktu malam tu masih lagi ramai orang.

IMG_3770

Jadi aku ke sana jam 4 petang. gigih tahan lapar dari pagi semata-mata nak makan kat restoran saba ni. Dan memang berbaloi. ternyata sedap.

Restoran Saba menyediakan makanan dari Timur Tengah dan bagi peminat makanan Arab, standard restoran ini pastinya berada sebaris dengan Restoran Al-Rawsha dan Hadramawt. Seperti biasa, masakan Timur Tengah yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan pastinya Nasi Arab bersama daging atau ayam yang dimasak bersama untuk mendapatkan rasa dan aroma rempah ratus yang unik hasil dari perapan ayam / daging dan rempah yang dimasukkan bersama nasi tersebut.

Lokasi Restoran Saba ini sangat strategik dengan akses yang mudah dari semua arah. Restoran ini terletak di Dataran Setiawangsa berhadapan dengan stesen LRT Setiawangsa dan mempunyai tempat letak kereta yang selesa dan selamat untuk setiap pengunjungnya. Jangan risau jika anda parking di bahagian basement kerana lif disediakan untuk kemudahan pelanggan. Bayaran tempat letak kereta terbuka (valet parking) adalah sebangak RM 3.00 sejam, manakala, bayaran untuk tempat letak kereta di bahagian basement hanya RM 1.00 sejam. Sangat berpatutan.

Paling Best: Lokasi strategik

KESELURUHAN

Restoran Saba menyediakan makanan dari Timur Tengah dan bagi peminat makanan Arab, standard restoran ini pastinya berada sebaris dengan Restoran Al-Rawsha dan Hadramawt

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge